Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 22 February 2013

Menggemparkan!!Najib Terjerit-jerit minta tolong?



Kali ini Najib mohon rakyat atau dalam bahasa kasarnya NAJIB MINTA TOLONG rakyat membuat pilihan yang tepat, lihatlah dasar2 kerajaan hari ini seperti yang rakyat MAHU...so..Bolehkah rakyat tunaikan permohonan beliau?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta rakyat membuat pilihan tepat bagi memastikan keamanan dan kestabilan dinikmati sekarang dapat diteruskan termasuk pembangunan sekolah jenis kebangsaan Cina di negara ini.


“Negara lain tidak dibuat pilihan (dalam sistem pendidikan)… di Malaysia kita amal sikap terbuka,” katanya semasa merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tudan bernilai RM6 juta di sini hari ini.

Beliau berkata, pilihan boleh dibuat sama ada untuk mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan atau SKJC, iaitu keistimewaan pendidikan di negara ini yang perlu dihargai semua rakyat.

Najib berkata, Malaysia adalah satu-satu negara di luar China dan Taiwan yang mempunyai sistem pendidikan Cina sekali gus membuktikan komitmen dan prihatin kerajaan terhadap masyarakat Cina di negara ini.

Beliau memberi jaminan SJKC di negara ini tidak akan diabaikan kerana ia sudah termaktub dalam sistem pendidikan negara melalui Akta Pendidikan 1996.

Perdana Menteri berkata, keamanan dan kestabilan negara ini juga menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara amat memberangsangkan dengan Bank Negara hari ini mengumumkan pertumbuhan ekonomi negara pada suku keempat pada tahun lepas meningkat 6.4 peratus iaitu antara kadar tertinggi di dunia.

Mengenai SJKC Chung Hua Tudan, beliau berkata penubuhan sekolah itu diluluskan semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan dan pada masa sama meluluskan penubuhan kampus luar Universiti Curtin di Miri.
Beliau memberi jaminan akan memberi peruntukan tambahan kepada SJKC Chung Hua Tudan untuk membina blok bangunan baru.

Terdahulu Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Chung Hua Tudan, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui memohon bantuan kerajaan sebanyak RM1 juta untuk pembinaan blok bangunan baharu bagi menampung pertambahan murid. – BERNAMA

Thursday, 21 February 2013

Fizz Fairuzz Berbohong??



Bukan setakat kami, malah semua peminat diseluruh negara sudah mula keliru dengan kenyataan-kenyataan yang diberikan. Dari pertunangan yang hanya sempat bertahan beberapa hari, kemudian timbul isu mengatakan Azlyn Massiela sudah berkahwin. Klik Sini

Hari ini, bekas tunang Fizz itu memberitahu bahawa dia tidak pernah berkahwin. Namun, belum sempat berita ini diketahui umum, muncul satu lagi kenyataan dari seorang lelaki bernama Ramli (bukan nama sebenar) yang mengaku Azlyn sememangnya adalah isterinya. Ya, isteri kedua.

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.” – Ramli dipetik dari Berita Harian.

Ramli yang juga merupakan seorang usahawan ini memberitahu bahawa isterinya ‘sakit’ dan kesunyian adalah punca isterinya itu melakukan perkara sedemikian.

“Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” ujar Ramli merujuk pada bekas tunang Fizz Fairuz, Azlyn Massiela.

Dan ini pula kenyataan yang dibuat oleh Azlyn menafikan yang dia telah berkahwin...Yang mana satu betul ni??

Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan kenyataan Fizz Fairuz yang mengatakan Azlyn Massiela sudah pun berkahwin dengan seorang usahawan berusia 40an. Fizz Fairuz menjelaskan bahawa berita itu diketahuinya daripada kawan kepada adik Azlyn melalui mesej yang diterimanya.

Akhirnya teka-teki sudah pun terjawab. Hari ini menerusi sebuah akhbar tempatan, Azlyn Massiela, 26, yang juga merupakan bekas tunang Fizz Fairuz telah mendedahkan bahawa dia tidak pernah berkahwin.
“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga.
“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya.”
Azlyn turut menjelaskan bahawa ibu bapanya menangis dan kecewa apabila Fizz mereka cerita yang tidak benar.
“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam.
“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).”
Nampaknya kontroversi ini telah memberikan tamparan yang hebat pada keluarga Azlyn. Apakah yang akan berlaku seterusnya?


Sumber EP

Kezaliman Kerajaan Negeri:Kemana Perginya HAK rakyat Kelantan???


Teman cukup pantang,kalau orang duk suke menyembang kencang je beb,Huh manakan tidak wei ,nak dijadikan cerita di Kelantan sendiri dibawah pemerintahan Kerajaan Kelantan selalu duk canang tuntut royalti la itu la ini lah.. Aq kesian giler dengan nasib rakyat kelantan yang selalu kene tipu dengan imej yang sedemikian.

Hmm patut la wei dekat Kelantan tu air nya jadi keruh manakan tidak abis semua bukit,gunung ganang ditarahnya untuk kepentingan tertentu.Disini penulis ingin mempersoalkan kemana perginya duit rakyat iaitu balak.Masuk ke poket kroni ke?

Lebih menyayat hati kg orang asli pon deme duk ganggu.Henti-hentilah menipu rakyat wahai kerajaan Pas Kelantan.

Menurut kata -kata dari blog Parang Pedang,Perlakuan pentadbir PAS terhadap masyarakat peneroka Kelantan tak ubah seperti penindasan pentadbiran Amerika kepada kaum asli Red Indian. Rakyat Kelantan mula membentak menyatakan ketidak puasan hati mereka dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan

Apakah nasib rakyat Kelantan akan menjadi seperti ini selama lamanya.Wahai rakyat Kelantan anda lihat sendiri apa yang kerajaan anda Buat di negeri anda.Anda ada hak untuk tuntut hak anda.Jangan diperbodohkan wahai rakyat Kelantan.Sedarlah wahai rakyat Kelantan dengan lakonan mereka.

Hah kome boleh tengok sendiri gambar dibawah ni ye...Segala pendedahan gempar buat rakyat Kelantan



Komen Rakyat









Ustaz Kazim di Fitnah dan Di cerca lagi??



Dalam ceramah beliau UKE pernah menegur segelintir penyokong PAS yang kritik dan fitnah beliau, beliau memberi teguran secara terbuka tetapi sayangnya puak PAS meroyan hingga ke lubang kubur, jika direnung political mileage UKE seorang yang berpengaruh disesetengah kawasan (terutama kampung beliau) adalah tindakkan bodoh lagi tidak bermaruah segelintir totok PAS yang menfitnah UKE menyebabkan parti itu hari ini dikecam teruk kerana secara totalnya tidak melambangkan cara orang mukmin!



Inilah nasib seorang Ustaz yang tidak menyokong perjuangan parti yang kata berjuang untuk Islam .Kena kutuk , maki , cerca ini seolah-olah sudah jadi kerja pencacai2 Pas dan ini berlaku kepada penceramah agama terkenal,Ustaz Kazim Elias.

Apakah dengan cara maki kepada Ustaz yang ceramah Maulid nabi boleh bantu mereka menawan Putrajaya ?


Dalang disebalik 11 Adun Didedah ??

Sebahagian ahli PAS mengadakan demonstrasi mendesak Azizan melepaskan jawatan di Markas PAS, Kota Sarang Semut, dekat Yan, semalam. - Foto Lim Poh Chin

Yan: Kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi dipertikaikan, kali ini membabitkan ahli 11 daripada 15 PAS kawasan mahu beliau melepaskan jawatan Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS negeri.

Desakan disuarakan oleh kira-kira 50 ahli PAS yang sebahagian besarnya Ketua Unit Peti Undi (UPU) kerana mendakwa Azizan gagal mentadbir dan menyelesaikan kemelut dalam demonstrasi aman ketika mesyuarat khas Dewan Ulama PAS negeri, di Markas PAS di Kota Sarang Semut, dekat sini semalam. Kumpulan itu mendakwa mereka ahli dari 11 kawasan PAS, terutama Jerai dan Jerlun.

Tolak kepimpinan Azizan

Seorang daripada mereka Asri Ahmad, yang juta Ketua UPU cawangan Megat Dewa di Jerlun, mendakwa sekurang-kurangnya separuh daripada penyokong PAS di Kedah menolak kepimpinan Azizan .

Apa-apapun kali ini tamparan hebat buat Azizan Razak bagi menghadapi kehadiran PRU13 ini. Pasti musuh yang paling hebat bukanya datang dari pihak UMNO/BN tetapi dari Kem PAS itu sendiri. Sekiranya Azizan Razak tidak dapat mengenali "musuh dalam selimut" yang selama ini mengatur serta menyusun pelbagai strategik yang boleh menumbangkan parti itu sendiri. 

Berita SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...