Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 21 January 2013

Potensi Rakyat Kelantan Direalisasikan Sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan

Najib at Pasar Siti Khadijah_Kelantan_Bernama


KOTA BAHARU — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan persekutuan berhasrat untuk memastikan potensi rakyat Kelantan dalam pelbagai bidang dapat direalisasikan sepenuhnya.

Beliau berkata rakyat Kelantan mempunyai bakat, kebolehan dan kesungguhan untuk berjaya tetapi setakat ini walaupun ada kejayaan tetapi belum sampai ke tahap optimum.

Katanya sebagai sebuah kerajaan, ia bertanggungjawab untuk menyediakan peluang yang mesti dibuka lebih luas untuk rakyat negeri ini mendapat manfaat lebih besar.

“Insya-Allah kalau kita diberi mandat oleh rakyat negeri Kelantan apabila kerajaan pusat dan kerajaan negeri datang dari parti yang sama, kita dapat selaraskan dasar-dasar kita.

“Dasar-dasar yang kita jalankan bersama, tidak ada percanggahan maka saya yakin dan percaya pasti rakyat Kelantan dapat memperoleh manfaat jauh lebih besar lagi,” kata perdana menteri.

Perdana menteri yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berkata demikian ketika ditemubual oleh penyampai stesen radio KelantanFM Ebby Halim Al Firdaus selepas merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan, Tunjung di sini Ahad.

Ditanya bagaimana beliau melihat penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepimpinannya, Najib berkata rakyat Kelantan menerima secara positif terutama sekali dasar transformasi negara yang sedang diperjuangkan, sebab rakyat boleh melihat, menilai dan merasai bahawa dasar ini bermanfaat kepada mereka.

“Bukan sahaja kepada peringkat nasional dengan kadar pertumbuhan yang tinggi dengan jumlah pelaburan yang kian meningkat dengan industri baharu dan projek besar yang sedang kita jalankan tetapi rakyat biasa amat menghargai bantuan secara langsung yang diberikan oleh kerajaan terutama bantuan awal persekolahan RM100 bagi setiap pelajar dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

“…dan produk-produk 1Malaysia dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi yang telah kita lakukan sama ada produk dan perkhidmatan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata agenda transformasi negara ini bukan sahaja sudah dilaksanakan tetapi manfaatnya secara langsung dan tidak langsung dirasai rakyat.

Perdana menteri berharap rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan persekutuan kerana sokongan rakyat diperlukan untuk merealisasikan agenda transformasi itu.

“Sebab ini semua dalam sistem demokrasi berparlimen kita berpaksikan kepada sokongan rakyat. Hari ini saya bentangkan kepada rakyat Kelantan… ini dia janji kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat Kelantan. Terpulang kepada rakyat Kelantan, penilaian di tangan mereka, masanya akan tiba tidak lama lagi,” kata perdana menteri.

– BERNAMA


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...