Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 5 May 2013

Tuan Guru MENGAMUK !!!! KENAPA PULAK NI???



Syeikh Tuan Guru Salleh Musa

Syeikh Tuan Guru Salleh Musa
ALOR SETAR - Umat Islam dinasihat agar tidak berpuak-puak dan bersatu menentang musuh Islam, selain memastikan memilih pemimpin yang adil pada PRU13 ini.

Tokoh Ulama Kedah, Syeikh Tuan Guru Salleh Musa berkata, wajib menyokong parti yang memperjuangkan Islam manakala haram menyokong parti yang menentang Islam.

“Golongan ulama mahu selamatkan negara, bukan khianat. Ketika mengundi, tanamkan niat untuk kembangkan agama Islam,” katanya.

Menurutnya, rakyat wajar memilih parti yang akan menjadikan Islam sebagai panduan hidup selain memilih parti yang akan memegang amanah rakyat dan negara.

“Wajib juga kita memilih parti yang akan beri pendidikan berkualiti sepanjang hayat, termasuk menyediakan kemudahan kesihatan berkualiti dan agih kekayaan secara saksama dan menghapuskan kroni,” katanya.

Salleh yang juga Penaung Madrasah Ar Rahmaniah berkata, setiap umat Islam wajar menjaga hati agar menjauhi sikap riak, takbur atau sombong, selain berjuang dengan hati yang bersih.

“Jika hati tidak elok, sukar untuk mana-mana pihak menuju ke Putrajaya. Buat kerja mestilah ikhlas dan betulkan hati untuk jalankan syariat Islam,” katanya.

Beliau turut menasihatkan agar dihargai nikmat yang ada, agar ALLAH SWT akan menambah nikmat itu.

“Jangan melihat siapa calon bertanding, yang penting adalah calon yang ikhlas, itu adalah pintu kejayaan.

"Ketika mahu mengundi, bacalah ‘Bismillah’ dan niat untuk kembangkan Islam. Mintalah bantuan kepada ALLAH agar dapat laksanakan hukum ALLAH,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...