
Perkara itu disahkan sendiri Naib Pengerusinya, Ong Kow Meng.
Sehubungan itu, beliau meminta Cheng Hau mengotakan janjinya mahu melepaskan jawatan Pengerusi selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dibuatnya pada Mesyuarat Jawatankuasa Negeri pada 7 April lalu.
Jika Cheng Hau gagal berbuat demikian, Kow Meng tidak teragak-agak menyeru ahli parti supaya tidak mencalonkan Pengerusi DAP negeri itu daripada bertanding pada pemilihan pemimpin DAP Johor, Oktober depan.
"Dalam negeri ini, memang berlaku pecah-belah dan ia harus diperbaiki. Justeru, kita berharap boleh dapat Pengerusi baru yang fleksibel dan bertolak ansur," katanya kepada pemberita di sini hari ini