Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 15 May 2013

KATA KERAJAAN MALAYSIA ZALIM !!! TENGOK DULU APA KERAJAAN SINGAPORE BUAT PADA RAKYAT MALAYSIA !!!


Sekumpulan 21 rakyat Malaysia yang ditahan di Singapura kerana didakwa berhimpun secara haram kerana membantah keputusan Pilihan Raya 2013. Mereka ini yang majoritinya berbangsa Cina telah ditahan sekitar jam 4.50 petang semalam apabila berhimpun menyuarakan protes mereka di Merlion Park.
Tindakan mereka ini jelas sengaja mahu menimbulkan provokasi di negara luar seolah-olah ingin menunjukkan kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang penipu dalam mengendalikan pilihan raya. Sedangkan keputusan itu telah disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan akan diwartakan dalam masa terdekat.

Kerajaan BN telah memenangi 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang hanya memenangi 89 kerusi, dan sistem di negara ini mengguna pakai jumlah kerusi dimenangi parti untuk membentuk kerajaan. Sebaliknya kumpulan penyokong pembangkang pula kerap memainkan sentimen undi popular, seolah-olah mereka popular maka mereka berhak menjadi kerajaan.

Sedarlah wahai pembangkang, kamu hanya mendapat majoriti popular di beberapa negeri sahaja, bukan seluruh negara, dan jumlah undi popular PR juga sebahagian besar diperolehi daripada Selangor, dengan lebihan 400,000 undi popular.

Itu tidak menggambarkan mereka popular di keseluruhan negara. Itulah kebodohan pemimpin pembangkang yang kemudiannya membodohkan pengikut mereka yang taksub dengan pemimpin bodoh. Malah, akhbar-akhbar luar negara juga dilihat mula menyerang kepimpinan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan menyiarkan kartun, pojok, dan artikel yang menyindir Najib dalam artikel mereka.

Tindakan kumpulan ini mengadakan protes di luar negara juga diragukan, kerana umum mengetahui mereka hanya mahukan perhatian antarabangsa bagi membolehkan mereka dilihat seperti “mangsa kekejaman kerajaan” sedangkan mereka adalah manusia bodoh.
Dipercayai, sekumpulan rakyat Singapura juga akan mengadakan protes sama esok bagi membantah keputusan pilihan raya di Malaysia. Persoalan di sini, apakah motif mereka mengadakan demonstrasi? Dan keduanya, siapa mereka ini?

Ia masih menjadi persoalan dan apa yang berlaku di Malaysia tiada kena mengena dengan urusan penduduk Singapura, apatah lagi ianya adalah soal politik negara.
Jika ianya adalah mainan pembangkang, ternyata mereka sudah mula naik lemak kerana menjadikan negara ini seolah-olah badut yang ditertawakan dengan menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara kecil di dunia yang amat dihormati.

Kerajaan BN telah pun menjawab segala tuduhan dan dakwaan kosong pembangkang mengenai penipuan dalam pilihan raya, namun atas sikap kebodohan yang melampau mereka membutakan mata dan memekakkan telinga menolak penjelasan kerajaan. Apa yang mereka mahukan adalah BN menjadi pembangkang dan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Itu adalah matlamat mereka, tanpa ada sebarang tujuan untuk memajukan negara.
Mereka juga dilihat bergitu terdesak mendapatkan khidmat “orang luar” membantu mereka dengan menggunakan negara jiran sebagai pentas lakonan mereka.

Pembangkang perlu menerima kekalahan mereka dengan hati terbuka dan mencuba lagi ketika Pilihan Raya ke 14, kerana majoriti pemimnpin pembangkang seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Karpal Singh, dan Lim Kit Siang telah bersepakat menerima keputusan PRU 13.

Apa lagi si Anwar bodoh ini mahukan? Sedangkan hanya dia sahaja yang kononnya tidak berpuas hati dengan keputusan PRU 13. Malah Azmin Ali, timbalan presiden PKR juga mengeji sikap Anwar yang hanya tahu menganjurkan demonstrasi dan protes tanpa memikirkan proses jangka panjang pentadbiran negara yang lebih utama.

BETULKE???? UNDI DI PARLIMEN PERMATANG PAUH !!!! BETUL EK???





Jika benar berlaku penipuan Pilihanraya Umum ke-13 seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dr Mazlan Ismail mencabar Ketua Umum PKR itu membuat laporan polis dan mengira semula undian di Parlimen Permatang Pauh.

“Saya mendesak dan mencabar, kalau Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang anak jantan, you balik Permatang Pauh, you buat report polis dan kita minta SPR buka semula kertas undi, kita kira semula untuk membuktikan sama ada berlaku atau tidak election fraud (penipuan pilihanraya) yang you jaja seluruh Malaysia,”katanya kepada TV3.

Menurutnya, Anwar perlu membuktikan dakwaan itu di kawasan yang ditandinginya sendiri terlebih dahulu dan jika gagal membuktikan, Ketua Umum PKR itu perlu mengakui bahawa dakwaannya itu hanya fitnah semata-mata.

“Dia (Anwar) ni ibarat peribahasa Melayu kata, ‘marahkan nyamuk bakar kelambu’..”katanya lagi

Amacam Saudara Anwar Ibrahim, ada berani?

PANAS !!! 81 % ANWAR MAHUKAN ANWAR... ???


Datuk Seri Anwar Ibrahim


Datuk Seri Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Lebih 81 peratus pembaca akhbar The Edge mahu Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara setelah pakatan tersebut gagal membentuk kerajaan pusat selepas PRU13, 5 Mei lalu.


Bancian online The Edge melalui laman www.theedgemalaysia.com menunjukkan setakat jam 3 petang semalam, sebanyak 12,588 mengambil bahagian dalam bancian tersebut.



Daripada jumlah itu, 10,275 undian mengatakan sokongan supaya Anwar memenuhi janji untuk meletakkan jawatan tersebut.



Sementara itu, sebanyak 2,314 orang pula mahu Anwar terus mengetuai pakatan pembangkang kerana berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum lalu.



Bancian ini masih berlangsung dengan soalan berbunyi, ‘PR telah gagal menawan Putrajaya pada PRU13. Adakah Anwar perlu meletakkan jawatan sebagai ketua?’.



Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos tahun lalu berkata beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU13.



Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik kerana mendakwa PRU13 dipenuhi penipuan dan akan terus memperjuangkan hak rakyat menuntut pilihan raya adil dan bersih.

PANAS !!! NAJIB SERANG ISTANA NEGARA !!!

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah untuk mendapat perkenan cadangan barisan Kabinet baru.

Beliau tiba tepat jam 12 tengah hari dan dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai senarai barisan kabinetnya pada pukul 5 petang ini di Dewan Persidangan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Manakala Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istihadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri akan diadakan di Istana Negara jam 9.30 pagi esok.



KES TEMBAK !!!! POLIS TUBUH PASUKAN KHAS!!! SIAP LAH KOME !!!



KUALA LUMPUR 14 Mei - Polis melancarkan gerakan besar-besaran memburu kumpulan penjenayah yang membunuh sasaran dengan senjata api menerusi penubuhan pasukan khas di setiap kontinjen negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin memberitahu Bernama langkah segera itu yang dibuat susulan banyak kes bunuh menggunakan senjata api mutakhir ini, menunjukkan keseriusan polis menangani kejadian tersebut.

Menurut beliau, pasukan khas itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

“Polis akan pantau pergerakan serta fokus kepada siasatan dalam kes tembak yang telah berlaku," katanya.

Insiden menembak mati individu termasuk berprofil tinggi menimbulkan kegusaran umum seperti kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April lalu.

Semalam, seorang lelaki cedera parah selepas terkena dua das tembakan dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Dato Suleiman, Johor Baharu, Johor.

Kelmarin, dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, Pulau Pinang, dipercayai berkaitan perniagaan.

Mohd. Bakri yakin pasukan khas yang ditubuhkan itu dapat menyelesaikan beberapa kes sedemikian dalam masa terdekat.

Menurut rekod Bukit Aman, sepanjang 2012 Selangor merekodkan peningkatan tertinggi kes membabitkan penggunaan senjata api diikuti Pulau Pinang, Kedah, ibu negara dan Kelantan.

Beberapa faktor seperti kepadatan penduduk menyumbang kepada peningkatan jenayah senjata api di negeri terbabit selain kedudukannya bersempadan dengan negara jiran yang menyebabkan senjata api lebih mudah diperoleh.

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim melihat pemansuhan beberapa undang-undang seperti Akta Tahanan Rumah dan Akta Keselamatan Dalam Negeri menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan kes kerana polis tidak boleh menahan penjenayah tanpa pembuktian yang cukup.

Justeru, beliau mencadangkan penjenayah yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan senjata api harus dibaca bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Kamal Affendi turut menganggap sikap masyarakat yang kurang berfungsi sebagai mata dan telinga polis, terutamanya masyarakat di sempadan, menjadi penyumbang utama gejala penyeludupan senjata api sukar dibendung dan bukan faktor kelemahan kawalan sempadan.

Selain tiga kes tembak mati yang disebut di atas, terdapat 12 kes tembakan dilapor bagi bulan April dan Mei setakat ini. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...