Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 26 March 2013

Tergempar !!Gang Keldai Tumpas??



KUALA LUMPUR: Polis merampas 17.24 kg heroin dan 1.24 kg syabu dianggarkan bernilai RM637,000 dalam tiga serbuan dan menahan tujuh warga asing termasuk seorang wanita dan seorang warga tempatan membabitkan tiga sindiket.

Kesemua suspek berumur antara 22 dan 46 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terminal penerbangan tambang murah (LCCT) di Sepang dan di George Town, Pulau Pinang pada minggu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata jabatan telah memantau pergerakan anggota tiga sindiket itu sejak awal tahun ini.

Suspek warga asing itu terdiri empat lelaki Nigeria, dua lelaki masing-masing warga Sierra Leone dan Pakistan dan seorang wanita warga Indonesia, katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.


"Dalam serbuan pertama pada Khamis lepas, seorang lelaki warga Pakistan yang cuba menyembunyikan 850 gram syabu di bawah pelapik kasutnya ditahan di KLIA semasa baru tiba dengan penerbangan Qatar Airways dari Doha, Qatar".

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...