Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 4 January 2013

SIAPA ARTIS YANG MENYOROK DALAM BILIK NI???


Hah!!! Ni apa cerita pulak ni? Siapa pulak yang nak main nyorok - nyorok dalam bilik tu? Apa yang diorang dah buat sampai terpaksa menyorok begitu sekali?

Inilah masalahnya dengan orang zaman sekarang ni. Tak de penyakit, cari penyakit. Dah dapat penyakit, tak nak pulak mengaku.

Tau pulak dia tak nak mengaku ye. Tau pulak dia takut kantoi malu dengan peminat. Sebelum dia buat tu, tak terfikir ke semua benda tu?

Nasib baik la pihak media ni masih lagi ada hati perut dan tak nak dedahkan identiti orang yang berkenaan. Kalau tidak, malu weh!!! Tak pasal - pasal je satu keluarga yang kena tanggung. Lain kali, sendiri bikin, sendiri tanggung la. Jangan menyusahkan orang lain!!

PETALING JAYA: Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin. 

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan. 

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...