Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 31 January 2013

Mb Perak buat PROJEK di Tapah !!!


Golongan berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh negara bakal memiliki rumah sendiri apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina sebanyak 21,000 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan SPNB Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata, pada tahun lalu, pihaknya membina 10,000 unit rumah berharga RM65,000 setiap satu dan jumlah itu adalah dua kali ganda berbanding 5,455 unit rumah yang disiapkan pada 2010.

“Setakat ini, setiap kerajaan negeri memberi subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia yang dibina dan golongan layak memohon rumah ini adalah mereka yang berpendapatan antara RM750 hingga RM3,000, berkahwin serta memiliki tanah tapak rumah sendiri,” katanya selepas majlis penyampaian kelulusan permohonan 21 pemohon yang berjaya serta majlis pecah tanah projek pembinaan 150 unit rumah di Kampung Ulu Tupai di Perak, semalam.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, pihak SPNB akan membelanjakan sekitar RM650 juta tahun ini bagi membina rumah berkenaan dengan subsidi sekitar RM200 juta ditanggung kerajaan.

“Individu yang berjaya memohon rumah ini perlu membayar RM45,000 sahaja berikutan RM20,000 adalah subsidi daripada kerajaan dan pemohon yang berjaya hanya membayar kira-kira RM150 sebulan selama 25 tahun dengan rumah berkeluasan 1,000 meter persegi yang memiliki tiga bilik serta dua bilik air,” katanya.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...