Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 27 June 2013

PANAS !!! PERKARA PALING RASIST !!!DAP MAHU PASAR RAMADAN PULA DITUTUP



Post PicKUALA LUMPUR: Sikap perkauman DAP semakin terserlah hari ini apabila Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua mencadangkan pasar Ramadan juga ditutup kerana didakwanya akan menyebabkan kesesakan lalu 
lintas.

Katanya, jika benar alasan kerajaan negeri bahawa keputusan untuk menutup pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka kerana mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melampau, maka 
tindakan yang sama perlu diambil ke atas Pasar Ramadan.

"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung.
"Kenapa tutup saja di Jonker Walk? Saya rasa semua tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri ini adalah tindakan politik yang langsung tidak mengambil kira keperluan rakyat di Malaysia. Ia hanya mengambil kepentingan politik Umno," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau selain itu turut menggesa penutupan Jonker Walk itu dibatalkan dengan serta merta.

Kemelut itu timbul apabila akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily hari Isnin lalu melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron sebagai berkata, mesyuarat anggota exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Bagaimanapun Idris telah menafikan laporan itu. Katanya, keputusan yang diambil pada mesyuarat exco itu adalah untuk membuka semula jalan raya yang ditutup kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya.

Perkara itu bertambah kusut apabila sebuah portal mesra pembangkang memetik ADUN Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan Jonker Walk adalah 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...