Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 28 November 2012

~UCAPAN PERASMIAN PENUH TIMBALAN PRESIDEN UMNO~


Muhyiddin Yassin 

"BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN"
KEBIJAKSANAAN POLITIK UMNO: MUAFAKAT UN TUK BERKONGSI KUASA




Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis  politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di  negara-negara lain, walaupun kita mempunyai lebih banyak  bangsa, kaum dan suku kaum. Negara kita dipagari daripada  malapetaka besar yang menggugat keselamatan dan ke sejahteraan rakyat. Dengan izin ALLAH s.w.t kita dapat hidup  dalam suasana yang aman, stabil dan makmur hingga ke hari  ini.  



Kesemua ini pastinya tidak terjadi dengan sendiri.  Sudah tentulah ada sebab musabab yang menjadikan negara  kita kekal aman, makmur dan sejahtera. Sebab yang utama  ialah kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu memilih acuan  politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat per sefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur an tara parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum sewaktu  itu, iaitu Umno, MCA dan MIC. Apabila Barisan Nasional dibentuk pada tahun 1974, muafakat kita semakin kukuh  dengan lebih banyak parti-parti yang mewakili pelbagai etnik  dan suku kaum bergabung, termasuk dari Sabah dan Sarawak.



Sepanjang lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara  bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama  dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini  sentiasa kita pupuk dan suburkan, dan kini menjadi pasak  kekuatan Barisan Nasional.



Alhamdulillah, meskipun ada kalanya kita diduga  dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan  Barisan Nasional sentiasa dapat menawarkan penyelesaian  kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan  semua kaum. Kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan  makmur hingga ke hari ini.



Meskipun begitu, bagi puak yang keras dan melampau  dalam pemikiran dan tindakan politik, mereka sentiasa  mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang  sempit bagi menagih laba politik. Pas sebagai contoh pernah  menuduh Umno sebagai parti sekular, parti taghut, parti  mustakbirin, parti fir'aun, parti kafir semata-mata kerana  kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam  Barisan Nasional.



Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti-parti kom ponen lain dalam Barisan Nasional. Apabila mereka me nerima pendirian Umno dalam perkara yang berkait de ngan kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang lemah, atau parti pak turut  yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan Melayu,  semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama Umno. Malah, DAP menuduh UMNO sebagai parti rasis dan  parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan ke bencian orang bukan Melayu terhadap Umno dan Barisan  Nasional.

Sebenarnya saudara-saudari, Pas dan DAP berbuat  begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. Pas menggunakan sentimen agama  yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci  Umno dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan  sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut  orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan  parti-parti lain dalam Barisan Nasional,  supaya orang bukan  Melayu menyokong mereka. Semuanya ini dilakukan atas  dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah,  tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat  berbilang kaum dan agama di negara kita.
Hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang  membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar  sentimen agama dan perkauman bukannya Umno, bukannya MCA, bukannya MIC, bukan juga parti-parti kom ponen BN yang lain. Sebaliknya ia didalangi oleh Pas dan  DAP. Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang  memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi Pas  masuk syurga, sembelihan orang Umno tidak halal, solat  berimamkan orang Umno tidak sah. Malah, mereka sang gup mendoakan kehancuran bagi orang Umno yang me rupakan saudara seagama mereka. Merekalah yang me nyuburkan syak wasangka, merekalah yang membarakan  api fitnah, dan mereka jugalah yang membaja benih-benih  kebencian.

PEMBANGKANG TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA  MUAFAKAT


Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Pas dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan  agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan  pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini  Pas dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama  politik yang cuba ditiru daripada kejayaan Barisan Nasional.  Hakikatnya, watak-watak dan pelakon utama semuanya  mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju.  Sehingga ke hari ini Pas dan DAP sentiasa bersengketa,  bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana  ideologi yang jelas berbeza.  


Mari kita lihat tiga senario di tiga buah negeri yang  diperintah oleh mereka. Di Pulau Pinang misalnya, DAP  tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan Pas. Walaupun Pas  mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri,  wakil rakyat Pas sehingga kini tidak dilantik sebagai Exco  Kerajaan Negeri. DAP sebaliknya lebih rela menyerahkan  portfolio agama kepada PKR. Walhal, sebagai parti yang  mengaku memperjuangkan Islam, wakil rakyat Pas lah yang  sepatutnya diberikan kepercayaan oleh DAP, untuk menjaga  hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Nampaknya, DAP tidak  percaya kepada Pas.



Di Kedah pula, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Pas. Hari ini, apabila kerajaan Pas Kedah membuat peraturan  atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang  bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP. Ini membuktikan  bahawa DAP bukan sahaja tidak mahu berkongsi kuasa dengan Pas, malah menentang dasar Islam Pas.



Di Selangor, seorang Exco Pas dan Exco DAP pernah  bertelagah mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam di negeri itu. Bagi parti DAP yang sekular, bukan sahaja  hudud tidak patut dilaksanakan, malah undang-undang  pencegahan maksiat yang termaktub dalam enakmen undang-undang Islam negeri juga tidak wajar dilaksanakan.  Akibat pertelagahan ini, Exco Pas berkenaan dipecat dari Exco Kerajaan Negeri dan parti, dan portfolio agama Islam  yang sebelum ini dipegang oleh beliau, diambil alih oleh  Menteri Besar dari PKR.
Ternyata, Pas hanya melukut di tepi gantang. Pas tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya,  kuasa yang sepatutnya diberikan kepada Pas dirampas oleh  DAP dan PKR. Sungguh malang bagi Pas. Bagai kisah si  lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata  orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau  Sana Terlepas. Pas berhempas pulas menarik sokongan  orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan  PKR. Bagi DAP dan PKR, Pas hanyalah kuda tunggangan,  tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut  kuasa.



Saudara dan saudari,
Cuba kita bayangkan, jika sekarang pun Pastidak  mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah  ada jaminan bahawa Pas boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang? Saya pasti saudara dan saudari yang  berada di dalam dewan ini, dan juga tuan-puan yang  mengikuti ucapan saya di luar sana, tahu apa jawapannya.  Tidak mungkin Pas boleh menegakkan negara Islam. Sebab  itulah awal-awal lagi sekarang ini, Pas sudah menden dangkan lagu negara berkebajikan, bukan negara Islam.



Selama ini pun Pas sedar, sepanjang 12 kali pilihanraya  umum, bilangan kerusi yang mereka tandingi kebanya kannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi  di Parlimen. Misalnya, dalam pilihanraya tahun 1969, Pas  bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun  1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun  1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun  1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun  2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan  tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi  parlimen.



Ironinya, jika Pas menang di semua kerusi yang  ditandingi sekalipun, Pas tidak boleh membentuk kerajaan  untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan.  Apatah lagi, pencapaian terbaik Pas ialah memenangi 26  kerusi dalam pilihanraya umum 1999. Saudara-saudari, Pas  hanya menang semua kerusi yang ditandingi sewaktu berada  dalam Barisan Nasional dalam pilihanraya 1974. Manakala,  dalam semua pilihanraya yang lain, jumlah kerusi yang Pas kalah lebih besar daripada jumlah kerusi yang dimenangi.



Berbeza dengan Umno, sepanjang sejarah pilihanraya  di negara kita, jumlah kerusi yang kita tandingi dan menang  dalam pilihanraya membolehkan kita menjadi parti teras  dalam kerajaan. Dengan kedudukan ini, Umno mampu  melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan perjuangan  parti berlandaskan musyawarah dengan parti-parti kom ponen dalam Barisan Nasional.



Mungkin Pas akan mengatakan kepada kita tidak  mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana  nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong  mereka untuk menegakkan Islam. Janganlah bermimpi di  siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh  panggang dari api. Takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis,  takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan me nyokong usaha Pas untuk menegakkan Islam. Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihan raya, 12 kali Pas berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan  Islam. Janganlah kita biarkan Pas berbohong lagi untuk kali  ke-13.



Dengan kedudukan Pas yang lemah, agak pelik bagi  kita apabila dalam Muktamar Pas baru-baru ini, ada  perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka  sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang. Se perti yang kita jangka, DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden Pas menjadi calon Perdana Menteri. Persoalannya, bolehkah Presiden Pas menjadi Perdana Menteri jika jum lah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu  adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka? Tentu  sekali jawapannya tidak boleh.



Jika tidak boleh, dan saya pasti mereka pun tahu ianya tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu? Bagi  kita ini menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi Pas tidak  meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk  mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya  kepada Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada Lim Kit  Siang. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh.  Mereka langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini  adalah satu kegagalan besar bagi Pas dalam membentuk  kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR.  



Sebenarnya saudara-saudari, konsep berkongsi kuasa  tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat  rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihanraya  yang lalu untuk mememerintah beberapa buah negeri adalah  satu hikmah yang mendedahkan kepada kita bahawa mereka  sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa.  Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling  mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada  DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP  dan PKR tidak percaya kepada Pas.

Cuba bayangkan saudara-saudari, jika masing-masing  tidak percaya antara satu sama lain, bolehkah pembangkang  bermuafakat sesama mereka? Bolehkah pembangkang me merintah negara dengan aman? Bolehkah pembangkang  membawa kesejahteraan kepada rakyat? Boleh atau tidak  saudara-saudari? Jika tidak jawapannya, pastikan keme nangan berpihak kepada kita dalam pilihanraya nanti.|Ja ngan kita serahkan negara kita ini untuk diporak-peran dakan oleh pembangkang.




CABARAN IDEOLOGI: ISLAM, KEBEBASAN DAN DEMOKRASI



Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Kita sedang berhadapan dengan tentangan ideologi  baru. Kononnya atas nama kemunculan politik baru, politik  pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak  dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, bu daya dan moral. Di kalangan parti-parti politik tertentu,  mereka akan mengutip apa sahaja ideologi yang memberi  kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideologi songsang  sekalipun.
Di peringkat antarabangsa, telah muncul kumpulan  yang memperjuangkan ideologi songsang yang berteraskan  pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama.  Misalnya, kumpulan yang memperjuangkan hak golongan  lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dianggap  sebagai kelompok minoriti yang tertindas. Undang-undang  negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki  dan wanita dianggap oleh kumpulan ini sebagai tidak adil,  malah zalim kepada mereka.


Hari ini, mereka semakin berpengaruh. Banyak ke rajaan menerima tekanan supaya mengiktiraf hak golongan  songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh  agama. Mereka turut melobi supaya hak golongan songsang  ini dimasukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean di  Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh baru-baru ini.



Alhamdulillah, Malaysia di bawah kepimpinan YAB  Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak menolak keras cadangan  ini, kerana bagi kita amalan yang bertentangan dengan  prinsip agama dan fitrah manusia tidak boleh dibiarkan  berleluasa. Bayangkan, apa yang akan terjadi kepada  anak-anak kita, keluarga kita, masyarakat kita dan agama  kita jika amalan songang ini dibiarkan menular. Kita ber syukur, negara-negara Asean lain bersetuju dengan pen dirian Malaysia, dan cubaan untuk mengiktiraf amalan yang  bertentangan dengan prinsip agama, moral dan fitrah ma nusia sebagai satu hak gagal.
Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,



Di negara kita, ideologi songsang ini sudah menembusi  benteng politik pembangkang. Kerana itu, sejak akhir-akhir  ini kita lihat pandangan Ketua Pembangkang agak bercelaru.  Satu ketika, beliau tanpa segan dan silu mengeluarkan  kenyataan bahawa undang-undang jenayah negara kita yang  menghalang perlakuan liwat adalah satu undang-undang  yang kolot. Sedangkan kita semua tahu bahawa perbuatan  terkutuk itu ditegah oleh Islam, dan juga oleh agama-agama  lain. Jika undang-undang itu kolot, maka apakah Ketua  Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum ALLAH  juga kolot? Janganlah kerana perlakuan songsang ini di benarkan di Barat, dan diterima sebagai hak asasi manusia  oleh mereka, maka dia pun turut hendak menghalalkannya.    

Selain itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh  kenyataan seorang Naib Presiden PKR. Atas nama ke samarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang  beragama Islam juga wajar diberikan hak kebebasan ber agama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-pe nganut agama lain. Sedangkan kita tahu bagi umat Islam,  seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari'at Allah. Tidak  mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat  Islam.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
Inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan  yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang. Mereka cuba  merungkaikan asas-asas agama Islam yang telah terpahat  kukuh di dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Perkara seperti ini  tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini. Tidak  pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara meng halalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tetapi hari ini,  atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, lantaran  angan-angan mahu ke Putrajaya, semuanya boleh sahaja.
Inilah sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh  pembangkang. Kita di dalam Umno tidak boleh alpa.  Ingatlah, Umno adalah parti yang berjuang untuk menegak  dan mendaulatkan Islam. Bangkitlah menjadi benteng mem pertahankan masyarakat kita daripada diasak oleh ideologi  songsang pembangkang. Jangan biarkan mereka menembusi  jiwa anak-anak kita. Jangan biarkan mereka meracuni  pemikiran masyarakat kita. Jangan biarkan mereka me rungkai asas-asas agama kita. Kita yakin rakyat akan terus  bersama Umno dan Barisan Nasional untuk memper tahankan nilai-nilai murni yang cuba dinoda oleh pem bangkang.


Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,



Walaupun pembangkang menjanjikan bulan, bintang,  matahari dan cakerawala apabila bercakap mengenai de mokrasi dan kebebasan, mereka tidak mengotakan apa yang  janjikan. Seperti yang disimpulkan dengan begitu tepat  sekali oleh YAB Presiden, antara sisi hodoh budaya pem bangkang ialah bila berhutang tak perlu dibayar, bila  menerima tak perlu berterima kasih, bila berjanji tak perlu  ditepati. Jika saudara-saudari ingat, dalam manifesto pem bangkang dahulu, tercatat janji untuk memberikan ber macam-macam kebebasan kepada rakyat kalau mereka  berkuasa, termasuk janji kebebasan media.
38. Namun, belum pun sempat mereka berkuasa, pem bangkang telah awal-awal lagi memungkiri janji mereka.  Hari ini, apabila ada akhbar yang mendedahkan kepincangan  mereka, mereka bergegas ke mahkamah menyaman akhbar  berkenaan. Jumlah saman bukannya sedikit. Misalnya, nilai  saman mereka ke atas sebuah akhbar arus perdana sejak  tahun 2008 mencecah 1 bilion ringgit. Dengan jumlah sebesar  ini, pembangkang di negara kita mencipta rekod dunia  mengemukakan jumlah saman yang paling besar kepada  sebuah akhbar.



Mereka berharap akhbar-akhbar di negara kita tidak  lagi berani mendedahkan hakikat kepincangan dan ke burukan mereka. Selain itu, pembangkang juga menghalang  akhbar-akhbar tertentu daripada membuat liputan di maj lis-majlis yang dianjurkan oleh mereka, termasuk di si dang-sidang Dewan Undangan Negeri. Inilah sebenarnya  taktik kotor pembangkang untuk menutup kepincangan dan  membisukan pengkritik mereka.    



Inilah wajah sebenar pembangkang. Apabila terkena  batang hidung sendiri, mereka lupa janji, lupa diri, lupa  segalanya. Lebih memalukan, mereka lupa bahawa me rekalah yang menabur fitnah ke serata dunia bahawa  mahkamah kita tidak adil, mahkamah kita berat sebelah,  mahkamah kita zalim. Tetapi apabila terdesak, merekalah  orang yang paling awal berkejar ke mahkamah untuk  mendapatkan perlindungan. Sebenarnya mereka tahu ba hawa mahkamah kita boleh memberikan keadilan kepada  sesiapa sahaja termasuk mereka. Tetapi kerana niat jahat  mereka untuk memberikan gambaran buruk tentang negara  kita kepada masyarakat antarabangsa, mereka sanggup  menabur fitnah.

Samalah juga dengan tindakan Ketua Pembangkang  meminta campurtangan kerajaan asing untuk memastikan  pilihan raya kita bersih, bebas dan adil. Dia hendak ber bohong kepada dunia kononnya pilihanraya kita kotor. Inilah  satu lagi pengkhianatan kepada negara. Semata-mata kerana  dengki dan niat jahat terhadap kerajaan Barisan Nasional,  dia tergamak meminta campurtangan asing dalam hal ehwal  politik negara kita.


Bagi kita, ini hanyalah taktik kotor orang yang  bermimpi untuk menawan Putrajaya, awal-awal lagi me ngatakan pilihanraya di negara kita tidak adil. Barangkali dia  pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam  pilihanraya nanti. Jadi, lebih baik dibuat propaganda awal  bahawa pilihanraya negara kita tidak adil, supaya apabila  mereka kalah dalam pilihanraya, senanglah untuk mereka  menuduh bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka.  Senang jugalah untuk mereka berhimpun di  jalan-jalan raya  bagi menolak keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput  wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Kita  hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR.  Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adil kah pemilihan PKR? Demokratikkah PKR apabila Ketua  Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua  Umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan  itu pun tidak ada dalam Perlembagaan parti. Apakah sah  kedudukan Ketua Pembangkang dalam partinya sendiri?  Perkara seumpama itu hanya boleh berlaku dalam sebuah  parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah  parti yang mengamalkan demokrasi. Daripada Ketua Umum,  Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, parti itu ibarat  Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR).


Kesemua ini tidak membayangkan mereka komited  untuk melaksanakan janji demokrasi. Sudahlah komitmen  kepada Islam semakin luntur, komitmen kepada demokrasi  pun tidak ada. Bagi kita, parti-parti pembangkang tidak ada  keabsahan moral untuk bercakap mengenai Islam atau  demokrasi.



Demokrasi yang sebenar terlaksana apabila kerajaan  mendengar rintihan, denyut nadi dan suara hati rakyat,  apabila kerajaan melaksanakan dasar yang memenuhi as pirasi rakyat, apabila kerajaan membela nasib rakyat, apa bila kerajaan menghapuskan ketidakadilan sosial yang me ngancam perpaduan rakyat. Tiada maknanya demokrasi jika  masih ada rakyat hidup melarat. Matlamat demokrasi ter capai apabila setiap rakyat dapat mengecap kehidupan yang  sejahtera dalam negara yang makmur. Inilah yang di perjuangkan oleh Umno untuk bangsa Melayu dan seluruh  rakyat Malaysia.



JAMINAN UMNO UNTUK BANGSA MELAYU



Saudara-saudari,
Umno terus komited untuk membela bangsa Melayu.  Usaha-usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi  orang Melayu diteruskan melalui insiatif-inisiatif yang di putuskan oleh Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang  dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Usa hawan-usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus di berikan peluang untuk mendapat manfaat limpahan ekonomi  yang sedang pesat berkembang. Hari ini, dengan pelbagai  inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensi  yang diwujudkan untuk memperkasa agenda Bumiputera,  pegangan ekuiti Bumiputera telah meningkat dari 2 peratus  pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010,  dengan nilai sebanyak 167.7 bilion ringgit. Ini adalah satu  pencapaian yang menakjubkan bagi parti kita dan bangsa  kita. Insya-Allah, dengan pelbagai usaha yang sedang di laksanakan pada waktu ini, kita akan berjaya mencapai  sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang  tahun 2020.



Begitu juga dengan perjuangan Islam. Umno tidak  pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa  berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam.  Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem un dang-undang Islam kita pertahankan, sistem ekonomi Islam  kita majukan. Hari ini dunia melihat Malaysia sebagai contoh  negara Islam yang terbaik. Dengan kedudukan negara kita  yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam  yang lain, kita dapat pula membantu saudara Islam kita di  seluruh dunia. Kita telah membantu saudara kita di Bosnia,  di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja mereka me merlukan bantuan kita. Alhamdulillah, berkat kebijksanaan  pimpinan negara kita, Malaysia baru sahaja membantu  menyelesaikan konflik Bangsamoro di Filipina. Semua ini  adalah hasil perjuangan Umno untuk memartabatkan Is lam.



Sepanjang 66 tahun Umno memperjuangkan Melayu  dan Islam, Umno tidak pernah menganiaya mana-mana  kaum. Inilah keadilan Umno. Inilah kesaksamaan Umno.  Pejuang Umno tidak perlu merasa berdosa dan bersalah  berada di atas landasan perjuangan Umno. Umno berjanji  untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia  seluruhnya. Justeru, Umno akan terus mengangkat suara  Melayu di samping tidak melupai agihan keadilan untuk  kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama. Firman  ALLAH s.w.t. dalam al-Qur'an:



Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua  sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan  kerana ALLAH, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan  sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu  mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada  ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui dengan men dalam akan apa yang kamu lakukan.
(Surah Al Ma'idah, Ayat 8)



Saudara dan saudari yang berada di dalam Dewan  Merdeka ini, dan juga yang sedang mengikuti ucapan saya di  kaca-kaca televisyen, atau di corong-corong radio di luar  sana, pak-pak haji yang baru pulang dari masjid, ibu-ibu yang  sedang melayani anak-anak di rumah, pemandu-pemandu  teksi yang sedang mencari rezeki di kota, para pekerja yang  sedang berbakti kepada negara, para anggota keselamatan  yang sedang menjaga keamanan kita, mahasiswa yang  sedang mentelaah pelajaran di universiti, pemuda-pemuda  yang sedang merenung masa hadapan, inilah komitmen  UMNO dan Barisan Nasional, inilah janji UMNO dan Barisan  Nasional. Kita sentiasa berusaha untuk mentransformasi  negara, dan mensejahterakan rakyat tanpa perlu menggadai  prinsip perjuangan yang murni. Inilah bezanya antara kita  dan pembangkang. Tatkala pembangkang semakin terdesak  untuk meraih undi dan merebut kuasa, mereka sanggup  melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip moral,  maruah bangsa dan kesucian agama.
50. Renungkanlah saudara dan saudari. Tilik betul-betul  apa yang dijaja oleh pembangkang dan apa yang dikota oleh  UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun pembangkang  mempamerkan kepada kita bahawa merekalah yang akan  membawa sinar kesejahteraan kepada rakyat, janganlah kita  terpedaya. Sinar yang mereka janjikan itu ibarat kilauan  sekeping kaca yang hanya menanti saat retak dan pecah  berderai. Kita pasti rakyat yang matang lagi bijaksana dapat  membezakan antara kepalsuan kaca dan ketulenan per mata.




BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
Kita sedang berada di tengah pertarungan politik yang  akan menentukan survival parti, masa depan bangsa dan  kedudukan negara. Saudara-saudari yang berhimpun ini  adalah lambang kekuatan perjuangan di tengah-tengah per tarungan ini. Dalam pusingan terakhir persiapan meng hadapi pilihanraya, saudara-saudari di negeri, bahagian dan  cawangan telah bekerja kuat untuk memastikan keme nangan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya  nanti. Sebagai Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihan Raya,  saya amat menghargai kegigihan, kesungguhan dan pe ngorbanan saudara-saudari mencurahkan bakti kepada parti tanpa mengenal penat lelah. Percayalah, segala usaha yang  dicurahkan oleh saudara-saudari, segala keringat yang me nitis ke bumi, akan menyumbang kepada kemenangan  Umno dan Barisan Nasional. Insya-Allah.


Pertingkatkan gerakerja bagi memenangi pilihanraya.  Sebagai barisan hadapan jentera parti, Pergerakan Wanita,  Pemuda dan Puteri adalah pasukan tahan lasak parti.  Bergeraklah ke serata pelusuk desa dan kota, harungilah  lembah, sungai dan denai, dari Kangar hingga ke Semporna,  julanglah panji perjuangan, insya-Allah kita akan mengarak  obor kemenangan.



Gerakkan jentera di setiap peringkat. Pastikan mereka  bersedia turun ke medan perang apabila semboyan dibunyikan. Atur strategi berkesan untuk menangi hati pengundi. Pujuklah mereka dengan penuh hikmah. Mudah-mu dahan dengan izin ALLAH s.w.t., pintu-pintu hati mereka akan  terbuka luas untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional.
Ingatlah bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci  utama kemenangan kita. Apabila kita memilih untuk berada  di atas landasan perjuangan Umno, kita bukan bekerja  untuk diri kita, tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan  negara. Perjuangan ini tidak boleh kita lakukan secara  bersendirian. Kita memerlukan sokongan dan dokongan  rakan-rakan seperjuangan. Bekerjalah dalam semangat ke satuan hati (wahdatul qalb), kesatuan fikiran (wahdatul fikr),  kesatuan matlamat (wahdatul hadaf) dan kesatuan amal  (wahdatul amal) untuk meneruskan agenda perjuangan parti  yang suci.



Yakinlah bahawa kita berada di pihak yang benar.  Matlamat Umno mempertahankan Islam, membela nasib  bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan men sejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama adalah  perjuangan suci yang kita galas hingga ke saat ini. Dengan  asakan pelbagai dakyah songsang yang merungkai asas-asas  agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam  kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci UMNO  mesti kita perkukuhkan.



Umno di bawah kepimpinan YAB Presiden selaku  Perdana Menteri sedang menerajui transformasi yang besar  untuk negara kita. Umno telah merasai denyut nadi rakyat.  Menerusi program transformasi kerajaan, ekonomi dan  politik, sentuhan pembaharuan Umno sedang dirasai oleh  segenap lapisan masyarakat. Baik petani, nelayan dan pe kebun kecil di desa, pemandu teksi dan peniaga di kota,  golongan pekerja, profesional dan penjawat awam, kesatuan  sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan, remaja, belia dan  mahasiswa, malahan golongan gelandangan dan kurang  bernasib baik, semuanya sedang merasai sentuhan Umno.

Kita akur bahawa transformasi adalah satu proses yang  berterusan. Kita tahu bahawa masih banyak rintangan dan  cabaran yang menanti. Walau apapun, demi menjamin masa  depan Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera, marilah  kita redah segala rintangan, kita harungi segala dugaan, kita  atasi segala cabaran. Marilah kita berikan sokongan yang  tidak berbelah bahagi kepada YAB Presiden untuk me mimpin parti dan negara. Marilah kita berikan sepenuh  ketaatan kepada khalifah yang akan memimpin bala tentera  kita. Firman Allah s.w.t dalam al-Qur'an al-karim:



Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada  Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (yakni orang-orang yang  berkuasa) dari kalangan kamu.
(Surah Al-Nisa', Ayat 56)



Kepada Wanita, teruskanlah, perhebatkanlah, sema rakkanlah perjuangan menjalin rantaian sokongan. Sebar kanlah kasih sayang Umno melalui Jalinan Rakyat, Skuad  Sayang dan Salam Sayang.  Maralah dengan merah yang  menyala, tiuplah ia hingga menjadi obor yang menerangi  jalan-jalan kemenangan. Wanita Umno, engkaulah ibu,  engkaulah pembimbing, engkaulah srikandi.

Kepada Pemuda, saudara-saudara lah hulubalang  benteng hadapan yang akan mempertahankan Putrajaya.  Gempurlah musuh kita. Pantang anak muda menyerah.  Jangan biarkan walau setapak mereka melangkah. Tu runilah ke setiap kota, desa dan lurah. Dekatilah generasi  muda dengan hikmah.Berjuanglah dengan tabah. Adat ber tarung menjunjung maruah. Membujur lalu melintang patah.


Kepada Puteri, permata yang bergemerlapan, sinarilah  generasi muda dengan harapan dan keyakinan. Andalah  yang memahami suara hati mereka. Rasailah denyut nadi  mereka. Menangilah hati mereka. Bawalah mereka bersama  kita dalam perjuangan murni melakari masa depan nusa dan  bangsa.  



Kita tidak gentar menghadapi cabaran zaman. Per teguhkanlah pendirian kita. Perkukuhkanlah tekad kita.  Pertingkatkanlah kebijakasanaan kita. Kita mengajak rakyat  tanpa mengira kaum dan agama, agar bersama-sama kita  mempertahankan benteng negara daripada ditembusi oleh  ideologi songsang, dakyah politik jahat dan budaya sesat  yang dibawa oleh pembangkang. Marilah bersama-sama kita  mendaulatkan maruah agama, bangsa dan negara. Marilah  kita berdoa ke hadrat ALLAH s.w.t. agar kita diberikan  kekuatan untuk menghadapi mihnah dan fitnah zaman.  Marilah kita memohon pedoman dari ALLAH s.w.t. agar  ditetapkan hati-hati kita untuk terus berada di landasan  perjuangan yang suci ini. Marilah kita memohon hidayah  dari Allah s.w.t. agar dilembutkan hati-hati kita untuk  menerima seruan persaudaraan dan perpaduan. Insya-Allah  pertolongan ALLAH sentiasa bersama orang-orang yang ber juang di jalanNya. Firman ALLAH s.w.t. dalam surah Mu hammad, Ayat 7:



Yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela  (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk men capai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian ka mu.



Pemuda adalah hulubalang Umno, Wanita adalah  srikandi Umno, Puteri adalah permata Umno. Ayuhlah  hulubalang Umno! Ayuhlah srikandi Umno! Ayuhlah permata Umno! Rapatkanlah saf perjuangan kita. Berjuanglah  dengan penuh ikhlas dan yakin membela agama, bangsa dan  negara. Bangkitlah menjulang panji perjuangan. Maralah ke  medan perang. InsyaAllah, berkat kesungguhan kita ber juang, berkat kebijaksanaan rakyat membuat pilihan, Umno dan Barisan Nasional akan melakar kemenangan! Marilah  kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa:

Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah!
Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirah mati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu
Ya Allah Ya Tuhan Kami!
Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama  sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang  diredhai
Ya Allah
Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah
Ya Allah
Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami
Dengan rahmatmu Ya Allah
Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami
fai'za 'azamta fatawakkal 'alallah
Hidup Umno! Hidup Umno! Hidup Umno!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahi lhamd.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan su kacitanya merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita,  Pemuda dan Puteri Umno 2012.
Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...