Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Azwan Bro. Show all posts
Showing posts with label Azwan Bro. Show all posts

Sunday, 11 August 2013

Terkini Dari Rumah Terbuka Pemuda Umno Perak!!!

Cukup meriah sekali ketika berada di Jamuan rumah terbuka pemuda Umno Perak  yg bertempat di dewan besar Kementerian Belia .

Sedikit gambar utk tatapan semua .Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai kaum yg terdiri daripda bangsa china india dan melayu

Kebetulan semasa penulis sampai di majlis Rumah Terbuka ini saudara Azwan Bro yg juga ketua Pemuda Umno Perak turut sampai.

Jemputan Buat Semua Rakyat Perak Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pemuda Umno Perak

Salam aidilifitri buat seluruh rakyat negeri Perak .Pada Hari Ini insyallah anda semua dijemput ke program rumah terbuka aidilditri Pemuda Umno Perak .Butiran program sila baca di bawah .

Salam Perak AmanJaya, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak menjemput tuan/puan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak pada 11 Ogos 2013 (Ahad) bertempat di Dewan Besar Kompleks Belia & Sukan Perak (berhadapan stadium bolasepak Perak) mulai jam 2.00 ptg hingga 6.00 ptg. YAB MB Perak dijangka hadir pada jam 4.00 ptg. (Ada psembahan artis & cabutan btuah).

Tuesday, 6 August 2013

Panas Ucapan Misteri Azwan Bro semasa Pau 2012???

Kredit to brojinggo.blogspot.com

Umno harus ada zuriat politik yang berkualiti untuk memastikan kelangsungan kuasa terutama dalam suasana politik semasa yang kian mencabar, kata wakil Perak Khairul Azwan Harun.

Katanya, zuriat berkualiti yang dimaksudkan itu harus memiliki ciri-ciri taat setia, mesra islah dan mensyukuri nikmat.

"Taat setia ini penting kerana jika kita lihat pihak di sebelah sana yang ditanam bukanlah perjuangan untuk mengangkat citra agama bangsa dan negara, sebaliknya membentuk generasi yang patuh membuta tuli kepada pemimpin yang ingin merosakkan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.

"Dalam konteks parti keramat ini, kita ingin melahirkan zuriat yang sentiasa meletakkan perjuangan serta matlamat parti mengatasi kepentingan lain dan pada sepanjang masa menggalas nama Umno di pundak mereka.

"Ini sekaligus melenyapkan sifat individualistik mensabotaj perjuangan," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden di perhimpunan agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC.

Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2012/11/ucapan-perbahasan-ketua-pemuda-perak.html#PGhuJOtBiqcGLgIo.99

Sunday, 4 August 2013

WAJIB BACA !!! KENAPA PEMUDA UMNO PERLU UNDI AZWAN BRO SBG Jawatan Naib Ketua Pemuda Malaysia !!!



Kenapa perlu mengundi Azwan Harun? 

Pasti inilah soalan yang bermain-main di fikiran para perwakilan pemuda umno di seluruh negara. Seramai enam orang calon dijangka akan bertanding jawatan naib ketua pemuda umno malaysia. Dan kesemuanya adalah ahli jawatankuasa pemuda umno di bawah Khairy Jamaludin @KJ. Kj amat bijak membiarkan orang orangnya berebut sesama sendiri untuk jawatan naib sedangkan jawatan ketua pemuda hanya akan ditandingi oleh calon-calon yang tak berapa terkenal dan langsung tiada peluang untuk menang. Calon-calon itu sengaja ditaja untuk menggambarkan bahawa berlaku demokrasi didalam UMNO.


Kenapa Azwan Harun layak untuk menjadi naib? 

Sekali lagi soalan itu akan ditanya. Akan saya sebutkan satu persatu dengan penuh berilmiah dan fakta yang membuatkan para pengundi tidak mampu menolaknya. Mungkin juga akan ada tuduhan mengatakan saya berkempen untuk Azwan Harun kerana saya dibayar oleh Azwan. Dengan bangga diri saya mengatakan SAYA TIDAK DIBAYAR WALAU SATU SEN PUN UNTUK BERKEMPEN BAGI PIHAK AZWAN HARUN.


Kenapa Perlu undi Azwan Harun?

Wah... Berapa kali dah soalan itu ditanya. Baiklah, biar saya rungkaikan persoalan bodoh itu kenapa para perwakilan perlu mengundi Azwan Harun. 

Ramai yang tidak mengenali Azwan Harun. Kalau ada yang tak kenal siapa Azwan dan nak mengenali siapa Azwan boleh tanya saya, jangan tanya orang lain kerana mungkin anda akan mendengar cerita yang tidak benar malah tidak adil. Mungkin ada yang agak berminat untuk mengenal Azwan Harun dari pandangan sisi di sudut blogger seperti saya yang begitu kuat menyokong GERAKAN ANTI ZAMBRY. Umum mengetahui bahawa zambry adalah boss kepada Azwan. Biar saya ceritakan siapa Azwan Harun ini di lembaran akan datang. Stay tune....

Wednesday, 26 June 2013

PANAS !!! ADA KEJUTAN DARI AZWAN BRO BUAT PEMUDA PERAK!!! NANTIKAN



Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Perak, menyahut baik hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam menubuhkan makmal politik.
Pengerusinya, Khairul Azwan Harun bagaimanapun turut mencadangkan agar golongan belia diberi peluang untuk terlibat secara langsung aktiviti makmal politik berkenaan.

"Jadi apabila perdana menteri bersetuju untuk menubuhkan makmal di Dewan Tertinggi BN maka saya merasakan elok juga sekiranya melibtkan generasi muda yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat, dari bandar dan luar bandar sama-sama terlibat dalam proses kajian dan penelitian.
"Kita jadikan makmal ini tempat untuk memdengar nasihat serta pandangan supaya sama-sama kita dapat hasilkan satu input yg baik untuk BN,"katanya ketika mengulas mengenai penubuhan Makmal Politik oleh Presiden BN semalam.

Khairul Azwan berkata lagi, penubuhan makmal kajian ini sebenarnya satu pendekatan yang cukup baik dalam usaha untuk memastikan parti berkenaan terus relevan.

Malah katanya, kejayaan daripada penubuhan makmal-makmal lain sebelum ini telah pun dicapai serta dinikmati oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.
"Sebagai contoh program-program transformasi ekonomi, transformasi kerajaan , transformasi politik ini semua adalah hasil daripada perancangan oleh makmal kajian," katanya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan untuk menububkan makmal politik bagi memastikan parti itu terus relevan kepada rakyat.
Semalam, Najib berkata Dewan Tertinggi BN memutuskan penubuhan makmal politik bulan depan untuk membuat cadangan khusus mengenai perubahan yang perlu dilakukan kepada parti gabungan itu.

Makmal berkenaan akan melihat sama ada perubahan itu melibatkan struktur, penjenamaan atau dasar BN atau ketiga-tiganya. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...