Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 19 April 2013

AKU PANAS BETUL !!! Apa Yang DS Zambry Buat NI???


mbpcBarisan Nasional (BN) telah menggunakan formula terbaik yang kreatif dan di luar kotak pemikiran di dalam memilih calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) kelak.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, walaupun beberapa komponen parti mungkin dilihat mengalami kekurangan kerusi tetapi sebenarnya mereka bakal mendapat lebih dalam jangka panjang.

Beliau memberi contoh, walaupun kerusi MIC dilihat kurang daripada empat kepada tiga tetapi kepimpinan tertinggi BN bersetuju untuk melantik dua senator dari MIC Perak di samping seorang penasihat Menteri Besar bertaraf Exco dan seorang Exco kerajaan negeri jika mereka menang pada PRU-13. 

Menurut beliau, dengan cara itu, wakil MIC di dalam kerajaan juga bertambah, berbanding jika mereka masih mendapat empat kerusi yang mungkin hanya tinggal satu atau dua selepas pilihanraya. 

“Ini adil dan formula BN. You cannot find majority, jadi kita mencari satu pendekatan yang lebih kreatif, berfikir di luar kotak,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan senarai calon BN Perak untuk PRU-13 di Bangunan UMNO Perak di Ipoh hari ini.

Beliau berkata, dengan formula itu, dengan masyarakat India akan lebih diwakili.Beliau menambah, formula yang serupa juga mungkin diguna pakai dengan MCA yang dilihat mengalami kekurangan satu kerusi.

“Saya sangat gembira dengan cara kita berunding, walaupun ia merupakan proses yang panjang tetapi akhirnya kita mencapai persetujuan bersama.

“We look outside the box, ini pendekatan terbaru dan lebih kreatif, ini adalah the best arrangement.
“Kita bukan seperti pembangkang yang bergaduh hingga sekarang, mereka tidak boleh menyelesaikan masalah mereka,” kata Dr Zambry.

Mengenai muka baru bagi kerusi Parlimen yang hanya lima orang atau 20 peratus sahaja, beliau menjelaskan, kepimpinan BN merasakan mereka perlu dikekalkan kerana ramai di kalangan ahli Parlimen yang lama mempunyai material pusat seperti Menteri dan Timbalan Menteri.

Dalam pada itu, Dr Zambry menegaskan bahawa beliau tidak pernah memandang ringan lawannya di DUN Pangkor walaupun calon tersebut dikatakan muda dan baru di dalam pembangkang. 

“Saya tak pernah mengambil remeh lawan, siapa sahaja lawan, kita akan ambil serius dan kerja kuat untuk menang,” ujarnya.

Beliau juga yakin tiada unsur sabotaj di kalangan wakil rakyat yang tidak dicalonkan semula kerana mereka telah belajar daripada pengalaman 2008 dan tidak mahu sejarah hitam berulang.

“Kita belajar daripada sejarah ini dan Insyaallah unsur-unsur sabotaj ini tidak ada meskipun mungkin ada sesetengahnya yang mungkin merajuk sekejap,” tambahnya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget