Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 26 March 2013

Laungan Takbir Menjadi Perisai Untuk Berhadapan Dengan Rejim Lanun Sulu???



Kuala Lumpur, 25 Mac – Dalam keadaan musuh menyerang bertalu-talu dan anggota pasukan komando VAT69 ini membalas tembakan mempertahan diri dan negara, dalam insiden 1 Mac lepas, Kpl Mohamad Asrul Osman tidak sedar rakan di sebelahnya gugur dalam pertempuran selama sejam itu.

Beliau berkata laungan ‘Allahhuakbar’ menjadi perisai ketika diserang musuh yang jaraknya agak dekat dalam insiden pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah.

“Ketika pertempuran saya meniarap bersebelahan arwah (Sjn Sabaruddin Daud, 46)…Kami diserang bertalu-talu dan angin daripada tembakan itu memang jelas dirasai betul-betul di sebelah telinga saya.
“Saya tidak sangka tembakan itu mengenai Sabaruddin dan hanya mengetahuinya apabila saya menepuk belakang beliau untuk berundur, tetapi beliau sudah kaku ketika itu,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini

Baca Lagi DISINI

Ajaran Sesat Bunuh Dan Masak Mayat Manusia !!!



Sekumpulan kanibal membunuh dan memasak mayat mangsa mereka sebelum dijadikan pai untuk dijual kepada orang ramai.Mahkamah diberitahu, Jorge Negromonte, 50, isteri, Isabel Pires, 51 dan kekasihnya, Bruna da Silva, 25, memujuk beberapa wanita ke rumah mereka dengan berjanji untuk memberi pekerjaan sebagai pengasuh.


Mangsa kemudian dipenggal dan dikerat.Ketiga-tiga pengikut ajaran sesat itu kemudian menggunakan daging mangsa mereka untuk dijadikan pai yang dikenali dalam bahasa tempatan sebagai ‘empanadas’ untuk dimakan dan dijual kepada jiran tetangga dengan harga RM1.50 setiap satu.

Baca Lagi DISINI

Tergempar !!Gang Keldai Tumpas??



KUALA LUMPUR: Polis merampas 17.24 kg heroin dan 1.24 kg syabu dianggarkan bernilai RM637,000 dalam tiga serbuan dan menahan tujuh warga asing termasuk seorang wanita dan seorang warga tempatan membabitkan tiga sindiket.

Kesemua suspek berumur antara 22 dan 46 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terminal penerbangan tambang murah (LCCT) di Sepang dan di George Town, Pulau Pinang pada minggu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata jabatan telah memantau pergerakan anggota tiga sindiket itu sejak awal tahun ini.

Suspek warga asing itu terdiri empat lelaki Nigeria, dua lelaki masing-masing warga Sierra Leone dan Pakistan dan seorang wanita warga Indonesia, katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.


"Dalam serbuan pertama pada Khamis lepas, seorang lelaki warga Pakistan yang cuba menyembunyikan 850 gram syabu di bawah pelapik kasutnya ditahan di KLIA semasa baru tiba dengan penerbangan Qatar Airways dari Doha, Qatar".

Rosmah VS Azizah ... Mana Lagi Baik???


Cerita-cerita seperti Rosmah kawal Najib, Rosmah PM dibelakang tabir, apa yang Najib nak buat semuanya kena dapat kelulusan Rosmah. Sekarang pula bila masuk musim pilihan raya timbul pula cerita Najib tidak bubarkan parlimen kerana Rosmah halang. Semua nama-nama calon ditentukan oleh Rosmah. Dipendekkan cerita, maksudkan mereka cuba memberitahu rakyat Malaysia bahawa Rosmah berkuasa dalam segala hal dan PM akan ikut apa yang Rosmah kata.

Rosmah dibandingkan dengan Wan Azizah kononnya Wan Azizah seorang isteri yang baik, isteri yang zuhud, isteri yang beriman.

Sedar atau tidak rakyat Malaysia bahawa apa tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah selama ini adalah menjadi amalan Wan Azizah ?

Rosmah yang tak pegang apa-apa jawatan dalam politik dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Wan Azizah yang paling berkuasa dalam PKR mereka pejamkan mata.

Lagi Baca SINI

Terkini !!! Azumudie Dibunuh Pengikut???



Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya.



Pengganas Azumudie Di Bunuh Pengawal Sendiri ?



Pengganas Azumudie Di Bunuh Pengawal Sendiri

Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri.

Sumber Admin amRF

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...