Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 21 March 2013

Terkini !!! Kisah Tragis Vat 69 yang diserang Hendap ???



Temuramah wartwan NST ini dengan salah seorang anggota VAT69 yang bertempur dan terselamat dalam TRAGEDI BERDARAH di Kg. Simunul, Semporna. Tidak tergambar di fikiran kita yang waras...PERIT.

Dua orang anggota mengimbas kembali kejadian tembakan yg mengorbankan rakan2 mereka di Kampung Simunul pd 2 Mac 2013

Ketika penyerang utama pasukan polis di luar tempat persembunyian pengganas itu dihujani peluru, *Adam, *Amir dan anggota2 lain berundur kebelakang dan mencari perlindungan. Nampaknya musuh mempunyai kelebihan kawasan tembakan dan pasukan polis itu telah terdedah.

Beberapa saat selepas pengganas melepaskan tembakan, kawasan persembunyian mereka menjadi berapi apabila semakin ramai pengganas yg melepaskan tembakan ke arah pasukan polis. Pasukan polis cuba melepaskan tembakan perlindungan bagi memberi peluang anggotanya mencari perlindungan segera.

Ramai yg melompat masuk ke dalam rumah2 yg tidak berpintu di situ, yg tersusun di sepanjang laluan..inilah tempat kurungan mereka buat 24 jam seterusnya, sekurang2nya. Adam dan Amir adalah antara yg mencari perlindungan dlm bangunan berselirat itu. Mereka segera combat net (command centre) mereka dan meminta bantuan.

Mengenang kembali saat itu, Adam berkata ketika dia bergerak menjauhi rumah tersebut, sambil memusingkan kepalanya sekali sekala, dia melihat pengganas keluar dr rumah itu utk menarik masuk rakan2nya yg sedang terbaring dalam limpahan darah mereka sendiri, masuk ke dalam

" Salah seorg anggota kami yg ditembak di pintu itu telah terjatuh ke dalam air semasa dia cuba berundur. Entah bagaimana, dia sempat menghubungi operations centre.”

" Dia memberitahu pusat perintah tentang serang hendap itu dan dia telah ditembak. Pengganas2 itu pasti telah mendengar kata2nya. Kami jumpa tubuhnya yg dipenuhi peluru beberapa meter dr tempat dia jatuh," kata Adam.

Ini adalah satu2nya saat sepanjang temuramah itu di mana Adam kelihatan sedikit beremosi.

" Kemudian tembakan itu berhenti. Saya berpusing ke belakang dan saat itulah saya nampak pengganas itu menghentam tubuh rakan2 saya dgn barong ( pisau yg menyerupai pisau pemotong daging, digunakan di Filipina) berulang kali.

Lagi KLIK SINI

Terkini !! Gambar Terkini Pengganas Sulu Didakwa???



Seramai lapan orang dari selatan Filipina didakwa di Mahkamah Majistret sementara di Lahad Datu pada Rabu kerana mempunyai kaitan dengan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.





[HOT] Inkues Kes Kematian William Yau penuh Misteri ?!


Apa agaknya status terkini Kes Kematian William Yau.Dah lama beno teman tak dengar citer.Yang Pasti pihak bertanggungjawab sedang jalankan siasatan kes kematian Mendiang.

Laporan Bernama menyebut ,  Koroner Mohd Hezri Shaharil yang mendengar inkues kematian kanak-kanak William Yau Zhen Zhong pada Rabu melawat lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang Januari lepas di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya.

Beliau tiba di lokasi itu pada pukul 3 petang diiringi Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt dan peguam Goh Kim Lian, yang mewakili keluarga mendiang William, pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya ASP Mohd Zainal Abdullah dan beberapa anggota polis.

Turut hadir bapa William, Yau Kok Kang, 32, dan ibu kanak-kanak malang berusia enam tahun itu, Goh Ying Ying, 26.

Dalam lawatan 20 minit itu, Mohd Hezri dibawa melihat kedudukan dan keadaan longkang yang ditemui pada jarak lima meter dari tempat bapa mangsa meletakkan kereta yang dipercayai tidak ditutup dengan palang besi pada malam kejadian.

Koroner itu juga dibawa melawat sebuah kedai elektrik yang disinggahi pasangan itu pada malam kehilangan William, serta satu lagi longkang kira-kira 200 meter dari kedai elektrik berkenaan.

Longkang itu difahamkan bersambung dengan Sungai Sireh.

Mayat William ditemui pada 24 Januari lepas di Jeti Kampung Sungai Sireh selepas dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota.

Kanak-kanak itu dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Prosiding inkues akan disambung selama tiga hari mulai 22 April.

Ia bermula 11 Mac lepas selama dua hari. BERNAMA



Terkini !! Anwar Tarik Balik saman Terhadap Papa Gomo !!!


PAPA GOMO

Anwar Ibrahim hari secara tidak rasmi menarik balik saman terhadap blogger papagomo berikutan amaran yang dibuat oleh blogger papagomo untuk mendedahkan lebih banyak video kepada rakyat supaya rakyat tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan ringkas dihadapan media Anwar mengeluarkan ungkapan "Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya".

Ungkapan itu secara tidak langsung Anwar Ibrahim yang dilihat seorang pakar "lawan tetap lawan" seolah-olah terkulai layu bila berhadapan dengan blogger Papagomo.

Menurut Peguamnya kesukaran untuk membuktikan bahawa blogger Papagomo yang mengeluarkan gambar intimnya juga salah satu faktor yang perlu difikirkan kerana gambar-gambar intim Anwar dengan seorang lelaki telah dimuatturun ke blog RajaGoyang360 yang tidak diketahui pemiliknya.

Blog RajaGoyang360 dikatakan didaftar di Indonesia. Ini menunjukkan saman yang akan dikemukakan kepada blogger Papagomo hanya sis-sia atau gimik demi untuk menyatakan pendirian palsu Anwar Ibrahim terhadap foto perlakuan jijik dirinya kepada rakyat Malaysia yang kononnya marah kerana itu foto bukan dirinya.

Secara rasional jika foto bukan dirinya kenapa Anwar Ibrahim jadi gelabah babi sehingga sanggup nak saman orang lain?

Rakyat Malaysia sudah celik IT dan semua sudah cerdik oleh itu fikir-fikirkanlah demi Agama Bangsa dan Tanahair

Lagi KLIK SINI

Terkini !!! Rosmah Berpuaka??


Kita tidak boleh menafikan bahawa laman web Suara Pakatan Rakyat adalah satu-satunya laman web pro PR yang benar-benar membawa suara hati pemimpin dan penyokong PR secara telus dan lantang.Contohnya di muka depannya,laman tersebut tidak segan silu menyatakan apa yang tidak berani dinyatakan secara terbuka oleh kebanyakan penyokong PR,iaitu ‘Kalau Anwar Gay Sekalipun, So What?’ Walaupun kita tidak mampu menerima rasional laman tersebut mengenai soal ‘gay’,tetapi kita harus menghormati sikapnya yang tidak hipokrit,berterus-terang dan tidak berbelit-belit dalam memperkatakan pendirian sebenar PR.Sedangkan Anwar sendiri tidak berani berkata benar mengenai kecenderungannya itu.Namun,itu tidak bermakna laman tersebut tidak terkecuali dari bersifat berat sebelah dalam membincangkan isu-isu berbangkit.Seperti juga semua penyokong dan pemimpin PR,laman tersebut tetap berpegang bahawa apa saja yang buruk yang berlaku di dunia ini adalah salah Barisan Nasional,UMNO,Pemimpinnya atau pun isteri dan keluarga mereka.Ini termasuklah ajal maut manusia,terutama yang mampu menjadi ‘aset’ atau ‘modal’ kepada politik mereka.

Tidak kira,sama ada yang meninggal dunia itu adalah rakyat biasa,seperti arwah adik Amiruddin yang terbunuh ketika memecut kereta melarikan diri dari pihak polis,ahli mereka sendiri seperti mendiang Teoh Beng Hock yang menjadi kunci mendedahkan korupsi pemimpin PR,wira-wira negara yang berjuang dan terkorban di Lahad Datu atau yang terkini,mendiang Balasubramaniam iaitu seorang bekas polis dan penyiasat persendirian yang terlibat secara langsung dalam kes pembunuhan Altantuya,semuanya diletakkan ‘di atas kepala’ UMNO.Menurut laman SuaraPR,kematian Bala yang dilaporkan sebagai sakit jantung perlu dipersoalkan memandangkan ia berlaku tidak lama selepas Bala menjejakkan kaki ke Malaysia.Hujah laman tersebut ialah Bala telah lama berada di luar negara dan kenapa hanya setibanya di Malaysia sahaja baru diserang sakit jantung ???

Lagi KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...