Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label sabotaj parti. Show all posts
Showing posts with label sabotaj parti. Show all posts

Monday, 29 April 2013

MACAM GAMPANG !!! LAGI FITNAH UNTUK MEMBURUKKAN PENYELARAS UMNO [BACA SINI]


Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri hari ini menafikan kain rentang yang bertajuk 'Skandal Seks Mustafa Ali' dipasang oleh Barisan Nasional (BN).

Nasir, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, berkata kain rentang berkenaan di persimpangan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Jalan Lapangan itu dilakukan oleh pihak tertentu dipercayai untuk mensabotaj BN.

"Semasa saya melalui jalan tersebut, saya terkejut melihat poster yang tidak bertanggungjawab itu terpampang di persimpangan jalan berkenaan.

"Saya pasti itu bukan dilakukan oleh orang BN tetapi oleh pihak lain sebagai sabotaj kepada parti BN," katanya ketika ditemui semasa berkunjung ke pejabat Biro Bernama Terengganu, di sini hari ini.

Kain rentang itu yang tertera perkataan 'Skandal Seks Mustafa Ali - sila dapatkan CDnya di Pejabat Penyalaras Umno DUN Seberang Takir' dikesan di pasang awal pagi ini sebelum diturunkan pada lewat tengah hari tadi.

Dalam pada itu, Umno Seberang Takir yang diketuai Datuk Ahmad Razif Abd Rahman membuat dua laporan polis kira-kira pukul 5.45 petang tadi di Balai Polis Gong Badak di sini berhubung kain rentang berunsur fitnah itu.

Beliau berkata pihaknya mula mengesan kain rentang yang tertera 'Berdosa undi PAS, undi PAS masuk neraka' dan 'Skandal Seks Mustafa Ali - sila dapatkan CDnya di Pejabat Penyelaras Umno DUN Seberang Takir' itu awal pagi tadi.

"Saya yakin fitnah dan tohmahan itu dilakukan untuk menjatuhkan maruah saya sebagai calon di kawasan itu dan memburukkan parti BN," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis bersama 20 penyokong BN di sini.

Ahmad Razif berkata terdapat sebanyak 12 kain rentang itu dinaikkan di kawasan-kawasan sekolah dan berhampiran kem tentera oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memburuk-burukkan nama BN. Menurutnya individu tidak bertanggungjawab itu sengaja memilih lokasi itu untuk menarik perhatian para pendidik dan ibu bapa.-Terengganu Today

Wednesday, 17 April 2013

PANAS DAN TERKINI !!! BEKAS ADUN UMNO UMUM KELUAR PARTI........ SABOTAJ MELANDA ???


Perdana Menteri telah mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 dan sedikit masa lagi kita mungkin akan  membezakan antara ahli politik yang waras dan matang dengan yang tidak.   Ini kerana, mana mungkin kesemua yang terlibat berpuas hati dengan keputusan Perdana Menteri tidak kira walaubagaimana bijak, baik, ikhlas atau bersih pun calon yang terpilih itu.

Kadangkala, ketidakpuasan hati itu bukan kerana mempunyai masalah dengan calon, tetapi hanya kerana mempunyai kepentingan diri untuk meletakkan orang lain atau mungkin juga, diri sendiri.  Namun, kewarasan dan kematangan seharusnya membantu kita menerima keputusan seadanya bagi membolehkan kita bergerak ke hadapan.

Dengan memberi berbagai alasan untuk tidak menerima hakikat dan enggan bergerak ke hadapan, dengan sendirinya membuktikan bahawa orang sebegini sememangnya tidak layak untuk dicalonkan.

Sebagai rakyat, kita berpeluang memilih yang terbaik dan menolak yang tidak waras dan tidak matang itu.  Nampaknya, Dato’ Seri Najib telah mencuba sedaya upaya untuk menampilkan yang terbaik dengan mengambil kira suara akar umbi dan rakyat keseluruhan.

Jika kita asyik merungut dengan sikap segelintir pemimpin kecil BN yang mengada-ngada, sombong, korup dan bodoh, tetapi di masa yang sama kita juga tidak sanggup mengundi pembangkang yang jauh lebih jahat, korup dan bodoh lagi, maka inilah masanya kita memberi sepenuh sokongan kepada pilihan Dato’ Seri Najib.

Kita juga sering merungut mengenai bagaimana personaliti yang berpotensi dicantas dan ditolak sejak di peringkat bawahan, malah daripada peringkat penyerahan borang keahlian lagi.  Mereka yang berpelajaran tinggi disekat kerana bimbang mengatasi Ketua Cawangan dan Bahagian.   

Mereka yang kuat bekerja, rajin, amanah dan ikhlas diketepikan kerana bimbang akan terserlah ‘bintangnya’ sehingga menampakkan betapa bertentangannya sikap tersebut dengan penggalas jawatan yang sedia ada.  Sehinggakan akhirnya, semua jawatan politik di isi oleh mereka yang kebanyakannya sudah tidak relevan lagi.  Akibatnya, yang tidak tahu dan tidak mahu bekerja terus berada di atas sehingga menimbulkan rasa benci dan muak rakyat terhadap UMNO/BN.

Justeru, keputusan Dato’ Seri Najib untuk meletakkan 45% muka baru bagi kerusi DUN dan  33% bagi Parlimen, membuktikan bahawa Dato’ Seri Najib benar-benar serius dalam membawa transformasi ke dalam Barisan Nasional.  Selain itu, sejumlah 91% yang tercalon mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma ke atas.

Jelas, Dato’ Seri Najib sedar bahawa untuk survival parti, BN perlu mengutamakan suara rakyat dari suara segelintir mereka yang tidak berpuas hati.

Objektif BN ialah berkhidmat untuk rakyat, bukan pemimpin-pemimpin Bahagian, Cawangan dan Ahli-ahli Jawatankuasa mahupun Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan mereka.  Dan objektif yang sama wajib dipegang oleh semua calon-calon yang terpilih kali ini.  Buktikan yang anda adalah pilihan yang tepat.

Bagi mereka yang tidak terpilih, bukan bermakna semuanya tidak bagus, tidak menunjukkan prestasi yang baik atau tergolong dalam golongan yang tidak matang dan tidak waras tadi.  Tidak dapat dinafikan kemungkinan ada pilihan yang tidak begitu tepat, namun terimalah itu sebagai takdir yang pasti ada hikmahnya.

Lagipun, jika benar anda seorang yang matang, waras dan masih relevan, maka buktikanlah ia dengan cara meneruskan perjuangan walaupun tidak dicalonkan.   Jika itu juga sukar untuk dilakukan, maka bersaralah dengan cara terhormat, sebagai seorang manusia yang berpendirian.  Sekiranya benar anda seorang yang berkebolehan seperti yang anda war-warkan, maka yakinlah rezeki ada di mana-mana dan bukannya hanya melalui politik.

Sedarlah bahawa politik hari ini bukan lagi seperti 15 tahun dahulu di mana sedikit kelemahan tidak akan membawa padah yang besar.  Hari ini politik menjangkaui sempadan kawasan dan negara.   Jika tersalah langkah, negara, bangsa dan agama menjadi taruhan.  Oleh itu, ini bukan masanya untuk kita memikirkan tentang diri sendiri dan beremosi, tetapi lihatlah transformasi ini sebagai langkah pertama ke arah sebuah bangsa yang berilmu, matang, berprinsip dan bermaruah.

Tuesday, 16 April 2013

Apa Kes Ni??? Penyokong Naik Minyak Ke Naik Apa Nih???








Kejadian berlaku sekelip mata.  Anggaran waktu kejadian ialah waktu tengah hari.  Ketika Pemuda UMNO Putrajaya sedang sibuk mengedar risalah kepada penduduk di sekitar Apartment Presint 9, Fasa 12, ketika itulah puak² fanatik hamPAS 'menyerang' BN Putrajaya dengan membakar bendera gergasi BN yang digantung di pesisir jalan berdekatan Sek Keb P8 (2) serta berhampiran rumah teres P8.
Kejadian ini juga turut menggemparkan beberapa penduduk berdekatan tetapi nasib baik api yang merebak ini berjaya dikawal.  Sekiranya penduduk tidak perasan, pasti api merebak dengan cepat dan boleh merosakkan harta benda lain dan mungkin kejadian lebih buruk akan berlaku.
Rata-rata penduduk di sini nampaknya semakin berang dan kurang senang dengan cara PAS Putrajaya berkempen dan cara mereka membuat provokasi kepada jentera BN.  Penulis sempat menemubual penduduk(identiti terpaksa dirahsiakan) berkata, "hari penamaa calon belum lagi tetapi penyokong Husam Musa sudah mula mencetuskan kontroversi di Putrajaya.  Beginikah akhlak orang Islam?  Saya juga percaya, penyokong² Husam Musa ini adalah penduduk luar Putrajaya yang mungkin datangnya dari Bangi / Kajang/ Seri Kembangan mahupun Dengkil..Orang Putrajaya tidak buat perkara negatif macam ni" katanya lagi.
Buat  Husam Musa, kejadian ini sememangnya tidak akan mematahkan semangat pejuang² BN di Putrajaya ini tetapi Pemuda UMNO Putrajaya akan lebih bersemangat demi mempertahankan Putrajaya daripada dirampas oleh 'orang luar' seperti kamu dan sekutu kamu.
Kami rakyat Putrajaya selama hampir 10 tahun hidup di sini dengan aman damai dan beruntung dapat YB Tengku Adnan yang banyak membantu kami.  Jangan kerana PRU13 ini tiba² kamu (Husam Musa) muncul hendak menjadi hero pula?? Baliklah ke kampung halaman mu wahai Husam Musa...

Monday, 18 March 2013

Terkini !!! Parti Bintang Dua mengganas di Klang ???


 Bendera tu dari parti mana? Kalau tengok warna dah mirip mirip macam PAS, tapi ada bintang pulak.
ce klik ni SangkakalaJari9



Monday, 28 January 2013

Siapa yang akan sabotaj parti BN jika tidak dapat bertanding PRU 13???


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak menolak kemungkinan berlaku sabotaj dalam parti, namun pihaknya melihat ia bukan sesuatu yang serius.

Belaiu berkata, Barisan Nasional (BN) Negeri telah membuat persiapan awal termasuk perjumpaan dan perbincangan bersama semua barisan kepimpinan parti bagi memastikan peletakan calon menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti berjalan lancar.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata, secara keseluruhannya, semua ahli parti termasuk parti kompenan menunjukkan semangat tinggi apabila tidak lagi mempersoalkan siapa calon yang bertanding, sebaliknya bersedia menyokong pencalonan yang dapat memberi kemenangan kepada BN.

“Setiap kali pilihan raya, kita bukanlah menjangkakan (sabotaj dalaman), mungkin akan ada, tetapi saya tidak melihat ia sebagai perkara serius.

“Proses perbinca-ngan dan saling bertukar pandangan ini sudah dibuat sekian lama, jadi soal sabotaj dalaman ini bagi saya tidak berlaku dalam konteks BN Perak,” katanya kepada media selepas merasmikan program Himpunan Kasih Sayang dan Jalinan Mesra Komuniti 1Malaysia di Kompleks Rakan Muda Kamunting, di sini, kelmarin.

Mengulas mengenai kerusi mengundi Parlimen Taiping, Zambry yakin BN dapat merampas kembali kerusi berkenaan daripada DAP.

“Saya sangat positif, melihat kepada sambutan dan gerak kerja yang dilakukan semua pihak menunjukkan kita berada dalam keadaan cukup baik,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...