Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 6 February 2013

Usaha Keras Konfom dapat?


Teng Chang Yeow

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow boleh menjadi ketua menteri jika BN diberi mandat mentadbir semula negeri ini.

Ia bayangan pertama BN di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Dipetik Bernama, beliau berkata, ini bukanlah satu pengumuman tetapi ia menggambarkan BN mempunyai pemimpin yang lebih layak untuk menerajui negeri ini dengan lebih baik.

"BN mempunyai banyak perancangan untuk majukan Pulau Pinang termasuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi mengatasi masalah perumahan di negeri ini, juga pelbagai projek pembangunan lain.

"Ketika ini banyak projek pembangunan yang dirancang di bawah agensi atau jabatan kerajaan persekutuan berdepan dengan pelbagai halangan untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan negeri, oleh itu berilah BN peluang untuk mentadbir kembali Pulau Pinang untuk kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran gelombang biru dan himpunan rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih, Perai di sini malam tadi.

Turut sama pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 30,000 orang itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Naib Presiden MCA yang juga Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Chang Yeow, 48, adalah bekas anggota exco kerajaan negeri dan dilantik memegang jawatan pengerusi BN negeri tahun lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.

Muhyiddin menegaskan segala pencangan yang telah dilaksanakan kerajaan persekutuan di bawah program transformasi mencapai kejayaan yang membanggakan dan faedahnya dikongsi bersama dengan rakyat.

SINAR

Artis Enggan Dedah Identiti Tunang?



PETALING JAYA: Penyanyi Black bertegas untuk tidak sesekali mendedahkan siapakah wanita yang menjadi tunangnya kerana bimbang hubungan mereka akan menimbulkan masalah di kemudian hari.
Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 26, berkata, alam pertunangan sebenarnya terlalu banyak dugaan malah kekasihnya juga tidak bersedia jika identitinya dikenali oleh orang ramai,

“Alam pertunangan ini banyak dugaannya, saya bimbang dengan pendedahan berlebihan mengenai tunang mungkin menimbulkan masalah lain pula nanti.

“Cukuplah saya katakan dia seorang wanita terpelajar dan kami ambil keputusan untuk bertunang selepas dua bulan berkenalan. Keluarga tunang saya tidak mahu pertunangan kami digembar-gemburkan lainlah kalau perkahwinan,” katanya kepada mStar Online.

Black berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus kononnya dia cuba menyembunyikan status pertunangannya daripada khalayak.


Black dan gadis berkenaan mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dalam satu majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Penyanyi lagu Teman Pengganti ini turut ingin memohon maaf kepada semua terutamanya pihak media kerana tidak memaklumkan mengenai majlis itu sebagai menghormati permintaan keluarga.

Mengenai kerjaya, Black dan pasangan duetnya iaitu RJ sedang memilih lagu rap daripada beberapa komposer untuk dijadikan lagu berikut mereka.

“Memang kami ada perancangan untuk projek lagu seterusnya dan sedang pilih lagu sekarang.

“Kami sudah ada dua atau tiga lagu tetapi belum putuskan lagi yang mana satu.”Saya juga akan keluarkan lagu solo terbaharu pada April depan,” katanya.

Black juga baharu menamatkan penggambaran filem berjudul Longkai arahan Hashim Rejab.

SUMBER

Budak Melayu Islam wajib pertahan negara.

Disaat anak-anak muda kaum Cina berlumba-lumba untuk mendapatkan hak masing-masing menerusi kuasa undi, anak muda Melayu pula bersikap sebaliknya. Mereka menganggap politik tanahair terlalu kotor sehingga mereka melabelkan politik sebagai POLITAIK dan bagi mereka siapapun yang berkuasa mereka masih tetap anak muda biasa, masih akan menikmati apa yang sedang mereka nikmati sekarang..tapi hakikatnya keadaan akan punah sekiranya Pakatan Rakyat yang didominasi DAP memerintah... bacalah Anak muda... fikirlah...

Ya, politik itu kotor. Ramai anak melayu kita hari ini jika bercakap mengenai politik akan menutup mata. Tapi, tahukah anda bahawa anda bakal merempat di tepi jalanan kerana politik? Tahukah anda bahawa kemungkinan bahawa Melayu akan kehilangan kuasa kerana politik? Tahukah anda bahawa Islam akan terlucut daripada posisi agama rasmi Malaysia kerana politik? Tahukah anda bahawa Malaysia akan terjual sekali lagi dan kembali dijajah kerana politik? Politik ialah perisai terakhir agama, bangsa, dan negara kita.

Tapi, seberapa banyak anak Melayu yang terus jadi BUTA dan PEKAK, serta BISU jika politik menyapa telinga mereka. Jangan bising kalau hak kamu kena LANYAK kerana kamu sendiri merelakan diri untuk dicacatkan haknya. :)



YB KAHwin Tiga?



Kecoh seantero Malaya apabila seorang Yb UMNO di Terengganu telah beristeri 3. Dipercayai isteri ke tiga yb terbabit adalah salah kepada seorang artis terkenal tanah air.

Berita berkenaan mula tersebar di sebuah majalah hiburan terkenal tanah air dan isteri kedua yb berkenaan dipercayai telah menuntut cerai akibat tidak mahu menaggung malu. Yang menarik nya ialah isteri kedua berkenaan juga telah melakukan perkara "memalukan" terbabit ketika dia merampas yb berkenaan daripada isteri pertama terdahulu.

Sejak itu isteri kedua inilah yang menguasai kehidupan yb berkenaan. Sehingga kan setiap majlis rasmi dialah yang menjadi pengiring. Apakah sebenarnya segala tindakan isteri kedua berkenaan adalah akibat takut kedudukannya sebagai 'mam' besar tergugat.

Lagi Disini

Kecewa ,Masuk UMNO??



Tertarik dengan program transformasi dan program membantu rakyat yang digarap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekumpulan penyokong tegar PAS dari Kampung Jerong Seberang dan Kampung Bukit Cempedak di Marang tekad menyertai Umno.

Ramli Abdullah, 53, mewakili 80 bekas penyokong PAS itu, berkata mereka menyertai Umno kerana tertarik dengan program transformasi yang dirancang kerajaan bagi membantu rakyat terutama golongan miskin serta penduduk kampung.

Katanya program transformasi yang diwujudkan kerajaan benar-benar bertujuan membantu semua golongan terutama rakyat berpendapatan rendah selain memberi tumpuan kepada kemajuan negara.

"Kami selama lebih 30 tahun menjadi pengikut PAS, tidak ada apa-apa pembangunan yang disediakan di kampung kami, malah keadaan kami semakin terpencil dan terasing," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada majlis Selamat Tinggal PAS, BN Di Hatiku, di kediamannya, Seri Iman, di sini hari ini.

Pada majlis itu, 80 pengikut dan penyokong setia PAS dari kedua-dua kampung berkenaan berikrar memberi sokongan penuh kepada Umno serta menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Sementara itu seorang lagi bekas penyokong PAS Mohd Zulfadli Zakaria, 28, dari Kampung Bukit Cempedak, berkata beliau sedih kerana selama menjadi pengikut setia PAS, tiada apa yang disumbangkan parti pembangkang itu bagi kemajuan kampungnya.

"Mereka (PAS) tidak menghirau langsung penduduk Kampung Bukit Cempedak. Remaja dan belia di kampung kami terumbang-ambing tidak ada bimbingan, tidak ada program yang dirangka bagi kemajuan kami.

"Kami berharap setelah menyertai Umno, kami akan menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung bagi kemajuan kampung kami setanding dengan kampung lain," katanya yang mewakili orang muda kampung berkenaan.

Ketika berucap pada majlis itu, Ahmad berkata sehingga ini kerajaan telah membina 300 unit rumah mampu milik di Bukit Gasing dan 500 unit lagi di Bukit Payong dalam daerah Marang.

"Jika Barisan Nasional memenangi empat kerusi DUN serta Parlimen Marang, kerajaan akan membina 1,000 unit lagi rumah selain sebuah Sekolah Agama Imtiaz yang menelan belanja antara RM50 juta ke RM60 juta di daerah itu," katanya.

Parlimen Marang dan dua DUN di bawahnya iaitu Rhu Rendang dan Bukit Payong dikuasai PAS manakala DUN Alor Limbat serta Pengkalan Berangan pula dipegang BN.


SUMBER:http://brojinggo.blogspot.com/2013/02/80-ahli-pas-marang-minta-masuk-umno.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...