Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 17 May 2013

PANAS !!! ANWAR MAU JADIKAN MALAYSIA SENASIB DENGAN IRAQ???


Dalam diam rupa-rupanya Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mahu Malaysia diserang oleh Amerika seperti yang berlaku di Iraq.


Anwar Ibrahim mencanang seluruh demostrasi jalanannya bahawa beliau akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan semalam, Anwar berkata beliau bersama Lim Kit Siang mahu kuasa besar itu menyerang Malaysia seperti yang berlaku di negara Islam Iraq.

"Walaupun persahabatan Malaysia dengan Amerika dilihat baik tetapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq kan?, kata Anwar.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan buat apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Kira-kira ribuan hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi rata-rata kaum cina sudah bersedia untuk membuat demonstrasi yang lebih besar dalam masa terdekat di Kuala Lumpur dan seterusnya mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan atau berhadapan dengan tindakan pembangkang.

Anwar Ibrahim terlalu cemburu apabila mendapat tahu laporan Bernama bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dengan kerenah pembangkang dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menuduh dengan niat jahat dan menghasut orang ramai bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menerima dakwaan undi bukan warganegara Malaysia sebagai "perkara biasa"."Sebab itu, saya katakan nak selamatkan negara ini, pertama sekali yang perlu undur, (Pengerusi) SPR mesti diberhenti sekarang juga," katanya yang turut disambut dengan sorakan oleh ribuan kaum cina.

Ini merupakan satu perbuatan menghasut yang paling bahaya dan Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi yang menjadi menteri KDN yang baru sepatutnya sudahpun menahan Anwar Ibrahim tetapi sehingga kini Anwar Ibrahim masih lepas bebas. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...