Statistik terkini jumlah tangkapan dan kematian di Lahad Datu - Pasukan polis dan tentera (ATM) negara meneruskan Ops Daulat hari ke-23 semalam (27 Mac 2013) dengan insiden yang agak mencemaskan ialah pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas Sulu di Sungai Bilis pada jam 7.30 pagi semalam. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. Berikut ialah statistik terkini jumlah kematian dan tangkapan oleh pasukan keselamatan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu setakat jam 6.40 pagi, 28 Mac 2013. Statistik di bawah akan dikemaskini dari masa ke semasa sepanjang hari ini.
Anggota polis terkorban - 8 orang
Anggota polis cedera - 7 orang
Anggota polis ditawan - Tiada
Anggota tentera terkorban - 2 orang
Anggota tentera cedera - 5 orang
Anggota tentera ditawan - Tiada
Orang awam terkorban - 1 orang
Orang awam cedera - 2 orang
Orang awam ditawan - 8 orang (berjaya melepaskan diri)
Individu ditangkap memasuki kawasan merah - 438 orang
Pengganas Sulu terbunuh - 67 orang (44 mayat dikeluarkan)
Pengganas Sulu cedera - 12 orang
Pengganas Sulu ditangkap - 112 orang
Pengganas Sulu ditangkap Filipina - 38 orang
Pengganas Sulu didakwa - 9 orang (termasuk Azzimudie Kiram)
No comments:
Post a Comment