Sama ada pandangan itu menyokong ataupun tidak ianya merupakan hak masing-masing yang mengikuti Forum Suara Mahasiswa secara langsung mahupun rakaman.
Namun perlu diingat setiap yang berlaku itu sudah pasti mempunyai jalan ceritanya kerana mustahil sesuatu kejadian itu berlaku dengan tiba-tiba melainkan ianya dengan kuasa Allah SWT.
Begitu jugalah dengan isu yang melibatkan Sharifah dan pelajar bernama Bawani.Sekali lihat dan mendengar sudah pasti ianya mengundang pelbagai reaksi dari kalangan masyarakat dan kita selalu terlupa sejauh mana mereka yang memberikan reaksi itu benar-benar faham tentang apa yang berlaku sebenarnya.
Sebagai contoh seorang lelaki berlari dalam keadaan cemas meminta pertolongan kita kerana dikejar oleh orang jahat.Apakah yang sepatutnya kita lakukan ? memberikan pertolongan ataupun tidak ?
Jika jawapannya memberikan pertolongan maka anda sebenarnya sudah membuat satu keputusan yang kurang bijak kerana dikhuatiri lelaki itulah yang sebenarnya orang jahat yang sedang dikejar oleh orang ramai kerana meragut seorang wanita tua.Sekiranya ini berlaku adakah anda yang membuat keputusan untuk membantu tadi akan dianggap sebagai masyarakat prihatin ?
Begitulah sebaliknya sekiranya keputusannya tidak membantu dikhuatiri lelaki itu benar-benar dikejar oleh orang jahat jadi dalam keadaan ini kita sebenarnya berada di tengah-tengah yang mungkin menyebabkan kita serba salah.
SUMBER
No comments:
Post a Comment