Kerajaan negeri Perak mewujudkan program Skim Rumah Insan Amanjaya bagi membantu keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
Program berkenaan memberi peluang kepada golongan sasar memiliki rumah sendiri menerusi pinjaman RM50,000 tanpa faedah, selain hanya perlu membayar ansuran tetap bulanan RM215 selama 20 tahun.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata SRIA diwujudkan bagi membina upaya penduduk yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tanpa mengira batasan agama, kaum dan latar belakang.
"Projek kendalian Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan itu dilaksanakan dengan dana suntikan awal RM10 juta sebagai pusingan modal bagi membantu kira-kira 180 keluarga bagi fasa permulaan.
"Saya tidak pasti di negeri lain tetapi skim ini adalah paling murah pernah diwujudkan di negeri ini kerana pemohon hanya dikenakan yuran pendaftaran RM200 untuk menyertainya," katanya.
Zambry berkata, masalah perumahan rakyat menjadi agenda utama sejak Barisan Nasional membentuk kerajaan negeri kerana bilangan rakyat yang belum memiliki kediaman sendiri semakin meningkat sejajar dengan pertambahan populasi penduduk.
Katanya, program ini adalah komitmen terbaru kerajaan negeri dalam menyediakan perumahan sempurna untuk rakyat selepas memberi peruntukan besar untuk membaik pulih dan membina rumah baru penduduk miskin tegar di Perak sebelum ini.
untuk lebih info boleh klik sini
AJM:Tahniah Pada Kerajaan Negeri Perak
No comments:
Post a Comment