Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 4 January 2013

Hot !!! Menteri Penerangan Batalkan Forum Amanat Hadi Awang Kerana Melanggar Fatwa!!!


Teman setuju bebeno apabila  Hadi Awang tarik dahulu Amanatnya itu kerana mengikut Fatwa amanat tersebut sudah tersasar dari ajaran Islam. Mungkin selepas itu baru la boleh Hadi Awang muncul memberi penjelasan. Apa-apa pun Hadi Awang perlu tarik balik Amanat itu.


Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penyiaran amanat tersebut menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.

Menurut beliau, berdasarkan fatwa itu, amanat yang disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 adalah bercanggah dari segi ajaran Islam. Rais memberitahu, Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.

Jelasnya, fatwa berkenaan, menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut selain menjual, mencetak, mengedar, membeli, atau memilikinya.

"Sehubungan itu, kementerian dan RTM khususnya adalah terikat dengan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kesimpulannya, forum berkenaan tidak dapat diadakan kecuali jika Hadi bersedia menarik balik amanatnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Rais mengulas perkembangan terkini tentang penganjuran forum bagi memberi ruang kepada Hadi muncul di kaca televisyen secara langsung selama sejam bagi menerangkan keadaan sebenar berhubung amanatnya yang mengkafirkan ahli-ahli dan penyokong Umno. Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah mendapat pandangan daripada pelbagai pihak.- Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...