Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 16 September 2012

~Kenapa saya pertahankan UMNO?~

Soalan yang sering dipersoalkan kepada saya. Malahan ramai yang menuduh saya menerima imbuhan daripada UMNO. TIDAK! Saya langsung tidak menerima sebarang imbuhan daripada UMNO atau BN atau sebarang sumber lain yang memaksa saya aktif di facebook. Jawapan saya mudah

1. Ketaatan kepada pemerintah adalah WAJIB sepertimana banyak hadis sahih Rasulullah SAW seperti contoh di bawah

“Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka bersolat”

(Riwayat Muslim).

2. Saya menyokong parti yang memperjuangkan Melayu. Bukan saya racist tetapi itulah hakikatnya yang perlu bangsa lain hormati sepertimana yang dipersetujui pemimpin mereka dahulu. Bukan assobiyah memperjuangkan dan mencintai bangsa asalkan tidak menzalimi bangsa lain sepertimana hadis sahih Rasulullah SAW di bawah

“Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan(.Imam Al-Hakim berkata:Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

3. Saya memperjuangkan pemimpin yang tidak memusuhi Islam dan banyak memperkasakan Islam

4. Saya menyokong parti yang tidak menipu rakyat dengan memusingkan kenyataan apabila tidak mampu menunaikan janji serta memperbodohkan rakyat

5. Saya tidak menyokong parti yang mengkafirkan sesama Islam hanya kerana tidak menyokong parti mereka

6. PALING UTAMA, SAYA TIDAK MAHU ANAK-ANAK SAYA KELAK TIDAK KENAL ISLAM, TIDAK KENAL BANGSA SENDIRI DAN TIDAK KENAL ASAL MEREKA SEPERTIMANA MELAYU SINGAPURA

No comments:

Post a comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...