Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 16 December 2012

~BERITA HANGIT!!WAJIB BACA AHLI SABOTAJ PARTI~





Sabotaj mengsabotaj dalam parti menjelang pilihanraya bukanlah sesuatu yang asing bagi mana-mana parti politik pun.Selagi namanya politik dan manusia,selagi itulah perkara begini wujud.Namun,walaupun ianya berlaku dalam hampir semua parti politik di dunia,saya menjangkakan sabotaj paling buruk dalam parti PKR menjelang PRU ini.Parti PKR adalah parti sampah,iaitu parti yang dipenuhi ahli politik yang kotor lagi berkarat dan bergelumang maksiat serta rasuah yang telah dibuang,terbuang atau membuang diri dari UMNO.Bermula dari kepalanya,iaitu Anwar Ibrahim sehinggalah yang menurutinya dibelakang termasuk yang baru saja menyertainya seperti Kadir Sheikh Fadzir semuanya terkenal dengan ‘bau busuknya’.Pemilihan parti PKR yang lepas sahaja sudah cukup untuk memperlihatkan kita betapa kotornya parti ini sehinggakan habis berserakan kerusi meja kerana bergaduh dan habis comot lantai dengan peluh malah ada juga yang berdarah.Semua ini berlaku bukan kerana orang bawahan yang gila kuasa tetapi kepimpinan atasan sendiri, yang sudah berkuasa dan menggunakan kuasa itu untuk memastikan orang-orang pilihan mereka sahaja yang terpilih ke jawatan tertinggi.Jika yang di bawah yang membuat onar bolehlah diadili oleh jawatankuasa disiplin atau yang sewaktu dengannya tetapi jika yang di atas sendiri yang bersifat korup, siapa pula yang boleh memantau dan mengadili mereka sedangkan mereka sendiri yang melantik jawatankuasa disiplin itu ??? 

Kerana itu,sampah-sampah ini mendapati diri mereka tidak sesuai berada di dalam BN kerana BN sentiasa mencari jalan untuk membersihkan parti dari unsur-unsur ini.Maka,PKR lah tempat mereka bergelumang sesama sendiri.Justeru,kenyataan Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution mengenai kemungkinan berlaku sabotaj dalam parti itu menjelang PRU mungkin sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri dan kepimpinan atasan parti itu.Beliau pastinya lebih mengenali siapa dirinya dan siapa kawan-kawan dan pemimpinnya dan apa yang mereka mampu lakukan untuk berkuasa.Konon PKR sudah bersedia dengan langkah pro-aktif untuk menghadapi kemungkinan ini adalah satu kenyataan yang kelakar.Apa yang pasti langkah pro-aktif yang bakal diambil hanyalah untuk memastikan Anwar,keluarga dan inner-circlenya terus menguasai tempat tertinggi parti dengan tiada kompromi.PKR adalah parti anak beranak dan sahabat handai dan ia akan dipastikan akan terus kekal begitu oleh kepimpinan tertinggi dengan apa jua cara termasuk mengsabotaj pilihan ahli-ahli sendiri.Perkara ini juga berlaku di dalam DAP yang juga menghadapi masalah yang sama pada konvensyen mereka hari ini.Dari desas desus yang kedengaran,terdapat dua tiga atau lebih kem yang berebut jawatan dan kawasan secara bersungguh-sungguh kerana percaya PRU ini adalah peluang terbaik mereka untuk ke Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...