Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 23 March 2013

Terkini !!! Pengganas lahad datu bertindak kejam dengan suri rumah???

 

 Lebih 1,000 penduduk dari beberapa kampung di Felda Sahabat 43, di sini, diarah berpindah selepas empat saki-baki pengganas dikesan menceroboh sebuah rumah di Kembara Sakti, kelmarin sebelum mengikat seorang suri rumah dan rumahnya kemudian terbakar.Empat pengganas terbabit memecah masuk rumah Maimunah Itin, 26, jam 3 petang kelmarin dipercayai untuk mencari makanan ketika wanita itu tinggal seorang diri kerana suaminya, Suhaimi Omar Basah, 30-an, keluar bekerja.Bagaimanapun, dia yang diikat kaki dan tangan dengan tali berjaya melucutkan ikatan sebelum lari menyelamatkan diri ketika pengganas terbabit leka menggeledah rumahnya.Jiran Maimunah, Mohammad Ahmad, 44, berkata, selain rumah wanita itu, sebuah lagi rumah yang terletak bersebelahan turut musnah dijilat api.“Sebaik mengetahui rumah Maimunah dimasuki pengganas, penduduk kampung menghubungi pasukan keselamatan, namun apabila mereka datang beberapa minit kemudian, pengganas sudah melarikan diri.“Pasukan keselamatan mengepung kampung kami dan saya melihat sekurang-kurangnya 12 tembakan gas pemedih mata dilepaskan untuk mengusir kumpulan pengganas,” katanya ketika ditemui, semalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...