Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 27 May 2013

BUAT REPORT PASAL DAKWAT KEKAL JE?? REPORT #BLACKOUT505 TAK NAK BUAT KE??



BUAT kali yang ke sejuta kali rakyat Malaysia terutama pencacai angkat najis pakatan tertipu lagi. Habis basah kuyup sekali lagi dikencing dek Perdana Menteri tak jadi ni. Report polis yang dibuat pagi tadi oleh Anwar Ibrahim hanyalah berkaitan penipuan dakwat kekal oleh SPR. Tiada report untuk BlackOut505, tiada report untuk pengundi hantu dan tiada report untuk penipuan pilihanraya. Apa dah jadi?

Hairan dengan sikap fanatik penyokong pakatan yang dok berhimpun siang malam konon berlaku #Blackout505. Last-last Ketua Penipu sendiri datang balai polis buat report HANYA berkaitan dakwat kekal. Itu je? Habis apa motif rakyat diajak untuk berhimpun konon berlaku black out di pusat kiraan undi? Siapa yang tipu siapa ni?

Seingat akulah, yang nak sangat pasal dakwat kekal ni kan puak pakatan sendiri. Konon nak lebih adil dan tiada penipuan. SPR dah betul la buat dakwat kekal. Tapi dakwat kekal tu nak kekal sampai bila? Sampai MAMPOS!!!

Terpulanglah pencacai pakatan ni nak ulas apa...Yang penting korang semua dah kena kencing.....



MEMANG PENIPU RAKYAT !!! ADUN DAP Sendiri nafi 'blackout' waktu pengiraan undi???


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Ketari, Lee Chin Chen tampil menafikan dakwaan berlaku gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong pada malam 5 Mei lalu.
Penafian pemimpin parti sekutu pakatan pembangkang itu sekali gus membuktikan dakwaan berkenaan yang dilemparkan pihak tertentu, tidak berasas sama sekali dan dipercayai hanya mahu menghasut rakyat kononnya berlaku penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 
Malah, Chin Chen mengaku beliau berada di dewan berkenaan pada 5 Mei lalu, dari jam 8.30 malam hingga selesai proses penjumlahan undi dan terus menunggu sehingga keputusan PRU-13 bagi DUN Ketari, Bilut dan Sabai diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Toantowee Mohd Lotfie.

“Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar. Saya ada di sana sejak jam 8.30 malam sampai awal pagi... mana ada gangguan bekalan elektrik pun.
“Ramai orang juga ada di sana... wartawan ada, jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana. Kalau betul berlaku (gangguan elektrik), mesti semua yang ada di sana boleh sahkan,” katanya.
Chin Chen yang menang kerusi DUN Ketari selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wong Choo Yak dengan majoriti 4,243 undi pada PRU-13, mengaku beliau juga pelik dengan dakwaan itu dan tidak pasti pihak mana yang menyebarkan tuduhan berkenaan. 
Dakyah terbabit disebarkan media sosial sebaik PRU-13 berakhir, malah turut ditambah kononnya kejadian itu turut mencetuskan kekecohan dan tunjuk perasaan.

MUSUH UTAMA!! RED BEAN ARMY ATAU 'GUNTING DALAM LIPATAN'??


OLEH:JAWA BERNAM: SEJAK berlalunya pilihanraya umum yang ke 13 pada 05 Mei yang lepas, kita didendangkan dengan kemerosotan undi dari kaum Cina yang ternyata jelas dilihat bahawa sokongan pengundi dari masyarakat Cina terutama golongan muda tidak terarah kepada BN. Malah bukan itu sahaja, sokongan pengundi muda bagi kaum-kaum lain juga dilihat bukan lagi menyokong Barisan Nasional. Di mana silapnya?

Persoalan menarik yang cuba aku ketengahkan adalah, adakah PM Najib lebih gerunkan batalion 'Red Bean Army' yang dibiayai jutaan ringgit dari luar negara atau takutkan individu 'Gunting Dalam Lipatan' yang dibayar ribuan ringgit di dalam agensi kerajaan sendiri?

Kenapa kita tak melihat penglibatan orang dalam pejabat sendiri yang memberi maklumat SULIT kepada pihak pembangkang untuk menghentam kita. Kenapa kita hanya mampu melihat dan membiarkan mereka-mereka ini menghancurkan kerajaan pimpinan PM Najib dari dalam. Apa tindakan kita sebenarnya?

Tanpa banyak berceloteh, rungkaian salah seorang blogger harus diambil perhatian dengan sewajarnya. Kaji dan bertindaklah sebelum lebih banyak lagi kerusi-kerusi parlimen yang akan terkubur. Baca lagi di SINI.

SAH!!! MENTERI KDN AKAN BELASAH HIDUP-HIDUP TENTERA??




Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan ‘tentera siber’ tertentu. 

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar. 

“Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang, " katanya kepada pemberita di sini hari ini. 


Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti ‘Red Bean Army’ yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini. 

Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan. 

Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan ‘cyber troopers’ oleh parti politik dan pihak tertentu. 

Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna. 

"Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan ‘cyber trooper’ seperti ‘Red Bean Army’ tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media social berkenaan yang dikendalikan mereka,” katanya. 

Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan – Bernama.

BIOR BETUL !!! VIDEO : SAKIT ANWAR DIDEDAHKAN !

Tindakan Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjurkan beberapa siri perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu disifatkan sebagai cubaan perikatan itu untuk meracuni pemikiran rakyat agar terus membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).


Malah, Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus menyifatkan Anwar sebagai 'sakit' kerana tarlalu taksub untuk memegang jawatan Perdana Menteri.


"Anwar Ibrahim ni saya ingat dia 'sakit'. Dia terlampau yakin nak jadi PM. Maka dia mengajak rakyat sokong agenda dia dan saya lihat ia takkan berkesudahan, kerana keputusan dah dibuat rakyat."

"Mereka cuba nak racun rakyat supaya rakyat benci BN dan rakyat anggap BN menipu. Sedangkan kita dah buat setelus-telusnya. Saya kira pihak BN mengikut semua kata dan cadangan mereka. Kita nampaknya begitu lemah-lembut dengan perkara ini," katanya kepada Antarapos.

Pakatan Rakyat sehingga kini tidak habis-habis mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendalangi kecurangan keputusan PRU-13 pada 5 Mei lalu semata-mata mahu memberi kemenangan kepada BN untuk membentuk kerajaan baru.

Antara tuduhan yang dibuat adalah BN membawa seramai 40,000 pengundi hantu, isu 'blackout' semasa proses penjumlahan undi dan dakwat kekal yang mudah luntur sekali gus membolehkan seseorang pengundi itu mengundi lebih dari sekali.

Justeru, ujar Abdul Shukor walaupun Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di tiga buah negeri iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, namun tindakan memprotes kekalahan mereka di negeri-negeri lain hanya menampakkan sikap tamak mereka. 

Lihat video :

Video : Anwar sakit
LAGI SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...