Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 22 May 2013

ALHAMDULILLAH !! Pemuda PAS Sambut Baik Cadangan Khairy Jamaludin !!


KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini mengalu-alukan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu mengadakan pertemuan dengan pemuda parti tersebut.

Ketua DPPM, Nasrudin Hassan berkata, DPPM melihat Khairy sebagai seorang yang cerdik dalam memimpin negara kerana sikapnya yang mahu menerima pandangan pemuda PAS.





“DPPM telah lama menantikan kenyataan terbuka seperti ini. Khairy menunjukkan kecerdikan apabila mempelawa semua pihak termasuk DPPM memberikan pandangan demi membangunkan sukan negara,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin juga menganggap Khairy sebagai seorang pemimpin kerajaan yang matang kerana menunjukkan pendirian bahawa kepimpinan adalah suatu amanah yang perlu ditunaikan dengan baik.

Justeru, katanya, DPPM bersedia mengadakan pertemuan dengan Khairy bagi memberikan pandangan dan idea demi membangunkan sukan negara malah akan mengadakan kerjasama dalam program yang dianjurkan kerajaan.

Jelas beliau, langkah itu bagi memastikan belia negara ini mendapat manfaat daripada kementerian dan kerajaan serta memberi jaminan DPPM akan mengenepikan sentimen politik kepartian demi pembangunan rakyat.

Beliau juga mengakui rakyat sudah bosan dengan sikap ‘politiking’ pemimpin tertentu dalam semua perkara termasuk hal yang membabitkan isu-isu negara.

Media pada 17 Mei lalu Khairy mempelawa semua pihak termasuk pemimpin sayap pemuda parti-parti pembangkang untuk memberi sebarang idea dalam mengembalikan kerukunan serta perpaduan nasional.

Khairy dipetik sebagia berkata, kementerian yang diterajuinya itu bukan ‘Kementerian Barisan Nasional (BN)’ tetapi merupakan kementerian milik semua khususnya golongan belia. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...