Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 9 April 2013

Terkini !!! Semua Pelajar Sekolah Mungkin Dibekal Komputer Riba Tahun Hadapan


20120308_muhyiddinKLANG, 8 April (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin berkata kerajaan akan melihat bagaimana untuk membekalkan komputer riba kepada setiap pelajar sekolah di seluruh negara mulai tahun hadapan.

Beliau berkata perkara itu mesti dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia adalah komitmen kerajaan untuk melaksanakan janji-janjinya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian di Majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri dengan warga pendidik Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di SJKT Simpang Lima di Taman Sri Andalas di sini.

Beliau berkata selain daripada peranan guru, kerajaan juga melihat kepentingan penggunaan teknologi untuk meningkatkan pencapaian pelajar di dalam pendidikan.

Muhyiddin berkata dalam merangka manifesto BN, satu perkara yang telah dikemukakan beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ialah supaya penguasaan ilmu menerusi teknologi mesti dijadikan satu perkara wajib.

Muhyiddin juga berkata semasa melakukan lawatan ke Amerika Syarikat tahun lepas, beliau telah melawat sebuah sekolah yang menyediakan komputer riba kepada pelajarnya untuk meningkatkan tahap pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Beliau juga berkata peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga penting untuk meningkatkan pencapaian sekolah-sekolah termasuk SJKT.

“Sekarang ni kita berpendapat bahawa peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru mesti dimasuk ke dalam arus perdana pembangunan pendidikan negara dan tak boleh dilihat sebagai satu badan NGO di sekolah,” katanya.

Kerajaan akan memberikan sokongan moral dan material untuk membolehkan PIBG berjalan dengan lebih berkesan dalam membantu pendidikan negara, katanya.

Semasa melawat sebuah sekolah di Australia tiga tahun lepas, katanya, beliau dan rombongan telah disambut para ibu bapa dan bukannya pengetua sekolah itu dan dapat melihat ramai ibu bapa menjadi sukarelawan selain menjadi jurulatih di dalam program pembangunan sukan di sekolah itu.

Menyentuh mengenai pilihan raya umum tidak lama lagi, beliau berharap para guru membuat pertimbangan bijaksana dalam menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi demi masa depan negara dan kerjaya perguruan yang lebih cerah.

“Jangan berdiam diri, berkata tak apalah tak payah mengundi, Barisan Nasional mesti menang. Kalau ada sikap begitu kita takut… boleh kalah,” katanya.

Oleh itu beliau berkata kementerian mahu mereka menggunakan hak itu bagi menentukan masa depan mereka yang cemerlang dan gemilang.

Muhyiddin berkata kerajaan akan terus membantu SJKT di seluruh negara yang memerlukan tambahan prasarana seperti bilik darjah dan komputer.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperincikan di dalam manifesto BN untuk menjadikan kerjaya guru profesion dihormati dengan masa depan yang lebih baik, katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

– BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...