Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 20 April 2013

Kenapa Abby Pening-pening Ni ??? hai ada apa2 kew???

Kesian beb. Meroyan sakan Si Ostazah Pening tu dibuatnya. Dah la sebelum ni dia telah dimalukan oleh puak - puak PAS tu bila tak mencalonkan nama dia.

PAS hanya meletakkan kepercayaan kepada Ecah untuk menjadi wakil mereka di Jempol. Tu pun dengar cerita kata PAS Jempol pun tak berapa suka sangat.

Mana la orang nak suka ye tak. Dah Si Ecah tu bukan orang tempatan. Jadi, nampak sangat la PAS hina kepimpinan setempat bila ambik orang luar jadi calon.

Sekarang dah puak - puak PKR pulak yang bikin Si Ostazah pening tu makin malu bila diorang mencalonkan Si Dayang Ku Intan sebagai calon di Pengerang.

Pun timbul isu yang sama. Orang di pengerang sendiri terasa diri mereka dihina bila nama Si Dayang tu diumumkan. Apa, dah tak de calon tempatan ke yang layak nak jadi calon?

Ingat rakyat tempatan dikawasan Pengerang semua tu tak layak belaka ke nak jadi wakil untuk mereka sendiri? Kenapa nak kena import orang dari luar?

Sebelum ini, PKR yakin sangat mampu tawan Sabah. Kenapa diorang tak campak Si Dayang Ku Intan tu balik ke Negeri dia? Yang nak semak Negeri orang ni apa hal?

Dah tak pasal - pasal Si Ostazah Pening tu rasa diri dia terpinggir. Tak pasal - pasal je dia meroyan tak tentu arah. Sekarang siapa yang nak pujuk dia? 

Selama ni, dia beria - ia buat kerja dengan menyebarkan fatwa songsang kepada pencacai - pencacai lain semata - mata nak memburuk - burukkan Kerajaan. 

Akhirnya, sumbangan yang telah dia berikan selama menjadi ahli Sorga, sedikit pun tidak dihargai. Mana la tak basah bantal dia dek kerana hujan mengalir dari air mata. Dah la dia tinggalkan suami dan pak we dia. Sekarang kena cicir pulak dengan PAS!!!
Bukan di Pontian, tetapi penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan, disahkan menjadi calon di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, penyanyi dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam. 
Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon Parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit.

“Dalam tempoh seminggu ini kita sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama kita berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar sini. 
“Setakat ini penduduk sama ada Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau, malah kita juga menerima respons yang positif daripada masyarakat setempat.

“Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, kita juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen,” katanya kepada Sinar Harian. 

Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...