Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 19 March 2013

Pelajar Tingkatan Empat Dijumpai Mati Tergantung ???



“Saya dakap seerat-eratnya sebaik melihat dia (arwah) tergantung, dengan harapan dia masih selamat, tetapi meninggal dunia beberapa minit selepas itu.” kata Che Mat Daud, 65, bapa kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2, yang mati tergantung, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumahnya di Tanah Rancangan Felda Chiku 2, ketika pelajar tersebut berada dalam bilik tidur seorang diri.

Che Mat berkata, dia menyedari kejadian berkenaan ketika terdengar jeritan kuat daripada abang mangsa, Mohamad, 22, yang terkejut melihat adiknya tergantung dalam bilik tidur.

Katanya, ketika itu dia baru pulang dari bekerja sebagai tukang rumah dan mangsa bersama abangnya sahaja yang berada di rumah.

“Saya pulang dari kerja, terus menunaikan solat Asar dan keluar semula dari rumah untuk membersihkan kereta sambil memeriksa bateri kerana ingin ke luar lagi.

“Ketika sedang melakukan kerja, saya terdengar suara kuat abang mangsa yang menjerit, lalu saya bergegas naik ke rumah menuju ke bilik,” katanya.

Menurut Che Mat yang juga peneroka Felda, hanya beberapa minit selepas dia memotong tali yang menjerut leher anaknya, terus meninggal dunia dan gagal diselamatkan.

“Setahu saya, dia (arwah) tidak bercinta dengan mana-mana budak perempuan hingga sanggup bertindak demikian, tetapi yang saya tahu dia berkeadaan muram selepas kemalangan jalan raya sejak lima bulan lalu,” katanya.

Che Ma berkata, arwah pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya apabila motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta dan kepalanya terhantuk di permukaan jalan.

“Bermula dari situ, dia anak bongsu daripada 13 beradik, tidak lagi ceria dan kerap berkurung dalam bilik, tetapi dia memang bersedia untuk bersekolah semula di tingkatan lima apabila persekolahan dibuka Januari ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan motifnya dalam siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Rancangan Felda Chiku 2, pagi semalam. – SINAR HARIAN

Terbaru !!!Pemalsuan Titah DYMM Raja Nazrin,Baginda Dukacita !!!


Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dukacita dengan tindakan parti politik tertentu yang memanipulasi kandungan dan mesej bersumberkan titahnya untuk kepentingan politik. 
Baginda bertitah, ia dizahirkan dan diolah semula dalam nada dan bentuk yg memberi implikasi seolah-olah kata-kata itu dizahirkan secara langsung oleh baginda untuk meningkatkan pengaruh politik tertentu dan merendahkan lawan politiknya. 

"Perbuatan itu telah memberikan gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham di kalangan sebahagian besar rakyat, seolah-olah Beta secara langsung telah menzahirkn sokongan terbuka kepada kumpulan politik tertentu dan pada masa sama memperkecilkan kumpulan politik lain.



"Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh Beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah," titahnya ketika menyempurnakan istiadat meletak kerja sempena sambutan Hari Keputeraan ke-85 ayahanda baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di istana iskandariah di sini. 

Sementara itu, Raja Nazrin turut mengumumkan atas perkenan ayahanda baginda, Yayasan Sultan Azlan Shah akan memberi sumbangan RM100,000 kepda tabung Ops Daulat, manakala setiap Ahli Dewan Negara Perak bersetuju menyumbang RM500 kepada tabung sama. - BH


SUMBER

Terkini !!! Lanun Sulu didapati buta Sejarah ???



Jamalul Kiram III, ketua lanun Sulu telah mengarahkan lanun-lanun Sulu agar meneruskan serangan dan melakukan kekacauan di Sabah. Walaupun angkatan tentera Malaysia, Filipina dan Indonesia memperkemaskan kerjasama dan mula menyekat keluar masuk lanun-lanun Sulu, nampaknya mereka masih mahu bercakap besar dan bermegah-megah kononnya Amerika Syarikat berada di belakang mereka dengan Anwar Ibrahim sebagai dalangnya untuk Asia Tenggara membabitkan Malaysia.

Amerika Syarikat sedang mengintai dan mencari-cari tempat untuk membina penempatan serta pangkalan tentera laut serta udara bagi menyaingi dan mengawasi China yang sekarang merupakan penjual dan pedagang senjata ketiga terbesar dunia selepas Amerika Syarikat dan Russia.

Selepas penutupan Pangkalan Laut Teluk Subic dan Pangkalan Udara Clarke di Filipina, Amerika Syarikat amat memerlukan sebuah kawasan seperti Sabah untuk pangkalan tentera mereka.

Lagi KLIK SINI

Terkini !!! Pengganas Sulu terperangkap dengan Percaturan Sendiri !!!



Biarpun berpengalaman dalam peperangan gerila di selatan Filipina sejak 1899, taktik gerila pengganas dari Sulu yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, tidak mampu melumpuhkan pertahanan negara.

Sebaliknya pasukan keselamatan negara terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga telah lama menggunakan taktik serangan gerila termasuk ketika berhadapan ancaman komunis antara 1984 dan 1989, berjaya melumpuhkan kumpulan militan itu.

"Keampuhan taktik gerila pengganas menceroboh negara dan kini berkubu di Tanjung Batu tidak mampu menandingi taktik pasukan keselamatan di negara ini. 

"Ini dibuktikan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati sehingga kini mencecah 62 orang," kata Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Zulkiple berkata taktik ATM itu sentiasa dipertingkat dan diperkemas dengan pelbagai latihan dan penambahan inventori aset pertahanan bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa dijaga.

"Kita satu-satunya negara di dunia ini yang memenangi peperangan dengan komunis melalui taktik gerila," katanya.

Dalam Operasi Daulat, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata pasukan keselamatan menggempur dengan melancarkan serangan mortar dan senjata berat ke arah musuh sebelum memasuki kawasan kubu mereka untuk penggeledahan dan mencari musuh.

"Taktik ini diguna bagi memastikan keselamatan anggota kerana selain cabaran keadaan bentuk muka bumi seperti hutan, paya dan ladang, musuh yang mahir dengan kawasan ini, menggunakan taktik gerila penembak tepat," katanya.

Antara persenjataan musuh ialah rifel Garand dan M-16 yang diguna penembak tepat dan tembakan curi kerana senjata itu mempunyai jarak tembakan sejauh 550 meter. 

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak empat tahun lalu, turut menyumbang kepada kejayaan Operasi Daulat untuk membanteras pengganas itu.

Perkara itu diakui Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar apabila tahap keselamatan di pantai timur Sabah dapat dipulihkan kepada tahap normal, hanya dalam tempoh dua minggu Operasi Daulat dijalankan.

Kejayaan Operasi Daulat juga dapat dilihat apabila 107 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan.

Ismail berkata di bawah NBOS, pasukan keselamatan dapat menyegerakan penggemblengan pelbagai aset daripada pelbagai agensi keselamatan dan membantu ke arah pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri ini.

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan
dan Lahad Datu, yang akan menjadi pusat pemerintahan ESSCOM.

Sejak krisis pencerobohan Lahad Datu, 12 Feb lepas, sembilan anggota pasukan keselamatan terkorban manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat - BERNAMA

Terbaru !!! BUDAK UiTM HALAU ANJING-ANJING PAKATAN DARI DATARAN CENDEKIA!!


SUMBER DARI JAWABERNAM


SEMALAM, di UiTM Shah Alam telah berlaku nya sedikit kekecohan akibat tindakan kumpulan pelajar luar yang dibawa masuk untuk berceramah di Dataran Cendekia. Puak pakatan nampaknya dah main busuk dengan menghantar mahasewel mereka untuk menghasut pelajar membenci kerajaan.

Kesian...Mereka semua di halau macam anjing kurap. Apabila dihalau, mula lah mereka menyalahkan kononnya UMNO telah menghantar orang untuk menghalau mereka. 

Untuk makluman puak mahasewel sekalian, UMNO tak pernah hantar orang halau anjing macam korang. Yang halau tu semua pelajar UiTM yang tak mahukan politik kotor dari pakatan. Universiti adalah tempat belajar bukan tempat untuk berpolitik. 

Sebagai salah seorang bekas pelajar UiTM, aku nasihatkan korang cermin dulu muka tu. Pergi belajar kasi habis dulu, jangan nak berpolitik sangat sampai diri sendiri terkandas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...