Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 6 January 2013

TUDIAA !! TUNA BLUEFIN BERNILAI 155JUTA TERMAHAL DI JEPUN


Jepun hari ini mencatatkan rekod apabila seekor ikan tuna 'bluefin' dijual pada harga 155 juta yen (RM5.1 juta) iaitu hampir tiga kali ganda berbanding harga tahun lalu.

Secara tradisi harga yang tinggi menandakan kadar permulaan tahun.

Malah harga yang dibida hari ini disifatkan sebagai "agak mahal" oleh pemilik restoran sushi, Kiyoshi Kimura yang turut membayar harga yang tinggi tahun lalu.

Harga RM5.1 juta itu dibayar bagi tuna seberat 222 kilogram (kg), yang ditangkap timur laut. Ia 47kg lebih ringan berbanding harga paling tinggi dibayar tahun lalu.

Harga tinggi tahun lalu ialah 56 juta yen.

Bagaimanapun harga tidak digambarkan oleh kualiti ataupun saiz ikan, sebaliknya lebih dikaitka dengan publisiti dan ramalan suasana perniagaan satu-satu tahun.

Ikan dilelong di pasar Tsukiji, yang memperdagangkan produk bernilai jutaan ringgit dan lokasi popular bagi pelancongan bermula pada jam 5 pagi waktu tempatan.

Sebaik sahaja membida harga tertinggi, Kimura menghantar tuna itu ke restorannya, Sushi Zanmai, yang terletak tidak jauh dari pasar.

Laporan media memetik beliau sebagai berkata, beliau mahu "menggalakkan rakyat Jepun" menerusi bidaannya.

Tuna itu dijual AS$7,600kg (RM22,800kg).

Potongan terbaik tuna 'bluefin' yang dikenali sebagai "o-toro" boleh dijual sehingga 2,000 yen (RM70).

SUMBER

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...