Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 9 May 2013

HANYA MANUSIA YANG BODOH LAGI TIDAK BERAKAL JE YANG AKAN SABOTAJ PARTI UNTUK KEKALAHAN BN !!! SIAPA TU!!!


PRU13lah kempen agak kotor dipenuhi dengan berbagai sabotaj dari dalam yang dilakukan oleh pemimpin Umno sendiri. Sebagai orang yang belum menyertai mana-mana parti Sungai Rapat Online mendapati Umno akan berkubur jika masih menyimpan pemimpin jijik sebegini.

Sebenarnya Dun Sungai Rapat merupakan kawasan putih yang mudah dimenangi oleh sesiapa sahaja calon BN yang bertanding, tetapi akibat sabotaj bertalu-talu atas bawah, depan dan belakang yang dilakukan oleh pemimpin tertentu Umno maka Dun Sungai Rapat kini dimenangi dengan mudah menjadi milik calon Pas yang tak pernah turun padang pun.

Bermula dengan penajaan calon bebas bagi memecahkan undi Umno dan Mior mendapat 333 undi sahaja, itupun mungkin undi daripada beberapa pemimpin yang dengki dengan pencalonan Dato Hamidah sebagai calon BN.

Kemudian tidak habis dengan itu beberapa lagi menyekat lojistik seperti bendera, baju 'T' BN, wang peruntukkan untuk Dun dan yang terakhirnya berkempen untuk menjatuhkan calon BN sendiri.

Mereka sanggup membuat mesyuarat khas untuk membincagkan bagaimana nak menjatuhkan calon BN Dato' Hamidah Osman.

Kempen-kempen drastik kuncu-kuncu pemimpin tertentu bermula dan paling ketara kempen untuk menjatuhkan Dato Hamidah berlaku di Kampung Sungai Rokam, di Kampung Seri Rahmat, Di Kawasan Pengkalan Barat, Pengkalan Gate.

Jika inilah pemimpin yang ditampilkan oleh Umno, SRO yakin pada PRU14 nanti Dato Seri Mohd Najib akan menjadi terus ketua pembangkang. Selagi pemimpin-pemimpin jijik dan bermuka-muka ini berkuasa mengawal Umno ini wujud selagi itulah Gopeng hanya akan menjadi pembangkang sahaja.

Masyarakat sekeliling sudah muak dengan kemimpinan Umno yang ada dan sewajarnya diganti baru, mereka menjadikan peruntukkan yang diberikan sebagai bisnes mereka.

Pemilihan parti akan berlaku sudah pasti individu tersebut akan berhempas pulas habis-habisan untuk mengekalkan dirinya sebagai pemimpin dan sudah pasti mereka ini akan menggunakan apa sahaja pendekatan waima berjuta-juta ringgit terpaksa dilaburkan.

Ingatlah keahlian Umno bukan hanya untuk individu tertentu sahaja, jika dasar tutup pintu terus dilaksanakan oleh Umno terhadap ahli baru yang memohon untuk menjadi ahli maka mereka akan beralih ke parti lain yang senantiasa terbuka buat mereka dan Umno pasti akan berkubur bukan kerana orang Melayu mengkhianati Umno tetapi sikap jijik segelintir pemimpin Umno yang menjadikan orang Melayu menjauhi Umno.

Jangan salahkan orang Melayu jika Umno sudah tidak diterima oleh parti yang majoriti kaum Melayu sendiri.

SRO akan mengupas dengan lebih mendalam mengenai kekalahan di semua kerusi Dun dan Parlimen Gopeng pada entri akan datang.

Bukan tidak Redha terhadap apa yang berlaku tetapi perlu juga direnung dan disiasat siapa sebenarnya musuh dalam selimut. Rasullullah SAW pun pernah tewas dalam peperangan Uhud dan baginda juga redha dengan ketentuan Allah tetapi sebagai pengajaran Rasulullah SAW menyiasat kembali punca kekalahan tersebut supaya tidak akan berlaku lagi pada peperangan yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...