Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label KJ. Show all posts
Showing posts with label KJ. Show all posts

Saturday, 1 June 2013

KJ MULA TUNJUK KEJANTANNANNYA ??FAM KENA LAGI !!! TAK PATUT FAM NIH !!!! ROMBAK FAM !!!!



Khairy JamaluddinMENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas.

"Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000.

"Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi bersama Timbalannya, Datuk M.Saravanan ke Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil hari ini.

Khairy juga menyifatkan sebagai tindakan kurang tegas FAM terhadap PBNP ekoran kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu, menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda dan diadakan di gelanggang berkecuali.

Jawatankuasa Tatatertib FAM mendenda PBNP sebanyak RM100,000 manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) didenda RM20,000 ekoran kekecohan itu.

"Kita tidak tahu kenapa terlalu ramai penonton boleh berada di stadium sedangkan tiket perlu dijual mengikut kapasiti stadium," katanya.

Menurutnya insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dan FAM perlu segera menyiasat dan mencari jawapan kerana ianya telah mencemarkan nama baik bola sepak negara.

"Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan amat kecewa dengan PBNP kerana mereka gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai tuan rumah," katanya.

Khairy turut meminta agar FAM bertindak menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pesuruhjaya perlawanan kerana gagal menyelaraskan semua aspek perlawanan termasuk soal keselamatan dan tiket. - Bernama

Sunday, 26 May 2013

KJ BUAT GILA KE APA NIH!!! MENTERI BELIA DAN SUKAN LANGGAR MAT REMPIT !!!



Malam ketiga Festival Belia Putrajaya 2013 gempar dengan bunyi motosikal yang menyertai pertandingan Drag Race yang berlangsung di belakang Istana Kehakiman Putrajaya. Perlumbaan yang bermula sejak siang hari ketiga festival ini berlangsung, pada malamnya telah dilancarkan secara rasmi oleh YB. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Perjumbaan yang terbagi kepada beberapa kategori seperti 4 stroke, 2 stroke dan Terbuka ternyata menarik minat anak muda yang gemar dengan sukan lumba motorsikal. Drag Race ini adalah perlumbaan motorsikal yang mengunakan trek lurus dan kiraan masa bagi menentukan pemenang bagi setiap perlumbaan.

Pada malam perlancaran ini YB Khary Jamaluddin yang datang bersama isterinya Puan Nori Tun Abdullah turut melepaskan pelumba dan baca seterusnya...

Friday, 24 May 2013

PANAS TERIK !!! KJ KENE BULI TERUK ???






Macam tak caya plak Ketua Pemuda UMNO yang baru dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin didera melepasi pelbagai halangan "Obstacle" yang disediakan penganjur dalam cabaran "Viper Challenge". 

Viper Challenge merupakan salah satu event menarik yang terdapat di Festival Belia Putrajaya 2013. Peserta terpaksa melakukan aktiviti xtreme untuk melepasi kesemua halangan yang disediakan oleh pihak penganjur. 

KJ yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan juga tidak melepaskan peluang mencuba cabaran ini walaupun beliau merupakan seorang menteri. Dan beliau telah membuktikan bahawa beliau juga berjaya menamatkan halangan dalam usia 37 tahun dan tak sia-sia beliau mengikuti kursus askar wataniah tahun lepas. 

Jadi, malu la anak muda yang lebih muda umurnya daripada Menteri Belia dan Sukan kalo tak mampu melepasi semua halangan tersebut. 

Oleh itu, ayuh anak muda di luar sana... Datanglah ke Festival Belia Putrajaya 2013 beramai-ramai dan mencuba halangan "Viper Challenge" ni bagi membuktikan korang boleh menewaskan Menteri Belia. 

Wednesday, 15 May 2013

KJ MASUK PEMBANGKANG ???? BUAT NAJIB FRUST MENONGGENG !!!!


Serba janggal dan serba menakjubkan apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara tidak semena-mena telah menawarkan dirinya untuk dilantik sebagai Menteri dalam kabinet baru Najib Abdul Razak.

Seolah-olah amat berbangga dengan kemenangan besar yang diperolehinya di Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menjadikan kemenangan tersebut sebagai tiket untuknya bergelar Ahli Kabinet pula, terutama selepas sepanjang penggal 2008-2013, Khairy Jamaluddin hanya mampu menjawat jawatan Pengerusi sebuah agensi yang entah apa fungsinya.

Wajarkah Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu menawarkan dirinya untuk menjadi Menteri?

Persoalan itu sekarang ini sedang dibahaskan dengan penuh meriah. Terlalu ramai yang kontra berbanding yang pro kepada hajat dan niat Khairy Jamaluddin.

Yang paling kerap ditimbulkan ialah, sejauh manakah kejayaan Pemuda UMNO Malaysia di bawah Khairy Jamaluddin sehingga dia perlu dilantik sebagai Menteri? Adakah Pergerakan Pemuda UMNO di bawah Khairy benar-benar berfungsi untuk berkempen dan memenangkan calon-calon Barisan Nasional, khususnya UMNO di semua tempat?

Atau fungsi Pergerakan Pemuda UMNO telah lama tempang, sehinggakan kewujudan Pemuda UMNO Malaysia, langsung tidak dirasai dan digeruni?

Melihat kepada prestasi yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO, rasa-rasanya jawatan Menteri yang diidam-idamkannya tidak layak buatnya. Sebaliknya, Khairy Jamaluddin perlu membuktikan bahawa Pemuda UMNO yang diketuaina itu merupakan satu badan atau sayap yang benar-benar berkesan dan menjadi pemangkin kepada sokongan pengundi-pengundi muda untuk parti tersebut serta Barisan Nasional sendiri.

Apa yang berlaku pada PRU13 sebenarnya, amat mendukacitakan. Bukan Pergerakan Pemuda sahaja yang gagal, bahkan Pergerakan Puteri UMNO juga langsung pincang dan tidak mampu digerakkan dengan efektif.

Kalau sudah jawatan Ketua Pemuda pun, tidak mampu ditanggung dan dilaksanakan tanggungjawab serta amanahnya, bagaimana pula apabila Ketua Pemuda dilantik sebagai Menteri? Mampukah Ketua Pemuda UMNO memikul tanggungjawab-tanggungjawab tersebut?

Jangan hanya nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran!

Sewajarnya Ketua Pemuda UMNO memberikan tumpuan kepada tugasnya yang utama berdasarkan apa yang diikrarkannya ketika bertanding untuk jawatan tersebut beberapa tahun lalu. Seharusnya juga, dia tidak memungkiri janjinya untuk tidak menjawat sebarang jawatan penting, selagi Pergerakan Pemuda UMNO gagal melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka.

Dalam keadaan sukar sekarang, gelagat yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin sebenarnya lebih mudah dirujuk sebagai MEMENTINGKAN DIRI berbanding mementingkan parti padahal ketika berkempen, lain pula yang dicakapkan dan diikrarkan!!!

Kurangkan gelagat elit yang terpalit pada Pemuda UMNO, sebaliknya turunlah ke bawah dan dekatilah golongan pengundi muda kerana mereka inilah yang akan menentukan sama ada UMNO kekal relevan atau sebaliknya.

Atau barangkali Khairy sudah dapat melihat bahawa UMNO tidak akan lagi mendapat sokongan golongan muda pada PRU14 nanti sehinggakan dia terlupa yang dia adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekaligus membuatkan dia perlu menjadi Menteri?


Thursday, 18 April 2013

Panas !!! Kenapa Khairy Jamaluddin (KJ) Marah-Marah Ni???


Berikut adalah kenyataan Sdr Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Pengerusi Pemuda BN, berhubung dengan penyenaraian ramai orang muda dan baru sebagai calon BN pada PRU-13.

Sebagai wadah politik dan entiti yang sentiasa memperjuangkan kepentingan suara dan perwakilan orang muda, Pemuda Barisan Nasional (BN) sangat menyambut baik dan berterima kasih kepada YAB Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di atas penyenaraian ramai orang muda dan muka baru bagi menggalas harapan dan tanggung jawab sebagai ahli pasukan transformasi BN pada pilihan raya umum ke 13. 

Ini terzahir dengan komposisi 44 peratus generasi pelapis daripada keseluruhan jumlah calon BN, meliputi 73 orang sebagai calon kerusi parlimen dan 247 bagi Dewan Undangan Negeri. Manakala dalam konteks Pemuda pula, 36 peratus atau 116 calon daripada segmen orang muda dan muka baru adalah dari Pemuda BN.

Bagi Pemuda BN, langkah ini sangat bertepatan memandangkan bukan sahaja lanskap politik negara telah berubah bahkan demografinya juga berbeza. Di Malaysia, orang muda mewakili lebih 40 peratus dari jumlah penduduk dan hampir 42 peratus dari 13.3 juta pengundi masa kini. 
Lantaran itu, pengiktirafan kepada ramai calon orang muda dan muka baru mencerminkan BN yang sentiasa segar, kontemporari dan utuh menerajui kelok kepimpinan. Jelas terbukti, BN bukan sahaja tampak menyahut aspirasi anak muda bahkan berani menterjemahkan peralihan generasi di dalam barisan hadapannya. 

Dalam pada itu, Pemuda BN juga ingin mengajak kesemua pihak di dalam BN untuk mengukuhkan kekuatan dan berpadu tenaga bekerja keras bagi memenangkan setiap calon yang dinamakan tanpa ada keluh kesah mahupun kecewa. 

Pemuda BN menyeru rakyat untuk terus bersama BN bagi membina masa depan yang cemerlang berasaskan prestasi ampuh yang teruji dan perancangan jangkauan jauh yang memenuhi harapan rakyat serta cabaran masa hadapan.


Thursday, 4 April 2013

#PRU13 : KJ Luah Sesuatu Menjelang PRU 13???


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini meminta pemimpin-pemimpin Pemuda agar tidak merajuk dan bertindak mensabotaj parti jika tidak dipilih sebagai calon dalam piliharaya (PRU13).

Sebaliknya, para pemimpin pemuda perlu muhasabah diri dengan keputusan Presiden parti dan tidak mematahkan semangat juang mereka dalam memperjuangkan parti khususnya dalam memenangi PRU13 kali ini.

Beliau dengan rendah diri akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Pemuda mendahului parti bukan diri... Khairy komitmen untuk memastikan kemenangan BN yang tidak berbelah bagi tak kira lah menjadi calon atau tidak. Beliau berharap para pemimpin pemuda turut berpegang kepada prisnsip yang sama.

Petikan dari Facebook KJ (https://www.facebook.com/Khairykj) - Salam kepada semua rakan FB. Minta maaf tidak ada banyak update di FB. Seperti mana semua sedia maklum, PRU13 sudah tidak lama lagi. Ramai yang tanya saya melalui Twitter samada saya bertanding atau tidak.

Saya sudah maklum kepada Pengerusi BN, Dato' Sri Najib, preference saya yakni saya lebih cenderung untuk tidak bertanding pada PRU13. Perkara ini juga pernah saya sebut secara umum satu ketika dahulu.

Tetapi saya seorang yang agak old-fashioned. Saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN. Kalau diarah bertanding, saya akur. Kalau diminta undur, saya akur juga.

Yang penting, komitmen saya untuk memastikan kemenangan BN tidak berbelah bagi tak kira jadi calon atau tidak.

Saya harap yang lain, terutamanya pemimpin Pemuda, juga pegang kepada prisnsip yang sama. Janganlah merajuk atau menentang jika tidak dipilih menjadi calon. Kita sentiasa berucap tentang perpaduan dan kesetiaan dalam parti, inilah masa untuk kita membuktikannya melalui amalan dan tindakan.

Mungkin pengalaman saya boleh menjadi teladan. Saya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, pangkat Naib Presiden UMNO. Namun saya tidak dilantik dalam Kabinet. Perkara ini dijadikan bahan ejekan bagi musuh-musuh politik terhadap saya. Walaupun begitu, saya tak pernah erti istilah sedih, kecewa, marah atau merajuk. Selama empat tahun jadi Ketua Pemuda saya terus berjuang dan melaksanakan tugas sebaik mungkin. Sebab bagi saya yang penting bukan jawatan, tetapi niat kita untuk berkhidmat demi rakyat dan keberkesanan kita untuk membawa kebaikkan kepada rakyat. 

Marilah sama-sama kita gerak sebagai satu pasukan. Saya yakin sekiranya barisan kita ampuh, rakyat jua akan lebih yakin untuk memberi mandat besar kepada Barisan Nasional dalam PRU13!

Friday, 28 December 2012

SERANGAN KINI BERALIH PADA KJ

Betul Tak apa yang Anak Jati Tulis Aritu di Entri yang bertajuk UMNO parti yang kuat,kukuh.Tak percaya kome boleh bukak.Ala takkan dah lupa kot.Ok takpa bior teman ingatkan kome semua tentang strategi yang mereka akan lakukan jika cuba hendak menjatuhkan satu tampuk organisasi atau parti politik

Dalam entri yang lepas anak Jati Malaya dah citerkan pada kome semua ,bagaimana strategi mereka,dari mereka melakukan serangan pada Presiden Parti ,lepas tu Ketua Wanita dan paling terbaru adalah cubaan mereka hendak menjatuhkan Career Ketua Pemuda UMNO.KLIK SINI

Berbagai macam mereka timbulkan ,bukan apa bila dah tak berjaya ,mereka akan cuba menjatuhkan org disekeliling presiden parti termasuk Isteri Pemimpin itu sendiri.Anak Jati Malaya tidak hairan dah nama pon dunia politik memang ragamnya kita tidak boleh tahu jejaknya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...