Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 23 March 2013

Terkini !!! Yahudi cuba bermain api kemarahan umat Islam???

Nasi dah jadi bubur, benda dah lepas, dah terjadi...nyawa dah melayang. Entah apa ler mainan politik rejim zionis ini kali ini apabila tiba-tiba pulak nak mintak maaf atas kematian yang disebabkan oleh mereka. Memang lahanat dan haram jadah betoi puak yang zalim ini. Ikuti laporan dibawah dari laman sesawang akhbar tempatan.


Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Tel Aviv semalam memohon maaf berhubung tindakan ketenteraan pihaknya tiga tahun lalu ke atas misi kemanusiaan Gaza sehingga menyebabkan kematian sembilan aktivis.

Beliau turut bersetuju dengan rakan sejawatannya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan untuk membayar pampasan kepada keluarga aktivis yang terbunuh.

Netanyahu sebelum ini hanya melahirkan rasa kesal.

Tukri mengambil tindakan memutuskan hubungan diplomatik dan kerjasama dua hala dengan Israel.

Israel membuat permohonan maaf ini dua hari selepas kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Israel.

Pejabat Recep Tayyip juga berkata pihaknya telah menerima pemohonan maaf Netanyahu itu.

Sebelum ini, Recep Tayyip memberi syarat untuk memulihkan hubungan dua hala dengan Israel jika ia memohon maaf dan pampasan kepada keluarga mangsa.

Kerajaan Israel turut mengakui kesilapan mereka semasa perisikan himpunan tetapi komando menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan beberapa aktivis maut kerana didakwa aktivis menyerang mereka.

Aktivis berkata yang tentera Israel telah melepaskan tembakan sebaik saja mereka menaiki kapal.

Insiden itu juga menimbulkan bantahan antarabangsa dan membawa kepada kemerosotan hubungan di antara Turki dan Israel.

Aktivis dari Malaysia juga menyertai misi kemanusiaan itu.








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...