Insiden Lahad Datu yang diharapkan dapat membantunya mengelak dari terus berlari nampaknya hanya menyebabkan kakinya hampir lumpuh terkena tembakan sendiri. Langsung Anwar tidak menyangka yang insiden Lahad Datu yang dirancang begitu rapi sejak sekian lama dengan bantuan berbagai pihak boleh gagal sama sekali dalam masa yang singkat sahaja.
Pengumuman Anwar untuk ‘lari’ ke Perak dalam PRU-13 dilihat sebagai bukti kegelabahannya dalam mencari tempat untuk kembali ‘bertapak’ dengan kemas. Akhir-akhir ini, kaki Anwar tidak lagi teguh berdiri dan sering kali longlai dan terketar-ketar dalam usahanya meneruskan larian ke Putrcajaya.
Bayangkan saja yang berhadapan dengan kerajaan BN di Lahad Datu, bukan sahaja pengganas Sulu atau MNLF dengan bantuan senjata dan kewangan yang besar yang sudah tentu dibekalkan oleh pihak yang ‘besar’ juga, tetapi juga jin dan syaitan, berdasarkan apa yang didakwa oleh pengganas sendiri serta pengalaman anggota keselamatan, termasuk penduduk tempatan.
SUMBER
SUMBER
No comments:
Post a Comment