Mereka ini datang ke Malaysia untuk bekerja di sektor pembangunan dan banyak juga di sektor perniagaan.. Kenapa menghukum kerajaan? Seharusnya rakyat Malaysia sedar bahawa kita terlalu mementingkan jenis pekerjaan itu.. Kita sudah jauh kehadapan dan mempunyai pekerjaan yang jauh lebih baik dari itu.. Tidak ada rakyat Malaysia yang berpendidikan cita-citanya bermula di bangku sekolah ingin menjadi seorang buruh bangunan, ingin menjadi pembantu rumah, pembantu restoran dan lain-lain.. Sayangnya, masih banyak rakyat Malaysia yang malas bekerja tidak kurang pula anak-anak muda khususnya melayu yang menganggur dan ikut geng dan membuat onar di luar.. Lebih baik mereka ini kerja.. Yang mereka tahu adalah protes sana sini.. Mahu itu ini tapi malas bekerja..
Soal pengundi hantu dan pemberian IC juga adalah satu tuduhan yang tidak berasas.. Sepanjang pilihanraya, jika anda merasakan ada satu pembohongan, pihak anda boleh menyediakan pasukan khas yang memantau ketika proses pengundian berlaku.. Menahan sesiapa yang dikhuatiri bukan warganegara Malaysia.. Jika punya IC, tanyalah mereka mengikut pertanyaan yang sesuai mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan bagi permohonan kerakyatan Malaysia.. Pemberian kerakyatan harus mengiikuti prosedur.. Apakah orangnya layak menjadi warganegara Malaysia.. Kita terlalu agresif dan terpancing dengan hasutan pihak tertentu yang sebenarnya sudahpun merancang untuk menimbulkan elemen kebencian terhadap kerajaan namun hanya beredar di media sosial dan kita terpengaruh.. Hal ini menjadi serius sehingga kita tidak berfikir bahawa ia bukan salah sebelah pihak tapi salah semuanya..
Negara kita adalah negara membangun, bukan bererti harus menambah masuk warga luar tapi negara memerlukan tenaga kerja untuk membangun.. Apakah kita (warga Malaysia) mahu untuk bekerjasama membangunkan negara?
Negara kita dilimpahi dengan penuh kenikmatan yang sukar didapatkan di negara-negara lain.. Rakyatnya berpendidikan dan mendapat sokongan hasil kebijaksanaan pemerintah mengatasi seluruh aspek sehingga kita menjadi seseorang.. Namun malang, kita tidak sedar dan lupa diri bahawa disatu ketika kita lah yang akan meneruskan agenda yang sudah lama dijalankan.. Harapan semua untuk menggantikan kepimpinan yang ada, memperbaharui sistem yang ada, memperbaiki kelemahan yang ada.. Semua ini tidak berlaku seperti yang diharapkan.. Yang ada adalah perasaan dendam dan benci.. Jauh sekali perasaan 'Berterima Kasih' apa lagi ingin 'Membalas Budi'.. Mereka lupa sejarah.. Hak mereka untuk berkata apa-apa, tapi budaya Melayu masih ada, bukan berharap tapi kita perlukan pertolongan dan sokongan untuk membaik-pulih, memperbaharui dan mengemaskini dengan pengetahuan yang kita dapatkan, kepakaran yang kita ada dan sebagainya.. Semuanya untuk kelangsungan di hadapan.. Kita hanya hebat mengkritik tapi kita sendiri lupa kenapa perkara sedemikian berlaku dan tidak mahu mencari solusi yang tepat untuk menyelesaikannya..
Banyak perkara yang kita terlepas pandang... Bukan semua tindakan pemerintah itu benar, tapi itulah gunanya kita yang berpendidikan dan mempunyai kepakaran untuk bantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dan bukan terus mengkritik tapi tidak berbuat apa-apa.. Saatnya kita menghulurkan bantuan dan sokongan dan bukan merosakkan semuanya..
SUMBER Facebook
No comments:
Post a Comment