Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 21 March 2013

Terkini !!! Rosmah Berpuaka??


Kita tidak boleh menafikan bahawa laman web Suara Pakatan Rakyat adalah satu-satunya laman web pro PR yang benar-benar membawa suara hati pemimpin dan penyokong PR secara telus dan lantang.Contohnya di muka depannya,laman tersebut tidak segan silu menyatakan apa yang tidak berani dinyatakan secara terbuka oleh kebanyakan penyokong PR,iaitu ‘Kalau Anwar Gay Sekalipun, So What?’ Walaupun kita tidak mampu menerima rasional laman tersebut mengenai soal ‘gay’,tetapi kita harus menghormati sikapnya yang tidak hipokrit,berterus-terang dan tidak berbelit-belit dalam memperkatakan pendirian sebenar PR.Sedangkan Anwar sendiri tidak berani berkata benar mengenai kecenderungannya itu.Namun,itu tidak bermakna laman tersebut tidak terkecuali dari bersifat berat sebelah dalam membincangkan isu-isu berbangkit.Seperti juga semua penyokong dan pemimpin PR,laman tersebut tetap berpegang bahawa apa saja yang buruk yang berlaku di dunia ini adalah salah Barisan Nasional,UMNO,Pemimpinnya atau pun isteri dan keluarga mereka.Ini termasuklah ajal maut manusia,terutama yang mampu menjadi ‘aset’ atau ‘modal’ kepada politik mereka.

Tidak kira,sama ada yang meninggal dunia itu adalah rakyat biasa,seperti arwah adik Amiruddin yang terbunuh ketika memecut kereta melarikan diri dari pihak polis,ahli mereka sendiri seperti mendiang Teoh Beng Hock yang menjadi kunci mendedahkan korupsi pemimpin PR,wira-wira negara yang berjuang dan terkorban di Lahad Datu atau yang terkini,mendiang Balasubramaniam iaitu seorang bekas polis dan penyiasat persendirian yang terlibat secara langsung dalam kes pembunuhan Altantuya,semuanya diletakkan ‘di atas kepala’ UMNO.Menurut laman SuaraPR,kematian Bala yang dilaporkan sebagai sakit jantung perlu dipersoalkan memandangkan ia berlaku tidak lama selepas Bala menjejakkan kaki ke Malaysia.Hujah laman tersebut ialah Bala telah lama berada di luar negara dan kenapa hanya setibanya di Malaysia sahaja baru diserang sakit jantung ???

Lagi KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...