Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 17 October 2012

DEDAH GRAND DESIGN PAKATAN BAKAL MENGHANCURKAN MALAYSIA


Agenda pakatan merampas Malaysia dari barisan kerap kali kedengaran sejak dua menjak ini lagi-lagi kita sekarang sedang berada dalam zon kehangatan pilihanraya yang bakal berlangsung tidak tahu bila.

Satu persatu matlamat asal pakatan berjaya didedahkan oleh beberapa orang yang pernah terjerumus ke dalam lembah kehinaan pakatan. Maka dibongkarnya segala rahsia yang selama ini tersimpan rapi bersama pemimpin atasan mereka.

Namun mulut manusia mana yang dapat ditutup selama-lamanya. Setelah keluar pakatan, mereka menceritakan kepada umum perihal salah laku pakatan dalam merampas Malaysia. Setiap details berkenaan kepincangan pakatan telah disebarkan namun berapa orang sahaja pengikut puak pakatan yang tersedar?

GRAND DESIGN PAKATAN

Ada apa dengan Grand Design Pakatan? Mungkin ada yang telah mengetahui tentang strategi kotor pakatan dalam berpolitik. Mungkin juga masih ada yang tertipu dan terpinga-pinga dengan matlamat sebenar pakatan untuk memerintah Malaysia.

Diceritakan sendiri oleh salah seorang orang kuat dalam pakatan namun beliau bukanlah pemimpin yang suka menampilkan muka. Beliau adalah pereka strategi pakatan dalam merampas pakatan.

Negara Kristian, hapus kuasa Raja Melayu, PM bukan Melayu, hapus hak Bumiputra dan berbagai lagi yang kononnya propaganda UMNO untuk menakutkan orang Melayu menyokong pakatan. Tetapi sedarkah kita sebenarnya itulah GRAND DESIGN mereka yang sebenarnya.

Untuk merealisasikan tujuan mereka ini, maka ada termaktub dalam GRAND DESIGN pakatan untuk terus menerus memburukkan dan menjatuhkan kredibiliti DS Najib dan isterinya DS Rosmah. Oleh kerana itu jugalah kita dapat lihat hingga saat ini mereka terus-menerus bermain isu yang sama seperti kes Altantuya, Scorpene, Cincin Berlian, dan bermacam-macam fitnah yang sengaja direka untuk menjatuhkan moral PM kita. 

Untuk itu, kita lihat sahaja pengamal media baru dari pihak pakatan kerap bermain isu yang sama walaupun pihak kita mengeluarkan isu yang baru. Inilah GRAND DESIGN mereka. 

"Jika sesuatu penipuan itu dibuat dengan konsisten, maka orang akan percaya dengan penipuan itu."
 sumber blog:http://jawaber6.blogspot.com/2012/10/dedah-grand-design-pakatan-bakal.html

2 comments:

  1. SALAM TUAN, KAMI TELAH LINK BLOG TUAN DALAM BLOGROLL KAMI. HARAP TUAN DAPAT LINK SEMULA BLOG KAMI. http://shahalamrebels.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ok ...terima kasih...sy pon sdh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...