Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 21 January 2013

Potensi Rakyat Kelantan Direalisasikan Sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan

Najib at Pasar Siti Khadijah_Kelantan_Bernama


KOTA BAHARU — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan persekutuan berhasrat untuk memastikan potensi rakyat Kelantan dalam pelbagai bidang dapat direalisasikan sepenuhnya.

Beliau berkata rakyat Kelantan mempunyai bakat, kebolehan dan kesungguhan untuk berjaya tetapi setakat ini walaupun ada kejayaan tetapi belum sampai ke tahap optimum.

Katanya sebagai sebuah kerajaan, ia bertanggungjawab untuk menyediakan peluang yang mesti dibuka lebih luas untuk rakyat negeri ini mendapat manfaat lebih besar.

“Insya-Allah kalau kita diberi mandat oleh rakyat negeri Kelantan apabila kerajaan pusat dan kerajaan negeri datang dari parti yang sama, kita dapat selaraskan dasar-dasar kita.

“Dasar-dasar yang kita jalankan bersama, tidak ada percanggahan maka saya yakin dan percaya pasti rakyat Kelantan dapat memperoleh manfaat jauh lebih besar lagi,” kata perdana menteri.

Perdana menteri yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berkata demikian ketika ditemubual oleh penyampai stesen radio KelantanFM Ebby Halim Al Firdaus selepas merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan, Tunjung di sini Ahad.

Ditanya bagaimana beliau melihat penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepimpinannya, Najib berkata rakyat Kelantan menerima secara positif terutama sekali dasar transformasi negara yang sedang diperjuangkan, sebab rakyat boleh melihat, menilai dan merasai bahawa dasar ini bermanfaat kepada mereka.

“Bukan sahaja kepada peringkat nasional dengan kadar pertumbuhan yang tinggi dengan jumlah pelaburan yang kian meningkat dengan industri baharu dan projek besar yang sedang kita jalankan tetapi rakyat biasa amat menghargai bantuan secara langsung yang diberikan oleh kerajaan terutama bantuan awal persekolahan RM100 bagi setiap pelajar dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

“…dan produk-produk 1Malaysia dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi yang telah kita lakukan sama ada produk dan perkhidmatan untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata agenda transformasi negara ini bukan sahaja sudah dilaksanakan tetapi manfaatnya secara langsung dan tidak langsung dirasai rakyat.

Perdana menteri berharap rakyat terus memberi sokongan kepada kerajaan persekutuan kerana sokongan rakyat diperlukan untuk merealisasikan agenda transformasi itu.

“Sebab ini semua dalam sistem demokrasi berparlimen kita berpaksikan kepada sokongan rakyat. Hari ini saya bentangkan kepada rakyat Kelantan… ini dia janji kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat Kelantan. Terpulang kepada rakyat Kelantan, penilaian di tangan mereka, masanya akan tiba tidak lama lagi,” kata perdana menteri.

– BERNAMA


[Xclusif]PR Kantoi Menipu ???



Teramat mudah untuk memfitnah dan menipu… Cukup sekadar mereka-cipta sepucuk surat mengatakan Bible dalam Bahasa Melayu diluluskan oleh Datuk Seri Najib dengan menggunakan kepala surat yang cukup simple… Kemudian  disertakan  dengan tandatangan Datuk Seri Najib maka  sudah cukup membuatkan orang yang melihatnya terus percaya…Fitnah ini lebih kurang sama dengan surat-surat dan memo palsu berkaitan Isu Pampasan Buruh Keretapi Jepun dimana dokumen-dokumen tersebut dipalsukan.

Walau bagaimanapun setiap tipu muslihat itu akan ada kecacatannya. Terdapat beberapa kecacatan pada surat tersebut yang akan  dedahkan. Kecacatan yang cukup mudah membuktikan surat ini adalah surat palsu…


Pertama, surat dirujukkan kepada unit PEMANDU… Apa dia  unit PEMANDU dan apakah fungsi sebenarnya  unit PEMANDU itu?,

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan @ PEMANDU ditubuhkan dengan rasminya  pada 16 September, 2009 yang  merupakan satu unit di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Tujuan utama dan objektif PEMANDU adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri.

Pengerusi bagi PEMANDU ialah YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio Perpaduan Kebangsaan dan Pengurusan   Prestasi. Jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Ketua Eksekutif pula disandang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Sri Idris Jala.

Sementara tanggungjawab penyampaian menyeluruh untuk keberhasilan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) bergantung kepada Menteri yang berkaitan, dan kejayaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bergantung kepada sektor swasta. PEMANDU telah diberi mandat untuk menjadi pemangkin perubahan dalam penyampaian sektor awam dan swasta, menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian dan menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan prestasi dan kemajuan kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri.

Melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam NKEA, PEMANDU telah ditugaskan untuk memudahcara pelaksanaan Projek Permulaan (EPP) dan Peluang Perniagaan (BO) yang telah dikenalpasti untuk memastikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Untuk membolehkan PEMANDU menjalankan tugasnya dengan lebih efektif, sumber manusianya menggabungkan kepakaran yang terbaik dari sektor swasta dan juga perkhidmatan awam.

LIHAT… Di sini terdapat satu kecacatan yang terdedah… Fungsi PEMANDU tidak ada kena mengena langsung dengan isu bible Bahasa Melayu … Jelaslah bahawa  ianya satu bentuk fitnah…Fitnah yang menjadi satu makanan ruji pembangkang di Malaysia.


Sementara itu kepala surat juga terlalu ringkas yang hanya mempunyai jata negara dan perkataan Prime Minister Malaysia… Sepatutnya kepala surat rasmi kerajaan selain mempunyai jata negara, ianya juga memaparkan alamat pejabat yang mengeluarkan surat tersebut.

Manakala kecacatan yang lain ialah  tulisan tangan ‘Dear Bishop Ng,’, seolah-olah ianya tertinggal dan tergesa-gesa membetulkan dengan menulisnya secara tulisan tangan. Adakah beginikah bentuk-rupa Surat Rasmi seorang Perdana Menteri? Dan ditambah lagi dengan perkataan ‘Dear Bishop Ng,’ yang amat jarang digunakan dalam surat-surat rasmi… Sepatutnya digunakan ‘Attn: Bishop Ng’. Malah di atas tandatangan Datuk Seri Najib juga terdapat perkataan ‘Yours sincerely,’ ataupun ‘Yours truly.’; juga teramat jarang digunakan dalam surat-surat rasmi kerana ia biasa digunakan dalam surat tidak rasmi. Kebiasaannya dalam surat rasmi Jabatan Kerajaan akan diletakkan motto sebagai contoh, ‘Majulah Sukan Untuk Negara’, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’, ‘Berkhidmat Untuk Negara’ dan diikuti dengan ‘Saya Yang Menurut Perintah’ yang menandakan semua kakitangan awam menurut titah perintah SPB YDP Agong dalam menjalankan tugas.

LAGI PENDEDAHAN [CLICK HERE]

Sokongan Ulama Dan Umarak Meningkat ,BN Yakin dapat mandat di Kelantan



KOTA BAHARU, 20 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya perjuangan Barisan Nasional (BN) untuk mengubah kepimpinan negeri Kelantan turut melibatkan tokoh agama seperti golongan ulama dan umarak.

Beliau berkata tokoh agama ini merupakan pejuang mewakili suara masyarakat Kelantan yang sentiasa dahagakan perubahan tanpa mengetepikan pegangan agama.

"Kalau ingin melihat perubahan, inilah kumpulan yang akan mencipta sejarah. Perjuangan kita melibatkan gandingan baharu pemimpin-pemimpin bertaraf ulama dan umarak (pemimpin).

"Ulama-ulama ini yang tidak main politik. Mereka ini juruh (baik dan bagus), Insya-Allah mereka akan bersama-sama dengan kita. Inilah yang menjadi pegangan saya," katanya pada majlis minum petang bersama badan bukan kerajaan dan pemimpin tempatan termasuk pemimpin sekolah pondok di sini.

Terdahulu perdana menteri mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno Kelantan kira-kira dua jam.

Najib berharap perjuangan ulama dan umarak akan sentiasa diteruskan serta disokong pelbagai pihak dalam usaha mencapai matlamat yang dirancang.

"Teruskan usaha kita dengan ceramah-ceramah yang dibuat oleh golongan ulama muda mahu pun tua, dan guru pondok. Ini akan membantu kita dalam memberi penjelasan bahawa BN berada di atas landasan yang benar," katanya.

Jelas Najib, Kelantan merupakan negeri pertama yang dimasukkan dalam manifesto BN dan manifesto itu akan dilaksanakan dan dibuktikan kerana janji kerajaan pusat sentiasa ditepati.

Perdana menteri mengumumkan tujuh projek besar antara sebahagian manifesto BN yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.

Projek itu merangkumi pembinaan lebuhraya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, pembinaan masjid terbesar dan pembinaan perumahan rakyat peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.

Siapa Blogger yang jadi pelakon tambahan Watak Zombie Kilang Biskut !!!


Agak-agak mengkome lar kan siapa ek yang berlakon tu...Ce kome teka...hehehe...Anak jati pon terkejut whooah...kira hebat lah kan...hehehe...Nak dijadikan cerita kebetulan Pengarah terkenal Mamat Khalid telah melakukan penggambaran di Ipoh Perak bagi wayang gambar bertajuk Zombie Kilang Biskut. Setelah beberapa tempat di sekitar Ipoh dijadikan tempat produksi akhirnya shot terakhir dan klimaks dilakukan di Disko terkenal di ibukota di tengah pusat bandaraya.

Dalam Artikel blognya yang bertajuk Watak Zombie Kilang Biskut [CLICK HERE] blogger Budak Benteng menerusi kawannya telah mencari pelakon -pelakon tambahan jadi kawannya telah mengoffer Blogger BB bagi menjadi watak pelakon tambahan.

Menurut sumber mengatakan bajet untuk filem ini berjumlah sekitar RM1.9 juta dimana syarikat produksi di punyai oleh isteri Mamat Khalid sendiri. Dalam scene terakhir dimana BB memegang watak zombie di disko BB dikehendaki berlakon disamping heroin yang cantik jelita. Nama heroin nya biarlah BB rahsiakan dan pembaca boleh tonton sendiri apabila filem ini ditayangkan nanti. Manakala heronya bukan lagi rahsia kepada para peminat seni iaitu Awie dan Usop Wilcha.

Seterusnya

LISTEN !!! Press Statement By Sharifah Zohra Jabeen


Tengok dan nilai apa yang diperkata beliau sendiri..Dont Just Book by it's cover only

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...