Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 12 May 2013

DAH LA PENIPU !!! MANA PENGUNDI HANTU !!! KE DAH TERKANTOI !!!


Sebelum PRU13 lagi, Pakatan termasuklah mereka yang berangan-angan akan masuk syurga kerana memilih PAS sudah pun mendendangkan lagu tentang PENGUNDI HANTU.

Cerita tentang pengundi hantu diperhebatkan beberapa jam sebelum PRU13 berlangsung. Konon-kononnya kapal terbang, bas, trak, lori, kapal selam, kapal api dan kapal angkasa induk telah mendarat, menurunkan para pengundi hantu untuk memenangkan Barisan Nasional.

Tak percaya, tanyalah Cina-Cina dan para penyokong Pakatan Rakyat. Semua mereka akan mengungkapkan perkara yang sama.

Malam selepas keputusan PRU13 diumumkan, para pecacai Pakatan pun pakat-pakat mengeluarkan video sekerat memaparkan muka-muka Bangla dan Indon yang berjaya 'ditangkap' di pusat-pusat pengundian.

Anehnya, beberapa jam kemudian, pecah pula berita tentang penangkapan agen-agen Pakatan Rakyat yang membawa van dan di dalam van tersebut terdapat pula beberapa warga Bangladesh dan Pakistan selain penemuan kamera video dan kamera oleh pihak polis.

Namun berita tersebut disenyapkan begitu sahaja sebaliknya para pecacai Pakatan, bersungguh-sungguh bercerita tentang pengundi hantu.

Anehnya, dalam KESEMUA KLIP VIDEO yang dipaparkan, HARAM TAK ADA SATU PUN BUKTI yang menunjukkan mereka adalah pengundi hantu. Bahkan menunjukkan pula bahawa mereka adalah sebahagian daripada plot cerita PENGUNDI HANTU yang dipopularkan oleh DAP dan dikembang biakkan oleh PKR dengan bantuan PAS.

Sebaliknya timbul pula tanda tanya, dengan Bangla dan Pakistan yang begitu ketara kulit dan wajah mereka berbanding penduduk tempatan, mengapa TIDAK ADA SATU PUN PENGUNDI HANTU DARI CHINA yang berjaya ditangkap? Lebih menarik lagi, kewujudan 'pengundi hantu' Bangla dan Pakistan tidak pula memenangkan Barisan Nasional di kawasan-kawasan yang diperkatakan. Sebaliknya kewujudan PENGUNDI-PENGUNDI HANTU CHINA pula telah memenangkan PKR dan DAP dengan jumlah majoriti undi yang TERSANGAT BESAR.

Mengapa bukti-bukti pengundi hantu yang diperkatakan itu, hanya dalam bentuk klip video yang tidak menceritakan perkara sebenar, dan hanya dipopularkan di media-media sosial? Mengapa sehingga sekarang, tiada satu pun bukti yang dirakamkan itu, diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat?

Dan mengapa pula, tiada sebarang usaha untuk membawa kes menyanggah kemenangan calon-calon Barisan Nasional dengan menggunakan mahkamah memandangkan sebelum ini, para pemimpin Pakatan Rakyat cukup akrab dan karib dengan mahkamah? Anak terberak dalam seluar pun, hakim dan mahkamah perlu sediakan ruang untuk mereka.

Melalak-lalak dengan pengundi hantu, walhal cerita pengundi hantu sekadar jadi bahan untuk berceramah dan menghasut semata-mata.

Kalau benchmark muka Bangla, muka Pakistan dan muka Indon dijadikan sebagai pengukur jumlah pengundi hantu, barangkali muka Cina dan Cina sendiri kalau dikumpul-kumpulkan, tentu jumlahnya beratus kali ganda besarnya!!!

Samalah macam pensyarah yang bercakap hebat tentang itu dan ini... tentang teori itu, teori ini... walhal bila dipraktikkan, semua yang diajarkan, hampeh belaka!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...