Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, 21 May 2013

SUDAH TERLAMBAT !!! KERAJAAN MALAYSIA PERLU BERTEGAS AMBIL TINDAKKAN PADA PENGGANAS DI BUMI MALAYSIA !!!



KENYATAAN 'panas' Menteri Dalam Negeri baharu bagaikan tamparan padu ke muka kumpulan 'puak pemberontak' di negara ini yang mahu mengambil alih pentadbiran negara tanpa mengira kesannya jika berlaku perpecahan kaum mahupun perpecahan orang Melayu sendiri.

Seperti cacing kepanasan, taktik memancing simpati rakyat dirancakkan untuk menunjukkan pihak berkuasa semakin zalim terhadap mereka yang 'memperjuangkan rakyat' melalui media sosial dan blog, seterusnya menyemarakkan lagi kebencian terhadap kerajaan.

BACA LAGI KLIK SINI

LAGI MAU DIAM KA!!! Anjing DAP tunjuk isyarat lucah sebab demo tak dapat sambutan !!!!





Rancangan ahli DAP, Hata Wahari untuk mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini tidak mendapat sambutan apabila hanya dia bersendirian yang hadir petang tadi.

 Walaupun telah digembar-gemburkan di laman-laman sosial sejak lebih seminggu lalu namun demonstrasi yang dirancang diadakan pukul 5 petang itu itu ternyata gagal mendapat sokongan.  

Malahan kira-kira 100 kakitangan Utusan yang menanti kehadiran para pendemonstrasi itu ternyata "kecewa" apabila hanya kelibat Hata yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia yang telah dipecat itu sahaja yang hadir.

 Disambut dengan jeritan "Hidup Utusan!", "Hidup Melayu!" dan "pengkhianat" akhirnya ahli DAP itu meninggalkan kawasan ibu pejabat bekas majikannya itu kira-kira 10 minit kemudian.

 Sementara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut merancang mengadakan perhimpunan bagi menyokong akhbar tersebut di tempat dan waktu yang sama hari ini bagaimanapun akur dengan arahan pihak berkuasa yang melarang mereka berbuat demikian.




Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Kakitangan UTUSAN 


Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan kini menyertai DAP, Hata Wahari hari ini muncul untuk beberapa minit di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, di Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan ke atas gaya dan kandungan penerbitan syarikat akhbar tersebut.

 Namun, bak kata bijak pandai…kalau diri sendiri dah buruk perangai, apa kejadah nak menegur orang lain. Kalau kita rasa diri kita bagus, tegurlah dengan cara berhemah dan penuh kesabaran. Datang mengacau rumah orang, kena provoke sikit, terus meroyan.

 Dalam protest jiwa kacau petang tadi, jurugambar Mynewshub berjaya merakamkan aksi di mana Hata memperlihatkan isyarat lucah kepada kumpulan kakitangan Utusan yang menunggu kehadirannya sejak pagi lagi.  

Kejadian itu dapat dilihat pada saat ke-14 dalam klip di bawah. Mungkin Hata tidak menyangka jurugambar Mynewshub akan berada di belakangnya ketika dia berbuat demikian.

 Hakikatnya, kalau kakitangan Utusan memperlihatkan rasa kurang senang mereka memang patutlah kerana Hata datang ke pejabat mereka melakukan satu bentuk tindakan yang boleh ditafsir sebagai memperkecilkan syarikat berkenaan.

 Namun, untuk Hata memperlihatkan isyarat lucah, itu mencerminkan pemikiran yang sempit dan sangat tidak profesional.

 Apa yang menarik, walaupun di kalangan kakitangan Utusan ada yang melaungkan “boo”, “balik”, “komunis” dan “hidup Utusan”, namun tidak ada seorang pun yang dikesan memperlihatkan sebarang isyarat lucah kembali kepada Hata.

 Jadi kepada Hata, renunglah sahsiah diri anda sendiri sebelum mahu menegur orang lain yea.-Mynewshub

Friday, 22 March 2013

Terkini!!!Kapal selam Malaysia lancar serangan ???


Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, membuktikan kehebatannya apabila berjaya melancarkan peluru berpandu jenis Exocet SM-39 dari versi Blok 2 ke permukaan air di kawasan Laut China Selatan pada Isnin lalu.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata peluru berpandu itu mengenai sasaran permukaan 40 meter panjang pada jarak 40 kilometer.




Katanya, peluru berpandu itu dilancarkan pada jam 10.15 pagi Isnin sewaktu kapal selam berkenaan berada pada kedalaman 55 meter di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan. 

Penembakan itu dilaksanakan sebagai sebahagian aktiviti kontrak ujian tropika, katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu. 

Abdul Aziz berkata pelancaran peluru berpandu itu telah membuktikan keupayaan kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu melancarkan serangan dari bawah permukaan. 

Beliau, yang turut hadir menyaksikan ujian itu, berkata penembakan itu juga bertujuan mengesahkan keberkesanan peluru berpandu itu dan keupayaan sistem persenjataan atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di kawasan laut beriklim tropika. 

Katanya, misil Exocet SM39 Blok 2, yang diperolehi dari Perancis pada 2008, merupakan peluru berpandu bawah permukaan ke permukaan air yang mempunyai berat keseluruhan 2,100 kilogram, panjang enam meter dan diameter 35 sentimeter. 

KD Tunku Abdul Rahman adalah antara dua kapal selam jenis Scorpene yang ditempah oleh kerajaan pada 2002 dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion.

Kapal selam itu dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol. 

KD Tunku Abdul Rahman tiba di negara ini pada 3 Sept 2009 manakala kapal selam kedua, KD Tun Razak, tiba pada 2 Julai lalu. 

- Bernama

LAGI GAMBAR MISSILE DILEPASKAN. KLIK SINI


Saturday, 23 February 2013

Huru-Hara bakal berlaku di Malaysia sekiranya...




Jika ditakdirkan berlaku kekecohan, huru-hara dan pertumpahan darah semasa perhimpunan Bersih diadakan, Siapakah yang akan mendapat "milage"atau manfaat???

Pada pandangan penulis sudah tentulah pihak Pakatan Rakyaat, kerana mereka seperti biasa pastinya akan menunding jari menyalahkan kerajaan BN sebagai dalangnya!!!

Bila ini berlaku sentimen anti BN akan terus dimainkan, dibakar dan diapi-apikan sehingga kerajaan yang dipilih oleh rakyaat dapat mereka tumbangkan!!!

Sekiranya mereka gagal, tidak mustahil kuasa asing yang sememangnya mencemburui kita akan turut sama menumpang sekaki!!! Inikah yang kita mahukan???

Generasi "dewasa" dan lama yang berumur 30 tahun ke atas pastinya kenal siapa DSAI....

Pakar provokasi, demonstrasi, sesumpah politik dan penggerak rusuhan jalanan sekiranya apa yang beliau inginkan tidak tercapai!!!

Lihatlah bagaimana isu Baling!!! Gerakan Mahasiswa tahun-tahun 70an.... Gerakkan Reformasi 1998 -1999... dimainkan oleh beliau. Apa yang terjadi???? - Sumber

Wednesday, 20 February 2013

Cubaan menjadi Malaysia negara Sekular?




Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan agama Islam adalah agama bagi Persekutuan bukan satu peruntukan sia-sia.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, dengan adanya peruntukan itu negara Malaysia dikenali dunia sebagai sebuah 'negara Islam'.

"Di mata dunia, Malaysia bukan sahaja dilihat sebagai sebuah negara Islam, malah negara Islam contoh di abad ini. Malaysia juga dianggap sebagai contoh sebuah negara Islam maju di zaman ini," katanya.

Abdul Hamid berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk 'Islam dan Tafsiran Keperlembagaan oleh Mahkamah di Malaysia' pada Muzakarah Pakar bertajuk 'Malaysia: Kemelut Negara Islam Negara Sekular' anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan dan perkembangan perbankan Islam, kewangan Islam, dan takaful sehingga negara berada pada tahap ke hadapan dalam bidang itu.

Abdul Hamid berkata, rakyat juga boleh melakukan aktiviti keislaman termasuk membina universiti, kolej, masjid dan sekolah.

Lagi Pendedahan :SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...