Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 19 March 2013

Terkini !!Askar terus kawal ketat perairan Lahad Datu???



Pasukan keselamatan mengawal ketat perairan Lahad Datu, terutama di Tungku terhadap pencerobohan.

Satu perjalanan bersama  Bot Peronda 'PAC 51' pasukan polis marin ke Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu mendapati bahawa kawasan dikawal sepenuhnya oleh polis marin dan tentera laut.

Marin dan beberapa bot tentera laut juga dilihat di kedua-dua kawasan, memantau sebarang pergerakan dan aktiviti.

Masjid lama di Kampung Tanduo yang telah digunakan oleh pengganas bersenjata sebelum ini didapati kosong dan tiada pergerakan dikesan.

Sementara itu, di Kampung Tanjung Batu, beberapa rumah telah dibakar oleh pengganas, juga sunyi dan tiada pergerakan dikesan.

Menurut pegawai operasi marin, rondaan dijalankan pada setiap masa secara bergilir untuk memastikan keselamatan rakyat di kawasan tersebut. Beliau menambah bahawa semua pasukan keselamatan sentiasa bersedia untuk apa jua keadaan.

Terkini !!!Perisai Siap Sedia Gegar Kubu Pengganas??



Pasukan keselamatan yang masih meneruskan misi Ops Daulat di sini menerima tambahan kekuatan dengan kehadiran kereta perisai berantai dalam usaha membantu dan memperkukuhkan penguasaan di gugusan Kampung Tanjung Labian di sini.

Kereta perisai berantai jenis ACV-300S Adnan itu dilihat memasuki kawasan Felda Sahabat pada pukul 4.20 petang selepas mengharungi perjalanan jauh kira-kira 300 kilometer dari Tawau.

Sebanyak 17 buah kereta perisai berantai termasuk sebuah untuk tujuan perubatan memasuki kawasan Felda Sahabat dengan diiringi 17 buah trak tentera berkekuatan 200 anggota.

Difahamkan, kesemua kenderaan yang tiba di Tawau pada pukul 9 pagi semalam merupakan kenderaan yang berpengkalan di Pangkalan Tentera Gemas, Negeri Sembilan.

Panglima I Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Moktar berkata, kereta perisai berantai itu dibawa dari Semenanjung bagi membantu pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.

“Kereta perisai berantai juga bertujuan untuk mengawasi gugusan Kampung Tanjung Labian selepas operasi tamat kelak,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.


Terkini !!! Lagi Penyagak Berjaya Dicekup ???



Polis Daerah Sandakan menahan tiga lelaki yang mencurigakan di Kampung Sim-Sim di sini, pada Isnin selepas menerima laporan daripada penduduk kampung itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata, ketiga-tiga suspek ituditahan pada 3 petang Isnin mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkahKhas) 2012.

"Identiti ketiga-tiga suspek belum dikenal pasti dan sejauh mana penglibatan mereka dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

"Bagaimanapun ketika ditahan, mereka tidak memiliki senjata berbahaya atau senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama.

Rowell turut memohon kerjasama penduduk di daerah ini agar tidak sama sekali mempercayai khabar angin atau membuat andaian dan menokok tambah cerita yangmempunyai hubung kait dengan aspek keselamatan.

Sebaliknya, beliau berkata sekiranya penduduk mempunyai sebarang maklumat,mereka diminta segera menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Sim-Sim petang tadi mendapati beberapa anggota polis mengadakan kawalan di kampung itu yang merupakan antara perkampungan yang didirikan di atas air, di daerah ini. - BERNAMA

Terkini !!! Kiram bertindak kejam dengan Pengikutnya???


Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan media, Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya. "Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" kata Kiram kepada pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.

Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.

Lagi Klik SINI

Terkini !!! Kereta kebal Malaysia siap sedia gempur Kubu Kuat Kiram ???



Kereta kebal (atau perisai) Malaysia, ADNAN telah dihantar ke Sabah untuk membantu menghapuskan lanun-lanun Sulu yang jumlah mereka semakin berkurangan dan terkepung di sebalik ancaman kepala lanun Sulu, Jamalul Kiram III bahawa 10 ribu lanun Sulu di Sabah akan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Dengan dua kawasan yang sudah dibersihkan oleh pasukan keselamatan Malaysia, ancaman Jamalul Kiram III yang benar-benar mengharapkan tentera-tentera Amerika Syarikat akan datang membantu lanun-lanunnya untuk berperang dengan Malaysia dan cubaan mengheret pasukan tentera Indonesia membolehkan dia menawan Sabah, Malaysia pula semakin beriltizam untuk menghapuskan terus ancaman tersebut.

Penghantaran beberapa model kereta kebal ADNAN yang dibeli dari Turki beberapa tahun lalu, dilihat sebagai keazaman sebenar Malaysia selain mendedahkan semua unit pasukan keselamatannya kepada situasi sebenar peperangan bagi memastikan keselamatan rakyat dan negara akan terus terjamin.

Kereta kebal itu diberi nama ADNAN sempena nama Koperal Mat Aznan (ketika itu Prebet) yang terkorban di Pasar Bakara Mogadishu, Somalia pada tahun 1993 selepas kereta perisai yang dipandunya diserang oleh pelancar bom tangan oleh pejuang Somalia.

Koperal Mat Aznan pada ketika itu bersama-sama beberapa orang anggota RAMD yang menganggotai MALBAT dalam usaha menyelamatkan tentera-tentera Amerika Syarikat berjumlah 75 orang daripada dibunuh oleh pejuang Somalia. Walaupun terkorban, usaha MALBAT mengeluarkan dan menyelamatkan tentera Amerika yang sudah terkencing dan ketakutan, berjaya.

MALBAT kemudiannya digelarkan sebagai Tiger oleh tentera Amerika Syarikat.

Apabila Malaysia sudah menggerakkan ADNAN dan mula 'menunjuk-nunjuk' kekuatan ketenteraannya, sepatutnya lanun-lanun Sulu itu sudah tahu, masa untuk mereka hidup dan menghirup udara di dunia ini sudah semakin berakhir. Manakala pihak asing yang sedang mengintai peluang untuk campurtangan, sedang diberi amaran secara keras oleh Malaysia.

SUMBER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...