Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label BABUN. Show all posts
Showing posts with label BABUN. Show all posts

Saturday, 4 May 2013

LAGI PETUALANG GELAR PENJAWAT AWAM SEBAGAI KERA JAGAAN PALING MAHAL !!!


Masih belum HILANG KEMARAHAN penjawat awam di negara ini dengan kenyataan Tony Pua mahu MENGURANGKAN JUMLAH kakitangan awam jika pembangkang berkuasa kelak,timbul lagi SEEKOR MAKHLUK yang juga merupakan Calon PKR bagi Johor Bahru, Jeneral (Bangang) Tan Sri Md Hashim Hussein melakukan ONAR.
TANPA RASA BERSALAH, Bekas Panglima Angkatan Tentera GELAR dan LABELkanPenjawat Awam Sebagai KERA. 
"Saya dulu pun dalam kerajaan juga. Bila saya dalam kerajaan, orang beri saya makan macam keralah. Di beri makan pisang, beri susu, beri kacang, bagi kelapa. Jadi bila kera ini dilepaskan mula mengamuk mula bermusuh sebab tiada orang jaga lagi," - Jeneral (Bangang) Tan Sri Md Hashim Hussein 22 APRIL 2013.
Wahhh ... Cukup Hebat Jeneral (Bangang) Tan Sri Md Hashim Hussein. Seorang bekas Panglima Angkatan Tentera. 

Inilah calon PILIHAN RAKYAT Anwar Ibrahim. Calon yang telah mengKERAkan penjawat awam. 
Calon inilah juga yang MAHUKAN SOKONGAN dan UNDI dari KERA. 
Rakyat, terutamanya PENJAWAT AWAM yang dilabelkan sebagai KERA ... Perlu menilai kehebatan Calon PKR Johor Bahru ini. Mahu undi MAKHLUK yang menggelarkan anda sebagai KERA ?
 
Video SINI


Tuesday, 30 April 2013

GILA BABUN !!! BABUN PON TAK MACAM NI ??? AWAS MELAYU AKAN DIHALOU MACAM SAMPAH !!!


pap1Sebelum ini Pisau pernah dedahkan penglibatan secara serius parti PAP Singapura apabila memberi bantuan kewangan dan juga jentera untuk mempertahankan regim DAP Pulau Pinang.
 
Puluhan juta disalurkan kepada DAP,menurut sumber Pisau sekarang ini ratusan ahli PAP sudah tiba sejak 2 minggu lepas dan setiap peti undi yang ditandingi oleh DAP akan diawasi dan dibantu oleh ahli parti PAP Singapura.Campur tangan Singapura didalam pilihanraya negara kita cukup besar peranannya. Bukan saja wang ringgit dan kakitangan,mereka juga turut mengerakkan jentera propaganda untuk membantu kelangsungan pemerintahan regim DAP di Pulau Pinang.
 
2 hari lepas  Liew Yeow Hooi,Calon parti PCM N28 Komtar telah ditemubual oleh Liew Fan Chyi wartawan Singapore Press . Temuramah dibuat di Evergreen Laurel Hotel di Gurney Drive.
 
Liew turut  ditemani oleh Ng Weng Lok Ketua PCM Bahagian Timur Laut ,apa yang menarik didalam temuramah ini,Wartawan Singapore Press ini telah menyatakan dasar dasar yang dilaksanakan oleh Lim Guan Eng adalah baik untuk Pulau Pinang dan seluruh masyarakat Cina. Namun Yeow Hooi dengan tegas menafikan perkara tersebut sebaliknya beliau berkata Lim Guan Eng hanya pandai cakap tetapi tidak mampu untuk laksanakan dasar tersebut.
 
Tambah Yeow Hooi lagi,Lim Guan Eng hanya tahu memburukkan kerajaan BN tetapi tidak pula beliau pernah menceritakan kebaikkan BN seperti pendidikan serta perubatan dengan kos yang percuma dan minimun dimana kerajaan Singapura sendiri tidak dapat sediakan perkhidmatan seperti itu kepada rakyatnya.
Wartawan Singapura itu menjadi kaget dan tidak mampu mempengaruhi Yeow Hooi,menurut sumber DAP wartawan tersebut sebelum ini telah menemubual Lim Guan Eng dan telah mendapatkan butiran mengenai dasar dasar yang kononnya dilaksanakan oleh regim DAP.

Sebenarnya tujuan wartawan tersebut menemui Yeow Hooi adalah untuk mempertikaikan kenapa PCM mahu menentang DAP sedangkan dasar DAP itu kononnya amat baik.Ternyata niat wartawan tersebut gagal untuk mempengaruhi Yeow Hooi ,selepas pertemuan itu tamat,Wartawan ini terus ke ibu pejabat DAP negeri .

ANAK JATI MALAYA: teman harap sangat pihak berkuasa khususnya lebih berhati hati didalam apa -apa tindakkan ...teman tahu deme tengah merancang sesuatu untuk huru harakan negara ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...