Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 8 July 2012

~Apabila Terlalu Ghairah Nak Ke Putrajaya!~



KOTA BHARU 6 Julai - Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamed Daud kesal dengan sikap kebanyakan pimpinan dan ahli Pas yang ghairah untuk ke Putrajaya sedangkan agenda dakwah sebenar dalam masyarakat seperti dipinggirkan.

Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, orang Pas sepatutnya memenuhi masjid dan mengadakan lebih banyak program dakwah serta pendidikan, bukannya merancang untuk merampas kekuasaan negara semata-mata.


Beliau berkata, lebih banyak masjid kini termasuk di Kelantan semakin suram tanpa agenda tarbiah sedangkan dalam sejarah Nabi Muhammad SAW telah meletakkan masjid sebagai pusat penting untuk menyuburkan agama.
"Kita sepatutnya menghidupkan masjid terlebih dahulu, kuasai masjid sebelum kita ghairah mahu berkuasa di Putrajaya.


"Kalau kita tinggalkan agenda masjid dan hanya fikir mahukan Putrajaya, jika kita berkuasa kelak, orang jenis macam mana yang kita hendak lantik menjadi duta misalnya? Adakah orang yang tidak pernah bersolat di masjid?
"Saya sedih lihat keadaan banyak masjid sekarang sudah mati, di mana orang kita yang sepatutnya datang penuhkan masjid? Padahal kalau masjid sudah hidup barulah kita sebenarnya boleh perintah negara," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.


Mohamed menambah, beliau amat berharap semua pihak sedar mengenai perkara ini dan melakukan tindakan segera. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...