Akhirnya selesai sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112),semuanya berjalan aman dan tenteram.Sekalipun HKR #KL112 gagal mengumpulkan sejuta orang,sekurang-kurangnya penganjur dapat juga kutip wang derma lebih dari RM200,000.00 dari penyokong yang hadir.Soal angka kehadiran berbeza sekejap 100,000 malah ada yang dakwa 150,000 ataupun 300,000 hatta 700,000 sekalipun,bukannya isu utama untuk diperdebatkan.Yang penting HKR #KL112 sudah membuktikan kapasiti Stadium Merdeka yang cuma 30,000 itu dan kehadiran sebenar cuma 45,000 termasuk peserta atas padang dan di luar stadium,jika bijak dipropagandakan ramai juga yang akan terpedaya dengan temberang angka dan nombor yang bombastik.Sehingga kini tiada kekecohan besar yang dilaporkan.Kalau ada pun cuma kejadian menumbuk rakan sepakatan semasa kedatangan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang bertembung dengan ketibaan Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat di pintu utama Stadium Merdeka,itu sebenarnya sekadar manifestasi kejujuran sikap sesama penyokong PR sahaja.Demikian halnya dengan penglibatan besar golongan LGBT,aktivis hak asasi manusia ala barat dan puak liberal dalam HKR #KL112,itu tidak mendatangkan aib pun kerana ia hanya satu kejujuran PR sebagai gabungan liberal yang mendukung agenda pluralisme.
Nak tahu seterusnya Click Here :http://badutrakyat.blogspot.com/2013/01/hot-news-perhimpunan-kl112-iktiraf-idea.html
No comments:
Post a Comment