Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Scandal Abby. Show all posts
Showing posts with label Scandal Abby. Show all posts

Monday, 25 March 2013

Bicara SMS berbaur 18 sx kepada VVIP !!! Pencerahan Abby diperukan Segera???


"U ulang i sama u ",Dengan tagline yang sering digunakan beliau didalam twitter adalah "Alahai"Sah kan SMS ni Boleh Tak Wahai Ustazah Exkpress

"yang 1 nak lagi... plss...setiap mlm terbayang ni...damai dlm dakapan sayang...terasa dampai skrg .."

Milik siapakah SMS ni....Bagai berkurun lama kesepian.... Heee geli gelenyor teman wei SMS ni.Dengar cerita pemilik SMS ni seorang Janda Anak Tiga.Bukan cik Ainon Janda Muda ye,kih kih kih .... Hahah Nak dikaitkan lagi SMS ni.Teman boleh simpulkan mungkin SMS ni setelah Skandal RM50 ribu Abby Abadi di London didedahkan <---KLIK le kalau kome nak tengok,tak tekan rugi gila woiii...

Kita belum mahu menuduh Abby dalam isu SMS ini. Cuma kalau boleh, kita hanya mahu Abby bagi penjelasan kepada kita samada ianya benar atau tidak? Apakah benar SMS tersebut juga ada kaitan dengan skandal 50 ribu di London?

Malas Nak tuduh lebih-lebih kan.Sekarang ni cume nak penjelasan je atau mungkin percerahan.

Wednesday, 20 March 2013

Terkini !!! Skandal RM50,000 Abby telah didedahkan???



ABBY Abadi yang sedang digelarkan sebagai Ustazah Mee Segera ini semakin hari semakin melampau dan berbagai-bagai fatwa gila dikeluarkannya termasuklah menyokong gerakan pengganas Kiram di Lahad Datu dan juga mengangkat pengganas Kiram yang mati itu sebagai mati syahid dan kegilaan beliau semakin menjadi-jadi.

Saya tidak berminat untuk menulis tentang selebriti munafik ini tetapi sejak melihat tingkahnya di media maya semakin menjadi-jadi,tekak tiba-tiba terasa loya melihat betapa `alim dan mulianya’ bekas selebriti ini dan bekas barang terpakai tinggalan Norman Hakim ini perlu diberikan kata dua supaya beliau tahu bahawa ada orang tahu siapa beliau sebenarnya.

Bekas pelakon ini boleh dikategorikan antara wanita nakal,bermulut jahat,merelakan dirinya jadi alat untuk memecahbelahkan indsutri dunia hiburan tanahair dan janda Norman Hakim ini perlu diajar supaya tidak menjadi telunjuk lurus tetapi kelingking berkait dan kalau mahu bertaubat sekalipun taubatlah sepenuhnya dan jangan berlakon sebagai orang baik-baik sedangkan hakikatnya Abby bagaikan menyembunyikan `kejalangannya’ baik dari tutur kata serta perbuatannya.

Saya ingin memberikan peringataan kepada Abby Abadi bahawa saya tahu apa yang berlaku di London baru-baru ini dan dengan siapa Abby ke sana.Siapa VVIP yang menaja segala perbelanjaan.Abby  ke London yang pada mulanya hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg  dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia.Dan apa kerja yang Abby lakukan hingga dapat bayaran RM50,000 selama seminggu?Takkan menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan besar jumlahnya.

Ini peringatan kepada Abby,Jika beliau tidak menghentikan  keceluparannya mempermainkan agama,mengadu domba serta memberikan tafsiran agama yang bukan-bukan,saya akan menelanjangi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang dipakai oleh Abby ketika ini.

Kita tidak mahu mendedahkan pada setiap persembahan pentas sebelum ini beliau sering sebilik dengan teman lelakinya malah sering meminta penganjur menyediakan bilik bersebelahan bila mereka ada pertunjukan pentas secara bersama tetapi kita juga ngin  tahu wang siapa sebanyak RM20,000 yang Abby minta bagi menjayakan majlis harijadi anaknya.Tidak cukup RM50,000 di London!Rumah Kedai di Taman Melawati itu pun kita tahu datang daripada siapa?Jangan berselindung di sebalik penjualan jubah sedangkan hakikat sebenar ada yang tahu puncanya.

Ini juga akan didedahkan sekiranya Abby tidak bertaubat dan meminta maaf kepada rakan-rakan yang beliau kafir serta sesatkan selama ini.Jangan tunjuk baik sangat Abby!Jangan selak kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak!Jangan satu jari menuding kepada orang lain sembilan jari lagi menuding ke diri sendiri..!

Kalau beliau betul sudah insaf,bertaubat dan ingin menjadi muslimah sejati yang diredai Allah dunia dan akhirat,Abby tidak akan memilih jalan sesat begini hingga segala tutur kata terutama sekali dalam Twiter dan juga berceramah,penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada orang yang tidak menyokong beliau.

Kita sedar artis ini semakin sesat dalam dunia yang beliau sedang ciptakan dan itu urusan beliau kalau mahu sesat sekalipun tetapi mengajak orang lain agar sesat sama sesuatu yang cukup bertentangan apatah lagi kita pun tidak tahu siapa guru agama janda yang sedang didkawa ramai sebagai tengah meroyan ini.

Abby belum putih sepenuhnya dan nilai taubat yang sedang beliau laung-laungkan ketika ini sama sahaja dengan nilai perjuangan PAS parti yang Abby dokong penuh dengan kehanyirannya yang tersendiri malah Abby juga sama dengan para pejuang PAS lain yang menggunakan agama untuk menutup kebejatan moral masing-masing.Dan pejuang PAS kononnya seperti Abby inilah yang diusung ke hulu ke hilir bagi dijadikan agen memecahbelahkan orang muda.

Jadi kepada Abby,kita pesan sekali lagi.Hentikan segala keceluparan,kebodohan serta kebiadapan ini sekiranya tidak mahu topeng yang sedang menutupi wajahnya ketika ini terbuka satu persatu.


SUMBER : http://apple-biru.blogspot.com/2013/03/bongkar-skandal-rm50000-abby-abadi-di.html#ixzz2O5CL4vWj

Sunday, 17 March 2013

Meletop !!! Lagi Scandal Pasir Selangor didedahkan ???

Sekadar Hiasan

Di sebalik tumpuan umum sedang memfokuskan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah oleh pengganas Sulu, rupa-rupanya di masa yang sama rakyat di negeri Selangor masih tidak lekang dari mulut membicarakan skandal penyelewengan pasir di negeri mereka.

Di mana-mana sahaja tempat tumpuan ramai, rata-rata rakyat Selangor kerap merungut mengenai harga rumah yang melambung tinggi yang dipercayai salah satu puncanya berkait rapat dengan peningkatan harga pasir selain faktor asas harga tanah untuk projek perumahan yang dijual mengikut harga pasaran.

Isu ini kelihatan remeh bagi kebanyakan pemimpin PKR Selangor tanpa mereka sedari ia sebenarnya sedang menggoncang kedudukan PR di negeri ini. Mereka mula membanding-bandingkan situasi dulu dan sekarang, kerana sedar banyak yang tidak kena dengan pemerintahan PKR di Selangor tika ini.

Di zaman pemerintahan BN dulu, harga pasir untuk satu lori 30 tan hanya sekitar RM300.00 tetapi selepas PKR mengambil alih negeri ini harganya meningkat antara RM800.00 hingga RM1,200 untuk sebuah lori 30 tan, hampir tiga empat kali ganda berbanding sebelumnya.

Dari satu segi, peningkatan harga pasir ini memberi keuntungan dari segi kutipan royalti yang masuk ke kantung Kerajaan Negeri, namun di masa yang sama kesannya kenaikan harga pasir itu terpaksa ditanggung oleh pemaju yang kemudiannya memberi kesan langsung kenaikan harga rumah yang membebankan rakyat.
Begitu juga berkenaan harga tanah, kebiasaannya harga sekaki persegi untuk projek pembangunan yang melibatkan kepentingan orang ramai, Kerajaan Negeri pimpinan BN menetapkan harga jualan RM1.00 untuk sekaki persegi, tujuannya untuk memastikan pemaju perumahan dapat menyediakan rumah yang selesa dengan harga yang berpatutan.

Malangnya semenjak PKR menguasai negeri ini, harga tanah milik kerajaan negeri di jual kepada pemaju perumahan dengan mengikut harga pasaran semasa yang berlipat kali ganda tingginya menyebabkan kesan samping di mana harga rumah mencanak naik dan sukar dimiliki oleh golongan pendapatan rendah dan sederhana.

Sejak hampir 5 tahun lalu memang agak sukar untuk rakyat negeri ini melihat projek perumahan baru yang nilai jualan setiap rumah yang siap di bina adalah sekitar RM30,000 hingga RM150,000, kalau ada pun kebanyakan projek perumahan rendah dan mampu milik itu disediakan oleh Kerajaan Pusat.
Dalam pada itu, tatkala kutipan royalti pasir meningkat berbanding zaman BN, sedar tak sedar pengeluaran tan metrik setahun hasil perlombongan pasir juga jauh berkali ganda lebih besar berbanding zaman BN.
Peliknya di sebalik peningkatan pengeluaran hasil bumi Selangor itu, sehingga sekarang Kerajaan PKR Selangor masih gagal mencapai sasaran kutipan royalti RM150 juta setiap tahun.
Kenapa perkara ini berlaku dan ke mana hilangnya kutipan baki royalti itu?

Jawapan kepada persoalan ini banyak berkait rapat dengan amalan monopoli dan penyelewengan yang dilakukan oleh syarikat anak Kerajaan Negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) serta kontraktor lantikannya.

Malah peletakan jawatan oleh Pengarah Eksekutif KSSB, Ramli Abdul Majed hampir tiga tahun lalu sepatutnya sudah disedari oleh rakyat Selangor betapa kegiatan penyelewengan dan kes curi pasir serta penipuan kutipan wang royalti sedang berleluasa berlaku semenjak wujudnya KKSB.

Isu ini sudah acap kali diluahkan oleh pemimpin PKR sendiri iaitu, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam namun gagal mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim kerana sekumpulan penyangak yang terlibat merupakan kroni-kroni yang rapat dengan pimpinan PR Selangor.

Semua ini tidak akan berlaku sekiranya MB Selangor bijak menilai kemampuan dirinya dalam mengurus tadbir negeri dan tidak menganggap bumi Selangor ini seumpama syarikat korporat hak milik sendiri dan kroni.

Sepintas lalu isu harga pasir dan penyelewengan yang berlaku mungkin kelihatan remeh bagi pimpinan PR di negeri ini, namun bila mana ia memberi kesan langsung menyebabkan harga rumah meningkat secara mendadak, ramai rakyat yang semakin menggelodak amarahnya.

Masing-masing rakyat Selangor hanya menunggu masa untuk melakukan perubahan sebelum lebih banyak bebanan terpaksa di galas bahu sendiri gara-gara kelemahan Kerajaan PKR Selangor. Senario ini jika berterusan pastinya  akan  makin menggoncang kedudukan PKR di negeri ini.

Thursday, 7 February 2013

Abby Ada scandal dengan Bekas KP UMNO?Siapa?


Gua baru dapat print screen yang dihantar oleh sahabat gua pasal tweet bekas MB Perak yang gile kuasa kat Abby.

Dalam tweetnya bekas MB Perak yang giler kuasa ni memuji bekas pelakon yang giler glamour nie pasal sorang bekas Ketua Pemuda UMNO kecewa naik ke pentas bersama pelakon giler glamour ni pasal apa dia meninggalkan UMNO sewaktu pelakon giler glamour nie berceramah kat Kg. Jong, Karunai Gerik Perak.

Persoalan gua adalah, siapakah gerangan bekas Ketua Pemuda UMNO kecewa seperti yang dimaksudkan bekas MB giler kuasa tu maksudkan. Jika pembaca ada jawapannya boleh ler kongsikan dengan gua.

Kalo korang tau apa yang bekas Ketua Pemuda UMNO kecewa tu cakap kenapa dia meninggalkan UMNO, boleh kita kongsi maklumat nie. Gua rasa mamat bekas Ketua Pemuda kecewa dia tak dapat projek kot.

Sumber dari: aktivis pendang jr blogspot

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...