Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 18 March 2013

Terkini !!! Kiram Ishtihar Perang Gerila ???




Perang????? Gerila??? Hanjing La Lu Kiram Yang Karam!!!! Apa sekalipun tindakan korang, Gua takkan ampun dunia akhirat!!!!

Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan media Filipina.

The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut berkata bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.

“Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang semula?” kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.

Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.

Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk menjalankan operasi “serang dan lari” keatas Malaysia.

Jamalul juga mengakui adiknya tersebut masih lagi di Sabah berbeza dengan laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang mengatakan Agbimuddin telah melarikan diri ke Selatan Filipina.

Idjirani dilaporkan telah bercakap dengan Agbimuddin malam Sabtu dan diberitahu bahawa kumpulan mereka masih kuat.

Menurut akhbar Filipina, Idjirani berkata pengikut kesultanan yang berjumlah 170 orang berpecah kepada tiga kumpulan untuk mengelak daripada dijejaki pesawat pengintip Malaysia yang berlegar-legar di udara sekitar Lahad Datu.


Namun, Philippine Star melaporkan Agbimuddin telah kembali ke wilayah asalnya di Sulu bersama-sama dengan pengiring, termasuk beberapa individu daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ia menurut sumber daripada pegawai keselamatan yang dirahsiakan.

Menurut akhbar itu lagi, pegawai keselamatan tersebut berkata Agbimuddin mungkin telah melepaskan diri dari Lahad Datu semasa perjalanan ke Sandakan dan menyusup sama ada ke Sibutu atau Sitangkai.

"Ia mugkin orang lain yang mereka sekat, kemungkinan umpan atau untuk mengalih perhatian bagi memberikan mereka laluan masuk," kata sumber tersebut yang merujuk kepada penahanan oleh Tentera Laut Filipina minggu lepas.

Pihak berkuasa Filipina telah memintas dua bot membawa 35 pengikut Sulu bersenjata berhampiran di Kepulauan Taganak dan menempatkan mereka di pengkalan tentera laut di Bato-bato, Panglima Sugala.

Agensi berita negara melaporkan pasukan keselamatan Malaysia baru-baru ini telah dua kali bertempur dengan penceroboh bersenjata Sulu pagi semalam, 36 hari selepas 200 pengikut Sulu yang diketuai Agbimuddin mendarat di Tanduo, yang mendakwa diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu. Pasukan keselamatan telah hilang 10 anggota - lapan anggota polis dan dua tentera. Seorang remaja yang tidak dikenali juga telah ditembak mati pada hari keenam Ops Daulat.

Pertempuran bersenjata semalam memecah tempoh aman selama lima hari sepanjang pasukan keselamatan memburu baki penceroboh Sulu dalam operasi Ops Daulat yang semakin berakhir.

Semalam Bernama melaporkan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

Malaysia melancarkan Ops Daulat tiga minggu selepas kira-kira 200 lelaki bersenjata mendarat pada 9 Februari, memulakan serangan dengan pengeboman udara dan tembakan meriam berat sebelum menghantar tentera darat untuk menjalan operasi pembersihan dikawasan perkampungan dimana Agbimuddin dan pengikutnya bersembunyi.

Namun, Agbimuddin dan pengikutnya berjaya menyusup keluar dan dipercayai menerima bantuan daripada penduduk tempatan sekitar, malahan terdapat antaranya yang ditahan untuk disoal siasat.

Kaum keluarganya di Filipina juga mendakwa dalam media bahawaAgbimuddin telah menghubungi mereka beberapa kali sepanjang minggu lalu untuk memberitahu mereka masih selamat.

Khamis lepas, puak Kiram menawarkan gencatan senjata tetapi enggan mengeluarkan tentera mereka dari Lahad Datu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak permintaan itu, mengarahkan kumpulan bersenjata menyerah diri tanpa syarat dan atau berhadapan dengan kematian.

Terkini !!! Kiram lari berciciran ???



LAHAD DATU - Dua laras senapang jenis M1 Garand, enam bilah parang panjang dan lima helai seluar dalam berwarna putih adalah antara pelbagai barangan peribadi milik kumpulan pengganas Sulu yang ditemui sepanjang hampir dua minggu 'Op Daulat' dijalankan.

Kesemua barangan itu termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng pelbagai warna, but perang dan beg sandang ditemui di beberapa lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini.


Turut ditemui dua kad perakuan tentera milik pemerintah pengganas Sulu di Sabah, Komander Musa yang masing-masing menggunakan nama Habib Musa A. Abdullah dan Gen. Musa A. Abdullah.


Pada kedua-dua kad itu tertera jawatan Musa sebagai Naib Ketua Staf Tentera Diraja Sulu yang berpangkalan di Tawi-Tawi, Filipina.


Komander Musa disahkan mati ditembak dalam pertempuran di Tanjung Batu yang turut mengorbankan 30 lagi pengganas lain pada 7 Mac lalu. Klik Sini

Sumber memaklumkan, kesemua barang itu milik pengganas Sulu yang ditemui di dalam beg yang ditinggalkan selepas mereka diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Terkini !!! Laporan Op Daulat Lahad Datu



10:03PAGI : Operasi Daulat: Aset laut ATM, APMM dan PDRM akan digembleng bersama bagi memastikan perairan Sabah bebas dari ancaman luar - KPN

9:15 PAGI : Perlaksanaan ESSCOM telah bermula dengan perolehan aset ditambah di kawasan Felda Sahabat dan kawasan strategik lain untuk memperkukuh pertahanan negara - KPN

HOT !!! Samseng kacau ceramah Zulkifli Noordin???


Setelah tersepit dengan gambar perlakuan intimnya Anwar Ibrahim tidak mempunyai pilihan selain menghantar samseng untuk mengganggu ceramah yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu.

Polis menahan seorang samseng kerana cuba mencetuskan provokasi bagi menganggu majlis ceramah "Di Sebalik Lahad Datu dan Kalimah Allah" yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu, Penanti dekat sini malam tadi.

Lelaki terbabit yang hadir bersama sekumpulan lebih 60 lelaki dan wanita dipercayai penyokong parti pakatan pembangkang untuk mengganggu majlis itu sejak 9 malam, ditahan untuk siasatan lanjut.

Pada mulanya kumpulan tersebut berkumpul di luar pagar sekolah itu bagi menggagalkan ceramah yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Bagaimanapun kumpulan tersebut bertindak agresif dengan merempuh masuk ke kawasan sekolah dan bertindak membaling telur dan terhadap orang ramai yang menghadiri majlis itu selain melemparkan kata-kata provokasi bertujuan menghentikan ceramah tersebut.

Tindakan penyokong pembangkang itu sedikit pun tidak mematahkan semangat kedua-dua penceramah tersebut yang menjawab fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan berhubung insiden Lahad Datu dan isu kalimah Allah.

Zulkifli dalam ceramah itu berkata, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan penyokong pembangkang kerana apa yang dilakukan itu adalah untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak tertentu.

"Saya akan terus berceramah dan tidak gentar dengan apa saja demi agama Allah," katanya.

Beliau juga menggesa pengundi khususnya di Permatang Pauh agar menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemimpin itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain semata-mata mahu memenuhi cita-cita politiknya.

SUMBER

Terkini !!! Tun Bergaduh Besar ???



Tun Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga.  Sekurang-kurangnya itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya di dalam program  'Bicara Minda 'Survival Ekonomi Melayu' yang berlangsung di Karangkraf baru-baru ini.
Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah 'membela kitab suci Pakatan Rakyat' itu secara langsung, tetapi Tun Musa hanya 'membela Pakatan Rakyat'.

Pakatan Rakyat juga menganggap kenyataan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir.  Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya.

Sebenarnya, bukan baru kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai bersifat rasis, tetapi sejak dari awal penglibatannya di dalam politik lagi Tun Mahathir telah digelar 'Ultra Melayu' oleh kaum Cina.  Semuanya kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang.  Keprihatinan dan kasih sayangnya terhadap bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman terhadap kaum mereka dan kaum lain.  Kaum Cina menyangka bahawa kerana sayang pada bangsanya, maka Tun Mahathir pasti membenci bangsa lain.

Namun, setelah beberapa tahun memerintah negara, kaum Cina mula mengenali diri Tun Mahathir yang sebenar, iaitu sayangnya pada bangsa sendiri, tidak bermakna yang beliau bersifat rasis dan membenci kaum lain.  Malah, beliau begitu adil, cuba memastikan yang bahagian kek ekonomi yang dijana oleh kaum Cina tidak dirampas tetapi sebaliknya berusaha membesarkan kek tersebut, agar turut dinikmati oleh kaum Melayu.

Harapan beliau, kaum Melayu akan berusaha untuk menjana bahagian mereka juga.  Akhirnya semua kaum memahami strategi beliau dan persoalan mengenai sifat Ultra Melayu beliau tidak lagi timbul.  Malaysia berkembang pesat dan semua kaum hidup dalam harmoni serta turut menyayangi Perdana Menteri yang bijaksana tersebut.

Namun, itu dulu.  Hari ini, kita lihat sikap segelintir generasi baru kaum Cina tidak lagi membawa semangat perpaduan dan keharmonian yang sama seperti dahulu.

Semuanya kerana wujudnya kumpulan ekstremis seperti Dong Zong yang berdegil ingin memisahkan kaum Cina dari arus pendidikan kebangsaan.  Lebih buruk lagi apabila DAP turut mengambil kesempatan menghasut menuduh dasar-dasar kerajaan yang telah terbukti berkesan membawa keharmonian dan kemakmuran kepada negara ini, sebagai bersifat perkauman.  Media-media berbahasa Cina juga langsung tidak membantu menyemai semangat perpaduan, tetapi gemar sekali memburukkan keadaan dengan menuangkan minyak kepada api yang dinyalakan oleh DAP.

Maka, lahirlah manusia-manusia seperti Namewee yang jiwanya penuh dengan kebencian terhadap kaum Melayu.  Mereka biadap, angkuh dan langsung tidak menghormati kaum Melayu.   Mereka juga memusuhi Institusi Raja-raja, kerajaan, pihak berkuasa dan apa saja yang dikaitkan dengan Melayu.   Alasan mereka mudah iaitu UMNO rasis dan perlembagaan berat sebelah!   Kemewahan yang mereka kecapi tidak lagi dilihat sebagai bukti keadilan kerajaan, tetapi dilihat sebagai hasil dari usaha kaum mereka semata-mata.

Sikap biadap dan angkuh ini tidak boleh diterima sebagai identiti rakyat Malaysia.  Sikap menentang sistem dan perlembagaan, memburukkan segala-galanya tentang negara ini serta membanding-bandingkan pula dengan negara lain membuktikan tiadanya rasa cinta dan bangga dengan negara ini.

Justeru, tidak hairanlah mereka sering 'dihalau' keluar dari negara ini dan digelar pendatang.

Tun Mahathir sebagai bekas pemimpin tentunya tidak senang dengan sikap generasi baru ini kerana ia jelas merosakkan Malaysia yang telah dipupuk, dididik dan dibinanya dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya dan cemerlang.  Oleh itu, beliau berkali-kali menegur sikap kaum Cina yang tidak memahami asas penubuhan dan kunci keamanan dan kemakmuran negara ini.  Di masa yang sama juga berkali-kali menempelak sikap kaum Melayu yang masih di takuk lama.

Jika menegur kaum Cina dianggap rasis, maka bagaimana pula dengan menempelak kaum Melayu?  Bukankah itu menunjukkan beliau melayan keduanya sama saja?  Sebenarnya, Tun Mahathir hanya bercakap yang benar kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa apapun mereka.  Jika sikap mereka tidak membantu atau memberi manfaat kepada negara, maka sikap itu harus ditegur dan dibuang.  Jika perlu, teguran harus dilakukan dengan keras demi memastikan kesinambungan negara ini.

Sikap terus terang Tun Mahathir ini jarang dimiliki oleh masyarakat Asia, terutamanya Melayu.

Oleh itu, beliau sering dimusuhi hanya kerana berkata benar.  Sikap orang kita ialah, tidak boleh ditegur, enggan menerima kebenaran dan kebaikan yang dibawa oleh orang yang kita tidak suka, selain dengki dengan mereka yang disanjung serta berdendam hanya kerana orang yang kita benci itu tidak membalas dengan kebencian yang sama terhadap kita.  Lebih sakit hati lagi, jika orang itu terus berjaya dan dihormati manakala kita masih jauh di belakangnya.

Dan inilah yang berlaku antara Tun Mahathir dan Tun Musa, malah dengan entah berapa ramai lagi 'bekas' rakan-rakannya, termasuk mereka yang pernah terhutang budi dengannya  yang enggan menerima hakikat bahawa beliau bukannya berada dalam liga yang sama dengan mereka, tetapi di liga manusia hebat pemimpin dunia.

Sifat dengki, iri hati dan pendendam umat Melayu ini amat sukar untuk dijelaskan mahupun dihapuskan kerana mereka yang mempunyai sifat ini tidak mampu menerima kenyataan.

Kerana itu, walaupun Tun Mahathir telah bersara, beliau terus menerus diserang di segenap arah.  Namun, berkat keikhlasan dan doa berjuta-juta umat manusia yang telah menerima manfaat dari kebijaksanaan dan keprihatianannya, beliau terus gagah mengharungi cabaran mereka.

Kita pasti Tun Musa lebih tahu bahawa Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah sampah semata-mata kerana itu beliau enggan mengulas secara terperinci mengenainya.  Malah, hanya menyatakan secara umum bahawa tidak mungkin PR akan membiarkan negara bankrap tanpa mengaitkan secara spesifik kepada sebarang cadangan  di dalam buku tersebut seperti penghapusan tol, PTPTN, penurunan harga barang termasuk minyak, dan lain-lain.

Jika puak PR berfikir lebih sedikit mereka akan mendapati bahawa keengganan Tun Musa mengulas Buku Jingga secara spesifik dalam membincangkan subjek 'tidak akan dengan sengaja membankrapkan negara', menunjukkan yang beliau tidak yakin dengan perancangan di dalam buku tersebut.

Hakikatnya, permainan kata-kata Tun Musa untuk menunjukkan sokongan kepada PR hanyalah untuk menyatakan penentangannya terhadap Tun Mahathir dan mengharapkan cara itu akan dapat menyakitkan hati negarawan tersebut.

Dendamnya pada Tun Mahathir adalah bertitik tolak dari keinginannya untuk menggantikan tempat negarawan tersebut sebagai Perdana Menteri.  Ia menjadi parah apabila Allah SWT telah mentakdirkan konspirasinya terdedah dan Tun Mahathir berjaya mematahkannya.  Ketika itu, Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa saja, antaranya Ku Li untuk menjatuhkan Ketuanya.  Malangnya Ku Li juga turut tergilakan jawatan yang sama, selain Anwar Ibrahim.

Namun, kesemua perancangan mereka telah tidak disertai Allah SWT lalu kecundang di tengah jalan.  Bagaimanapun, Tun Mahathir tetap memaafkan kedua-dua Ku Li dan Tun Musa dan tidak terus membuang mereka selama-lamanya, tetapi tetap memberikan mereka jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka di dalam kerajaan atau parti.

Dan inilah yang amat menyakitkan hati mereka.

Terdapat juga khabar angin yang Tun Musa merupakan agen barat kerana pegangannya yang liberal berdasarkan cara hidup keluarganya, tetapi itu adalah cerita lain.

Perlu diulang bahawa Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahaja asal dapat melegakan dendamnya pada Tun Mahathir.  Oleh itu, jika dulu beliau sanggup bergabung dengan Kuli, dan kemudiannya menghimpit Tun Abdullah Badawi sekadar ingin menyertai koir memburukkan Tun Mahathir, maka beliau juga tentu tiada masalah untuk bergabung dengan Anwar atau PR hari ini. Mungkin bukan untuk jawatan kerana beliau sebenarnya cukup arif akan ketidakmampuan PR, tetapi seperti yang dikatakan tadi, iaitu sekadar mencari ruang biar pun kecil, untuk melampiaskan dendam.

Justeru, tidak perlulah pencacai PR terkinja-kinja sangat dengan sokongan yang ditunjukkan Tun Musa terhadap PR.  Ingatlah bahawa beliau tidak menyentuh langsung mengenai butir-butir perancangan di dalam Buku Jingga kerana beliau tahu ianya tidak masuk akal.

Pendek kata, Tun Musa cuba memberitahu bahawa jika PR memerintah, Buku Jingga itu juga akan masuk tong sampah kerana tidak mungkin PR akan melaksanakan perancangan yang bakal membangkrapkan negara.

Namun, walaupun PR tidak mungkin akan dengan sengaja membiarkan negara bankrap, itu tidak bermakna yang negara tidak boleh bankrap di bawah pemerintahan graduan Pengajian Melayu merangkap boneka pihak Neo-con, yang hampir membangkrapkan negara pada tahun 1997/98.   Tidak mustahil sumber negara akan disedut keluar untuk kepentingan ketuanya di barat.

Apatah lagi dengan sikap DAP yang rakus merampas hak-hak Melayu dan bertuhankan keuntungan, manakala PAS pula langsung tidak punya hak bersuara dan tidak punya pengetahuan langsung mengenai ekonomi negara untuk mempertahankan suara rakyat miskin dan sederhana.

Kesimpulannya, PR mungkin tidak akan membankrapkan negara dengan sengaja, tetapi mungkin melakukannya dengan tidak sengaja.

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...