Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 21 October 2012

~Isu Air Percuma : Lagi Tuntutan Dibuat Terhadap Kerajaan Selangor~




Penghuni Pangsapuri Selayang Height hari ini bertindak menuntut hak mereka terhadap kerajaan Negeri Selangor berhubung pemberian air percuma.

Penghuni Pangsapuri Selayang Height yang mengandungi kira-kira 500 unit rumah itu mula bertindak menyaman kerajaan Negeri Selangor kerana mendakwa mereka ditipu dalam janji manifesto Pakatan Rakyat pada pilihanraya 2008.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan penduduk (memfailkan saman) bertujuan untuk mendapatkan hak mereka yang selama ini sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri.

"Kita (GPRS) bersama rakyat ingin menegakkan hak mereka. Rakyat terutamanya di Selangor mula sedar mereka ditipu kerajaan negeri yang didakwa gagal menunaikan janji," katanya ketika sesi penerangan kepada penduduk di sini hari ini.

Selain itu, Sohaimi turut menegaskan bahawa tuntutan yang dilakukan oleh penduduk bukan digerakkan oleh GPRS tetapi atas kesedaran rakyat sendiri.

"Ini bukan tindakan GPRS mahupun UMNO, tetapi atas kesedaran rakyat yang selama ini merasa tertipu dengan permainan politik parti pembangkang yang bertopengkan slogan 'Kerajaan Berkebajikan'," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Selayang Heights, Adnan Ahmad berkata, penduduk mula rasa kecewa terhadap kerajaan negeri yang dilihat tidak serius dalam menepati janji.

" Tunaikanlah janji ketika manifesto pilihanraya lepas," katanya.

Sebelum itu, Adnan menyerahkan memorandum kepada Sohaimi bagi menuntut hak mereka berhubung pemberian air percuma yang 'ditaburkan' dalam manifesto pada pilihan raya ke- 12 pada tahun 2008.

Sebelum ini lima kawasan berbeza menyatakan tuntutan sama iaitu penghuni Apartment Mentari Court, Bandar Sunway;  Apartment Vista Lavender, Kinrara Puchong; Apartment Angsana Bandar Mahkota Cheras; Apartment Putra Perdana, Puchong; dan Flat SPNB Taman Medan Chahaya PJS2.

Sumber KLPOS



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...