Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 16 January 2013

TRAGEDI TERMINAL FERI PENANG RUNTUH !!



TRAGEDI TERMINAL FERI PENANG RUNTUH 31 JULAI 1988

runtuh ragut 32 nyawa, cederakan 1,700 mangsa.

Sudah lebih 23 tahun (1988-2011) berlalu sejak pelantar terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth, Pulau Pinang, runtuh.

Suasana tenang dengan tiupan lembut bayu laut sesekali mengutuskan kedamaian
di kawasan sekitar terminal itu ketika ini; kebanyakan pengunjung terutama

generasi muda mungkin leka memerhatikan panorama indah sekitar kawasan berkenaan sementara menantikan feri merapati jeti.
Mereka mungkin tidak menyedari apa-apa, tidak mengetahui yang sekitar 18 tahun lalu, terminal feri itu menjadi saksi tragedi hitam yang mengorbankan 32 nyawa serta mencederakan kira-kira 1,700 mangsa lain.

Pelantar jeti yang dibina pada 1956 itu runtuh dipercayai akibat terlalu berat untuk menampung beban kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang sejak pagi hari kejadian.

Dari Stesen Bas Butterworth sehingga ke kawasan jeti yang terletak bersebelahan, ribuan orang sudah bersesak untuk menaiki feri; mereka ingin menyeberang untuk melihat perarakan, yang antaranya mempamerkan patung besar Buddha yang dikatakan hanya diarak setiap 60 tahun sekali.

Hari itu adalah hari keraian di Pulau Pinang, dua perayaan masing-masing diraikan penganut Kristian dan Buddha disambut pada waktu sama.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...