Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 21 March 2013

[HOT] Inkues Kes Kematian William Yau penuh Misteri ?!


Apa agaknya status terkini Kes Kematian William Yau.Dah lama beno teman tak dengar citer.Yang Pasti pihak bertanggungjawab sedang jalankan siasatan kes kematian Mendiang.

Laporan Bernama menyebut ,  Koroner Mohd Hezri Shaharil yang mendengar inkues kematian kanak-kanak William Yau Zhen Zhong pada Rabu melawat lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang Januari lepas di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya.

Beliau tiba di lokasi itu pada pukul 3 petang diiringi Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt dan peguam Goh Kim Lian, yang mewakili keluarga mendiang William, pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya ASP Mohd Zainal Abdullah dan beberapa anggota polis.

Turut hadir bapa William, Yau Kok Kang, 32, dan ibu kanak-kanak malang berusia enam tahun itu, Goh Ying Ying, 26.

Dalam lawatan 20 minit itu, Mohd Hezri dibawa melihat kedudukan dan keadaan longkang yang ditemui pada jarak lima meter dari tempat bapa mangsa meletakkan kereta yang dipercayai tidak ditutup dengan palang besi pada malam kejadian.

Koroner itu juga dibawa melawat sebuah kedai elektrik yang disinggahi pasangan itu pada malam kehilangan William, serta satu lagi longkang kira-kira 200 meter dari kedai elektrik berkenaan.

Longkang itu difahamkan bersambung dengan Sungai Sireh.

Mayat William ditemui pada 24 Januari lepas di Jeti Kampung Sungai Sireh selepas dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota.

Kanak-kanak itu dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Prosiding inkues akan disambung selama tiga hari mulai 22 April.

Ia bermula 11 Mac lepas selama dua hari. BERNAMA



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget