Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 8 January 2013

PELARIAN MALAYSIA DITEMUI !!!

Foto

Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal beranak tiga sekali lagi membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, ekoran tidak tahan lagi diganggu samseng along.Sebelum ini, ibu tunggal berkenaan mengadu di biro sama tahun lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Zarina, 30-an, berkata, hidupnya kini dalam ketakutan dan berpindah lebih empat kali kerana diancam samseng along termasuk dua kali anak bongsunya yang berusia lima tahun diculik kumpulan terbabit.Beliau berkata, anaknya diculik kumpulan along pada 2009 dan Februari tahun lalu.

Katanya, dia kini merempat di sebuah kem tentera di Selangor semata-mata untuk lari dari samseng along.
“Saya diburu along selepas bekas suami membuat pinjaman RM15,000 dan kini hutang itu meningkat RM60,000.


“Tanpa pengetahuan, suami membuat pinjaman menggunakan nama saya hingga kumpulan along mencari saya dan kini lebih empat kali berpindah rumah demi keselamatan diri serta tiga anak perempuan berusia lima hingga 12 tahun,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, dia trauma selepas anak bongsunya diculik along pada Februari tahun lalu selama sebulan selepas tidak mampu membayar pampasan RM4,000 ekoran tiada wang.

“Saya berusaha mendapatkan wang itu dengan meminjam daripada saudara-mara dan kawan-kawan sebelum membayar kepada along terbabit bagi membebaskan anak saya,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam pada Disember 2011.

Harian Metro 6 Januari tahun lalu melaporkan, Zarina membuat aduan di MCA selepas diburu along dan sudah tiga kali berpindah rumah ekoran hutang yang dipinjam suaminya sebanyak RM15,000.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Micheal Chong berkata, bagi mengelakkan mangsa terus diburu, dia sudah berjumpa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah hari ini (semalam) bagi membincangkan perkara itu.

SUMBER


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...